Tuesday, December 09, 2008

"The most pitiful among men is he who turns his dreams
into silver and gold
” – Kahlil Gibran



Saya kehilangan wedding bracelet saya. Saya amat sedih. Saya tak tahu ke mana ia. Jika benar saya tercicir ia di mana-mana, pasti ia sedang ketakutan keseorangan sekarang. Atau jika ada yang telah mencurinya, pasti ia berdebar bersama dengan tuan barunya yang tak mungkin melayaninya sebaik saya. Saya sedih betul! Saya rasa begitu sedih bukan sebab ia sesuatu yang mahal, tetapi kerana ia sesuatu yang mahal yang dihadiahi oleh suami pada hari saya sah menjadi isterinya. Huwaaaa!

[Tapi saya tahu, apalah sangat kehilangan ini berbanding mereka yang kehilangan harta benda dan keluarga di dalam tragedi ini. Astaghfirullah]


Tapi kan, kalaulah Encik Los dan Encik Faun benar-benar wujud, alangkah bagusnya! Bolehlah mereka mencarikan gelang saya nan satu ini.

Dan bercakap tentang Encik Carlos (Hans Isaac) dan Encik Ahmad Faun (Adlin Aman Ramlie), saya suka betul filem Los Dan Faun! Seperti kebanyakan filem Afdlin Shauki, ia punya dialog yang bijak, jalan cerita yang kemas dan di luar kotak, barisan pelakon yang bagus serta lawak-lawak yang sinikal dan tidak ketara; maka tentulah ia jadi suatu filem yang sungguh menarik dan wajib disokong!

Saya suka betul satu babak di mana Los cuba merasuah pekerja restoran dengan sekeping RM1. Saya suka respon pekerja hotel itu! “Baguslah, sekarang saya boleh beli 5 keping setem 20 sen.” Dan respon Los lebih comel: “Awak kumpul setem ke?” Hahaha! Oh seterusnya respon pekerja hotel: “Itu percubaan saya untuk menjadi sinis lah!” Hahaha! Mahu jadi sinispun susah. Comel betullah dialog-dialognya!



Dalam suatu nota yang berbeza, saya rasa Dato’ Shah Rukh sungguh kacak berbaju melayu! Siapalah yang tidak? Ia ciptaan terbaik orang Melayu!

No comments: