Monday, December 29, 2008

Many people look forward to the new year
for a new start on old habits.


Dari Abdullah bin Amru Radiallahuanhuma di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Dan orang yang berhijrah itu adalah barangsiapa yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala."

Tapi saya tak mampu lagi mahu berhijrah untuk kurangkan menonton televisyen. Sebab saya suka kotak bodoh itu. Suami saya pernah kata, “Pandainya orang yang cipta televisyen. Kalau dia tak cipta televisyen ni, macam mana orang-orang macam Wifey nak hidup?” Begitu sekalilah kononnya. Heh. Tidaklah, ia cuma hobi saya. Tapi selagi tidak melalaikan tanggungjawab saya kepada Allah, tak mengapa kan?

Saya juga tak mampu lagi untuk berhijrah untuk kurangkan dengar lagu-lagu terkini. Tapi mungkin saya boleh lebihkan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan tazkirah. Untuk pastikan hati saya tidak akan gelap.

Saya tentunya tidak mampu untuk berhijrah agar tidak berfoya-foya menggunakan Internet di pejabat. Kerana saya tidak mampu untuk berterusan menghadap perkara-perkara kerja tanpa sekala-sekala menjenguk ruang maya yang menyeronokkan itu. Tapi saya berazam untuk menjadi pekerja yang lebih baik dan produktif.

Saya juga tidak mampu berhijrah seratus-peratus menjadi Muslimah yang ideal, tetapi saya akan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik, insyaAllah. Mungkin saya akan dapat membuat hijrah yang lebih luas pada tahun-tahun berikutnya, insyaAllah, selagi Allah pinjamkan waktu untuk saya.

Dari Muawiyah Radiallahuanhu di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah terutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''

Selamat Tahun Baru 1430, kawan-kawan!

No comments: