Monday, December 29, 2008

Many people look forward to the new year
for a new start on old habits.


Dari Abdullah bin Amru Radiallahuanhuma di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Dan orang yang berhijrah itu adalah barangsiapa yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala."

Tapi saya tak mampu lagi mahu berhijrah untuk kurangkan menonton televisyen. Sebab saya suka kotak bodoh itu. Suami saya pernah kata, “Pandainya orang yang cipta televisyen. Kalau dia tak cipta televisyen ni, macam mana orang-orang macam Wifey nak hidup?” Begitu sekalilah kononnya. Heh. Tidaklah, ia cuma hobi saya. Tapi selagi tidak melalaikan tanggungjawab saya kepada Allah, tak mengapa kan?

Saya juga tak mampu lagi untuk berhijrah untuk kurangkan dengar lagu-lagu terkini. Tapi mungkin saya boleh lebihkan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan tazkirah. Untuk pastikan hati saya tidak akan gelap.

Saya tentunya tidak mampu untuk berhijrah agar tidak berfoya-foya menggunakan Internet di pejabat. Kerana saya tidak mampu untuk berterusan menghadap perkara-perkara kerja tanpa sekala-sekala menjenguk ruang maya yang menyeronokkan itu. Tapi saya berazam untuk menjadi pekerja yang lebih baik dan produktif.

Saya juga tidak mampu berhijrah seratus-peratus menjadi Muslimah yang ideal, tetapi saya akan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik, insyaAllah. Mungkin saya akan dapat membuat hijrah yang lebih luas pada tahun-tahun berikutnya, insyaAllah, selagi Allah pinjamkan waktu untuk saya.

Dari Muawiyah Radiallahuanhu di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah terutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''

Selamat Tahun Baru 1430, kawan-kawan!

Friday, December 26, 2008

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?


Surat Terbuka Untuk Seorang Cik Adik Yang Tak Tahu Diuntung.

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Semalam Kak AM terbaca tentang kisah Cik Adik dalam sebuah akhbar bertarikh beberapa hari lepas. Menurutnya, Cik Adik mengandung luar nikah dan kemudiannya melahirkan bayi itu di dalam bilik Cik Adik tanpa disedari ahli keluarga lain. Itu tidaklah mengejutkan sangat.

Yang mengejutkan Kak AM ialah apa yang Cik Adik lakukan selepas itu. Sampainya hati Cik Adik menghentak kepala anak Cik Adik sendiri dan membuang anak Cik Adik ke luar tingkap?! Alasannya Cik Adik panik? Takut dengan ayah? Adakah Cik Adik bodoh? Mempunyai anak luar nikah atau membunuh anak luar nikah – yang mana lebih teruk? Bukankah ayah Cik Adik juga yang jumpa bayi itu di belakang rumah ketika dia sedang menebas? Oh ya, dan kenapa Cik Adik buang bayi itu di belakang rumah Cik Adik? Sekali lagi Kak AM tanya, adakah Cik Adik bodoh?

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Kak AM juga mahu tanya, kalau Cik Adik takut sangat kononnya dengan ayah, kenapa Cik Adik melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama? Adakah Cik Adik naïf? Atau cetek akal? Atau lebih benar, cetek iman?

Kemudian pula, sesudah Cik Adik mengandung dan tahu terpaksa melahirkan kandungan itu kerana ditakdirkan Allah kandungan itu sihat dan selamat dalam lindunganNya, kenapa Cik Adik tak cari alternatif lain selain hentak kepala bayi itu? Kenapa Cik Adik tak paksa kekasih Cik Adik hantarkan bayi itu di tempat yang selamat, seperti di depan masjid atau surau, di kedai kopi atau hospital, atau mana-mana tempat yang ada orang boleh jumpa bayi itu dalam keadaan hidup dan sihat? Kenapa perlu hentak dan campak ke luar? Cik Adik panik atau bodoh? Kenapa panik? Bukankah sudah 9 bulan bayi itu dalam perut Cik Adik? Cik Adik ada 9 bulan untuk merangka rancangan. Bukannya bayi itu tiba-tiba wujud dan terkeluar!

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Kak AM sangat benci pembuang-pembuang bayi. Terutama jika buang di tempat yang sah-sah akan menyebabkan kematian pada bayi itu; tong sampah, tepi jalan, dalam longkang. Tapi Cik Adik ini memang lebih hebatlah. Hentak! Wow! Memang hebat!

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Tahukah Cik Adik kesusahan yang terpaksa dilalui sesetengah wanita lain untuk melalui 9 bulan? Keresahan dan masalah-masalah. Kena makan pil itulah, ubat inilah, susu itulah, soya inilah. Cik Adik tahu tak ada pasangan yang bertahun-tahun kahwin tapi belum berzuriat walaupun giat berusaha? Ya, ya, Kak AM faham, ini takdir. Kak AM juga faham, mana mungkin Cik Adik mahukan anak ketika Cik Adik tak punya suami dan masih bersekolah. Tapi Cik Adik tahu tak, banyak sekolah dan rumah khas untuk gadis seperti Cik Adik? Atau Cik Adik memang jenis tak ambil tahu?

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Cik Adik mesti kata Kak AM tak faham sebab Kak AM tak berada dalam situasi Cik Adik. Untuk itu, Kak AM katakan, first of all dear kiddo, if you don’t wanna be in this situation, you should not go around melakukan hubungan luar nikah! Tak sekolah agama? Atau memang jahil? And if you really, really, have no self-control, haven’t you heard about protection? Tak membaca? Atau memilih untuk jadi bodoh?

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Maaf ya, Kak AM agak emosi nampaknya ya, pada hari ini. Kak AM harap Cik Adik mendapat balasan yang setimpal di dunia dan bertaubatlah sebelum dihukum di akhirat kelak. Wallahulam.


Signing off,
Kak AM, seorang pemerhati bebas yang emosi.

Wednesday, December 24, 2008

For growing trees are strengthened
if they can withstand the storm,
And the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form



I have been out of office for 3 days now - 5 if you include the weekend - on medical leave. I’m not going to bore you with my misery but please oh please pray for me. Please pray that everything will be okay and if – nauzubillah – if, things turn out to be bad, please pray that I’ll be strong. Friends, sila jangan panic. It’s a bit worrisome but not that bad, I'm fine. Perhaps home rest is just what I need. Fret not, “whatever sky is above me, I have heart for any fate.” InsyaAllah :)

Oh this lazy, rainy day is making me feel all romantic and mellow. Heh.

Monday, December 22, 2008

Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama


Armed with our passports, a fully charged camera and PSP, a print-out map form the Internet, some Singapore dollars and errr, of course, credit cards, last Saturday we embarked on our journey to Singapore. This is my first time there after 15 years! Sungguh lama.

It didn’t start out too good though. Had some problem at the Singapore check point; apparently back in 2006, my brother in law once drove the same car to Singapore but did not buy the Auto Pass and hence, did not pay the ERP and what not. The Husband had to pay $140! But he negotiated and explained everything to the immigration enforcement, who had the nerve to tell the Husband, “we’re gonna need evidence that it’s not you who was here on such date in 2006”. Talk about messing with the absolute wrong person! He’s a prosecutor for God’s sake! Even the Evidence Act is at the tips of his finger! Hahaha! In the end, we had to pay $25 only.



Sesat jugalah here and there. The map was not too helpful and the signboards in Singapore are as bad! One thing about Singapore though yang sungguh mengkagumkan ialah definitely it’s architecture! The buildings there sungguh cantik, terasa seperti di New York! (Not that I’ve ever been to NY but you know I watch a lot of American TV kan? Heh) Oh and of course, ia sebuah negara yang sungguh bersih.

We went to the Orchard Road, Bugis Street and the Little India; and managed to do some shopping there.


Hubby bought an iPod Shuffle at one Apple Store in the Bugis Street.

At the Lucky Plaza we grabbed some miniature perfumes.

After filling ourselves with Leaf Rice at the Little India,
we bought Paheli and Kal Ho Na Ho. Heh.

Oh and Hubby got me a brand new wallet from the Guess boutique in Takashimaya to replace my old usang Elle wallet.

And these are my favourite items of them all! 8 books for only $43! Gila kan?


All in all, it was a fun one-day visit and now I am demam, on medical leave at home. Perhaps the Singapore wind was a tad too much for me. Heh.

Thursday, December 18, 2008

Thank God I found you, I was lost without you
My every wish and every dream somehow became reality
When you brought the sunlight completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
’Cause baby I'm so thankful I found you


Kalau saya dalam perjalanan balik antara jam 6.30 hingga 7, ada satu rancangan yang saya suka dengar, dari radio Batam, Indonesia. Untuk orang JB, gelombangnya di 101.6. Rancangan tazkirah yang tajuknya Spiritual something, something (saya selalu tak ingat tajuknya) yang dipersembahkan dengan gaya moden dan menarik.

Penyampai tazkirah (yang suaranya menggetarkan) akan mengupas lagu-lagu terkini (bukan nasyid tau) dan diintrepretasikan secara dakwah. Contoh kupasan yang pernah saya dengar ialah lagu Hadapi Dengan Senyuman (Dewa 19); tazkirahnya tentang ujian-ujian yang Allah berikan untuk menguji keimanan. Juga lagu Wanita (3 Diva); tentang pengorbanan wanita solehah. Kupasan lagu One Last Cry (Bryan McKnight) pula tentang saat-saat menghadapi kematian. Menarik, bukan? Tambah menarik kerana susunan dan lenggok bahasanya sungguh indah di pendengaran saya.

Semalam pula saya dengar kupasan lagu Thank God I Found You (Mariah Carey & 98 Degrees). Tazkirahnya tentang pada satu hari, penyampai bertemu seorang anak kecil penjaja kuih. Kuihnya 500 Rupiah saja, tapi penyampai tak beli lalu dia kesal sebab dia nampak anak kecil itu sungguh letih dan sedih. Tiba-tiba penyampai nampak ada seorang lelaki beri 10,000 Rupiah pada anak kecil itu, sedekah. Anak kecil itu terima, tapi kemudiannya disedekahkan wang itu kepada sepasang pengemis lain.

Lalu lelaki itu panggil anak kecil itu semula dan bertanya kenapa diberikan kepada orang lain wang itu. Lalu jawab anak kecil itu, “Pak, Ibu saya bilang, enggak boleh mengemis. Kalau mahu uwang, mesti mahu kerja, mesti jual kuih.” Kata penyampai, bergetar hatinya mendengar jawapan anak kecil itu. Jawab lelaki itu, “Tapi kan memang aku ini bersedekah buat kamu?” Jawab budak itu lagi, "Tapi jika saya terima sedekah itu kan sama saja dengan mengemis? Kerana saya ini kan sihat, boleh bekerja.” Lalu kata penyampai itu, “Berdesirlah hati saya dengan keinsafan kerana betapa dalam keadaannya yang sukar itu, dia masih bertahan teguh dengan prinsip yang ditanam oleh ibundanya”. Hati saya juga berdesir. Dan saya tersenyum bila saya tahu lelaki itu kemudiannya beli semua kuih itu untuk 20,000 Rupiah.

Saya senyum kerana: (1) saya kagum dengan ketebalan pegangan anak kecil itu; (2) saya suka lelaki itu yang hormat pada pegangan kanak-kanak itu; dan (3) saya suka kerana penyampai menggunakan perkataan “berdesirlah hati saya” kerana itu juga yang saya rasakan.


Selingan kartun comel:



Moral: (1) Mesti mahu kerja. Jangan harapkan orang lain. (2) Setiap orang yang kita jumpa mungkin boleh mengingatkan kita tentang sifat mahmudah yang sepatutnya kita suburkan. (3) Saya suka ayat “berdesirlah hati saya”. Tidak sabar mahu dengar tazkirah hari ini pula!

Wednesday, December 17, 2008

An optimist is the human personification of spring
~ Susan J. Bissonette, Author.


Have you read Eza’s latest entry? Oh my, I have always adored her writings and what not, but she outdid herself this time. Her story on the best experience of her life, i.e. giving birth to her daughter, truly opened my eyes and gave me a whole new perspective on the issue. And I really love it when she wrote, “One thing I've learn, if you surround yourself with everything positive (attitude, surroundings, feelings, people, etc), InsyaAllah things will work out fine no matter what it is - and vice versa”, because I too believe that! It’s all in the mind! I adore positive people! I truly do.

[Terima kasih Savage Chickens,
kartun ayam comel di atas Sticky Notes oleh Doug Savage]

Positive people are not born positive. Tentu, sesetengah are born in positive surroundings, with positive people all around them. But positive thinking is a practice! Positive affirmations you tell yourself everyday will lead to a state of being positive which will lead to positive attitude. I sound like a self-help book now. Ngeee. But yeah, what I’d like to say is that optimism is not a gift one is bestowed upon by God, okay-lah, maybe-lah sikit-sikit, but mostly it is a practice! And an option too, I must add.

I love positive people, simply because they remind me to be positive. Bukankah letih jadi negatif? Bukankah seronok dengar dan baca kisah-kisah positif? Dalam kisah beranak contohnya, bukankah menyeksakan bila dengar tentang kisah-kisah kesakitan dan kesengsaraan beranak? When I can choose to read Eza’s beautiful experience? Atau kawan saya, Jasmina, yang juga bercerita secara positif tentang pengalaman itu. Bukankah?

Pelik kan? How easy it is to make an impact in someone’s life. I believe
Eza has touched the heart of many by just that one beautifully optimistic entry. I don't know about you but at least I know she touched mine.

Tuesday, December 16, 2008

Could you love me in a Bentley?
Could you love me on a bus?



Have you heard of the freegan lifestyle? Pertama kali saya dengar tentangnya ialah dari Oprah (who else?) Dalam era kegawatan ekonomi ini, apparently a lot of Americans and British have opted for this freegan lifestyle.

Jika anda belum tahu, let me provide a brief description of what is known as freeganism: Freegans opt to salvage discarded, unspoiled foods from supermarket dumpsters [For thorough explanation on freeganism, click here] Jadi, secara ringkas, they basically live on trash!

It is shocking how much could be saved by living on free foods (and stuffs) from supermarket dumpsters! And most foods yang dibuang oleh supermarket adalah foods yang tak melepasi piawaian jualan but unspoiled sebenarnya; seperti roti yang baru sehari tamat tempoh, sayur yang telah sedikit menguning, buah-buahan with a little bit of mould.

It is also shocking that people who choose this lifestyle are mostly professionals yang sah-sahlah can afford luxury lifestyle! Doctors, accountants, executives; most of them choose to be freegans as a political statement or simply to be environmentally friendly. Saya kagum!


I read in NST (or is it The Star?) last week about this one British woman, an ex-teacher, who now lives on 1 pound per month. How she survives? She cycles everywhere. She doesn’t own a hand phone. She grows her own vegetables. And she salvage foods from dumpsters. Basically, dia memilih untuk go back to basic. And it is a shocker that it is possible!

Maybe now you and I boleh ambil iktibar dan ke supermarket malam-malam mencari makanan terbuang yang masih elok? It’s Uda Ocean Angsana for me! Sila jangan berebut dengan saya! Go get your own dumpsters! Haha!

Sunday, December 14, 2008

"The whole purpose of education is to turn mirrors into windows"
- Sydney J. Harris, American journalist.


Salam semua! Semalam saya ke rumah ibu saudara di Ipoh, bertemu anaknya, sepupu saya, yang berusia 4 tahun, begitu teruja kerana menjelang 2009 ini, dia akan mula bersekolah tadika. Teruja betul dia bercerita tentang tadikanya, bakal gurunya, pensil warna yang baru dibeli, baju uniformnya, beg sekolah Disney warna ungu yang ingin dia beli (tapi kata ibu saudara saya, ia berharga RM60! Mahalnya!).

Kalaulah dia tahu, mulanya dia belajar tahun hadapan, dia tidak akan dapat berhenti lagi, adakah dia akan sebegitu teruja? Untuk berhenti belajar, bukanlah suatu pilihan dalam keluarga saya. Jadi untuk sepupu saya ini, bermulanya dia tadika selama 2 tahun, akan bersambung terus 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun lagi di sekolah menengah, kemudian bertahun-tahun lagi di dunia universiti. Berbelas-belas tahun tidak akan dapat berhenti belajar! Ya, seronok, tapi letih dan tidaklah mahu saya ulangi lagi debaran menghadapi UPSR, kesedihan mendapat 7A dalam PMR, ketakutan menanti keputusan SPM. Juga seterusnya debaran-debaran tanpa henti menunggu keputusan saban semester di universiti. Lebih debar dan gentar kerana untuk tidak mendapat GPA 3.0 ke atas bukanlah satu pilihan bagi saya.

Belajar memang letih, tapi ia suatu tempoh yang amat sangat menyeronokkan. Tapi kasihan saya pada kanak-kanak zaman sekarang, yang seawal umur 2 tahun dihantar belajar. Bagaimana anak saya nanti? Kalau anak semua orang belajar seawal umur 2 tahun dan anak saya tidak, kasihanlah dia? Tapi tidak kisahlah bila mula belajar secara formal, yang penting, untuk tidak belajar bukanlah suatu pilihan.

[Saya dan angels saya, ketika majlis tamat belajar kami pada tahun 2006 :)]

Tapi tentulah wajib untuk menimba pengalaman kehidupan along the way. After all, as Walker Percy put it, "you can get all A's and still flunk life."

Tuesday, December 09, 2008

"The most pitiful among men is he who turns his dreams
into silver and gold
” – Kahlil Gibran



Saya kehilangan wedding bracelet saya. Saya amat sedih. Saya tak tahu ke mana ia. Jika benar saya tercicir ia di mana-mana, pasti ia sedang ketakutan keseorangan sekarang. Atau jika ada yang telah mencurinya, pasti ia berdebar bersama dengan tuan barunya yang tak mungkin melayaninya sebaik saya. Saya sedih betul! Saya rasa begitu sedih bukan sebab ia sesuatu yang mahal, tetapi kerana ia sesuatu yang mahal yang dihadiahi oleh suami pada hari saya sah menjadi isterinya. Huwaaaa!

[Tapi saya tahu, apalah sangat kehilangan ini berbanding mereka yang kehilangan harta benda dan keluarga di dalam tragedi ini. Astaghfirullah]


Tapi kan, kalaulah Encik Los dan Encik Faun benar-benar wujud, alangkah bagusnya! Bolehlah mereka mencarikan gelang saya nan satu ini.

Dan bercakap tentang Encik Carlos (Hans Isaac) dan Encik Ahmad Faun (Adlin Aman Ramlie), saya suka betul filem Los Dan Faun! Seperti kebanyakan filem Afdlin Shauki, ia punya dialog yang bijak, jalan cerita yang kemas dan di luar kotak, barisan pelakon yang bagus serta lawak-lawak yang sinikal dan tidak ketara; maka tentulah ia jadi suatu filem yang sungguh menarik dan wajib disokong!

Saya suka betul satu babak di mana Los cuba merasuah pekerja restoran dengan sekeping RM1. Saya suka respon pekerja hotel itu! “Baguslah, sekarang saya boleh beli 5 keping setem 20 sen.” Dan respon Los lebih comel: “Awak kumpul setem ke?” Hahaha! Oh seterusnya respon pekerja hotel: “Itu percubaan saya untuk menjadi sinis lah!” Hahaha! Mahu jadi sinispun susah. Comel betullah dialog-dialognya!



Dalam suatu nota yang berbeza, saya rasa Dato’ Shah Rukh sungguh kacak berbaju melayu! Siapalah yang tidak? Ia ciptaan terbaik orang Melayu!

Friday, December 05, 2008

A woman either loves or hates; she knows no medium.


Walaupun hari Jumaat tak elok kutuk orang (bukan hari-hari ke?), tetapi bagi mengotakan janji saya pada hari Rabu tempoh hari (dan untuk elakkan saya dari kutuk gadis front desk saya yang malas), as promised *ngeee* saya senarai 20 Orang Dalam Televisyen Yang Saya Tidak Suka (juga tanpa mengikut susunan perasaan tidak suka):

1. Horatio Cane sebab dia bergaya poyo. Tanya Ayin, dia lebih benci. Heh.

2. J*ohan of R*aja L*awak fame. Over betullah; you don’t have to try too hard lah, beb. Kesian aku tengok Zizan kena layan kamu.

3. I*fa R*aziah sebagai pengacara WHI. What was TV3 thinking???

4. Dina Lohan. Living Lohan is a piece of junk! It’s like Ryan Seacrest tiba-tiba fikir, “Siapa ya manusia syok sendiri yang belum didokumentasikan? Denise Richards, checked. Pam Anderson, checked. Oh yes, the Lohan family!” And worse, the only interesting Lohan is not even in the show.

5. Pengacara-pengacara S*elamat P*agi M*alaysia secara kolektif. Yawn!!!

6. Chef Floyd sebab dia macam pengotor. Tak pernah aku rasa teringin makan apa yang dia masak.

7. Ada seorang pengacara Channel V. Tapi saya tak mahu tulis nama dia sebab ada pembaca blog saya yang berkawan dengan dia. Ngeee. Saya tak suka dia sebab saya tak suka kening dia, boleh tak?

8. Kadang-kadang, saya ada rasa tak suka pada Tyra Banks. Tapi kadang-kadang saya suka. Sayapun tak faham.

9. The new dude replacing Eric and Kelso in That 70’s Show. Not cute. Not funny. Not witty. Not silly. Yawn!!!

10. Anita from Dunia Anita. Syukur cerita itu seperti telah tiada. Although I know they purposely make Anita that way; annoying, childish, gediks and what not, tapi saya tidak suka.

11. Martha Stewart. I like her show but there’s something about her that freaks me out. Unexplainable. Ngeee.

12. M*uslee R*amlee. Saya tak suka sebab dia cuba jadi P. Ramlee. Tapi selepas menonton lakonan dia dalam Orang Minyak Naik Minyak, I am warming up to him. Mungkin dia benar-benar ikhlas.

13. Semua orang dalam WWE Smackdown! Benci benci benci! Mengganas dan menjerit, what not to hate?

14. Zetty and Fendi of S*embilu K*asih. OMG would you stop with the fighting already and go get separated! Freaking annoying! Although I’m pretty sure the show sudah habis. Kan? Atau ada Part II? Part III? Tidak!!!

15. Which reminds me of A*znah H*amid. Kenapa dia pakai serkup 24/7 dalam S*embilu K*asih? Depan suami, anak-anak, menantu dan cucu? That’s taking menutup aurat beyond what is wajib kan? Lagipun serkup is so uncool lah, Makcik, unless you’re Snoop Dog.

16. Pembaca Berita Dunia Jam 10. Lelaki Singh itu. Dari kecil saya dengar suaranya baca berita. Letihlah. Haha.

17. Believe it or not, Peter Petreilli of Heroes. Hahaha. I know semua orang minat dia! Sorry eh! I personally think he lacks the persona. And he’s short! (Or vertically challenged, whatever) His mulut senget is somewhat cute though. Oh and for the record, I never liked Jess as well.

18. Addison’s best friend in Private Practice, Naomi. Everything about her is so tak menarik! In fact, setiap watak except Addison and Cooper the pediatrician adalah tak menarik. You know I don’t really like the show.

19. Tak suka the new casts of 90210! Dahlah tak pandai berlakon, they are not even cute enough to make up for that. The original crew still rock!

20. A*zwan A*li. Enough said.


20 cukuplah. Biarlah yang disukai lebih dari yang tidak disukai. Ngeee. Disclaimer seperti biasa: 20 Orang Dalam Televisyen Yang Saya Tidak Suka ini adalah cuma pendapat peribadi! Ngeee!