"The whole purpose of education is to turn mirrors into windows"
- Sydney J. Harris, American journalist.
- Sydney J. Harris, American journalist.

Kalaulah dia tahu, mulanya dia belajar tahun hadapan, dia tidak akan dapat berhenti lagi, adakah dia akan sebegitu teruja? Untuk berhenti belajar, bukanlah suatu pilihan dalam keluarga saya. Jadi untuk sepupu saya ini, bermulanya dia tadika selama 2 tahun, akan bersambung terus 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun lagi di sekolah menengah, kemudian bertahun-tahun lagi di dunia universiti. Berbelas-belas tahun tidak akan dapat berhenti belajar! Ya, seronok, tapi letih dan tidaklah mahu saya ulangi lagi debaran menghadapi UPSR, kesedihan mendapat 7A dalam PMR, ketakutan menanti keputusan SPM. Juga seterusnya debaran-debaran tanpa henti menunggu keputusan saban semester di universiti. Lebih debar dan gentar kerana untuk tidak mendapat GPA 3.0 ke atas bukanlah satu pilihan bagi saya.
Belajar memang letih, tapi ia suatu tempoh yang amat sangat menyeronokkan. Tapi kasihan saya pada kanak-kanak zaman sekarang, yang seawal umur 2 tahun dihantar belajar. Bagaimana anak saya nanti? Kalau anak semua orang belajar seawal umur 2 tahun dan anak saya tidak, kasihanlah dia? Tapi tidak kisahlah bila mula belajar secara formal, yang penting, untuk tidak belajar bukanlah suatu pilihan.

Tapi tentulah wajib untuk menimba pengalaman kehidupan along the way. After all, as Walker Percy put it, "you can get all A's and still flunk life."
No comments:
Post a Comment