Friday, December 26, 2008

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?


Surat Terbuka Untuk Seorang Cik Adik Yang Tak Tahu Diuntung.

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Semalam Kak AM terbaca tentang kisah Cik Adik dalam sebuah akhbar bertarikh beberapa hari lepas. Menurutnya, Cik Adik mengandung luar nikah dan kemudiannya melahirkan bayi itu di dalam bilik Cik Adik tanpa disedari ahli keluarga lain. Itu tidaklah mengejutkan sangat.

Yang mengejutkan Kak AM ialah apa yang Cik Adik lakukan selepas itu. Sampainya hati Cik Adik menghentak kepala anak Cik Adik sendiri dan membuang anak Cik Adik ke luar tingkap?! Alasannya Cik Adik panik? Takut dengan ayah? Adakah Cik Adik bodoh? Mempunyai anak luar nikah atau membunuh anak luar nikah – yang mana lebih teruk? Bukankah ayah Cik Adik juga yang jumpa bayi itu di belakang rumah ketika dia sedang menebas? Oh ya, dan kenapa Cik Adik buang bayi itu di belakang rumah Cik Adik? Sekali lagi Kak AM tanya, adakah Cik Adik bodoh?

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Kak AM juga mahu tanya, kalau Cik Adik takut sangat kononnya dengan ayah, kenapa Cik Adik melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama? Adakah Cik Adik naïf? Atau cetek akal? Atau lebih benar, cetek iman?

Kemudian pula, sesudah Cik Adik mengandung dan tahu terpaksa melahirkan kandungan itu kerana ditakdirkan Allah kandungan itu sihat dan selamat dalam lindunganNya, kenapa Cik Adik tak cari alternatif lain selain hentak kepala bayi itu? Kenapa Cik Adik tak paksa kekasih Cik Adik hantarkan bayi itu di tempat yang selamat, seperti di depan masjid atau surau, di kedai kopi atau hospital, atau mana-mana tempat yang ada orang boleh jumpa bayi itu dalam keadaan hidup dan sihat? Kenapa perlu hentak dan campak ke luar? Cik Adik panik atau bodoh? Kenapa panik? Bukankah sudah 9 bulan bayi itu dalam perut Cik Adik? Cik Adik ada 9 bulan untuk merangka rancangan. Bukannya bayi itu tiba-tiba wujud dan terkeluar!

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Kak AM sangat benci pembuang-pembuang bayi. Terutama jika buang di tempat yang sah-sah akan menyebabkan kematian pada bayi itu; tong sampah, tepi jalan, dalam longkang. Tapi Cik Adik ini memang lebih hebatlah. Hentak! Wow! Memang hebat!

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Tahukah Cik Adik kesusahan yang terpaksa dilalui sesetengah wanita lain untuk melalui 9 bulan? Keresahan dan masalah-masalah. Kena makan pil itulah, ubat inilah, susu itulah, soya inilah. Cik Adik tahu tak ada pasangan yang bertahun-tahun kahwin tapi belum berzuriat walaupun giat berusaha? Ya, ya, Kak AM faham, ini takdir. Kak AM juga faham, mana mungkin Cik Adik mahukan anak ketika Cik Adik tak punya suami dan masih bersekolah. Tapi Cik Adik tahu tak, banyak sekolah dan rumah khas untuk gadis seperti Cik Adik? Atau Cik Adik memang jenis tak ambil tahu?

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Cik Adik mesti kata Kak AM tak faham sebab Kak AM tak berada dalam situasi Cik Adik. Untuk itu, Kak AM katakan, first of all dear kiddo, if you don’t wanna be in this situation, you should not go around melakukan hubungan luar nikah! Tak sekolah agama? Atau memang jahil? And if you really, really, have no self-control, haven’t you heard about protection? Tak membaca? Atau memilih untuk jadi bodoh?

Wahai Cik Adik yang tak tahu diuntung,
Maaf ya, Kak AM agak emosi nampaknya ya, pada hari ini. Kak AM harap Cik Adik mendapat balasan yang setimpal di dunia dan bertaubatlah sebelum dihukum di akhirat kelak. Wallahulam.


Signing off,
Kak AM, seorang pemerhati bebas yang emosi.

No comments: