
Di sekolah rendah, Ibu saya terpaksa merekod (oh the good old days of VHS tapes!) siri Maero Attack. Sekiranya tidak, saya tidak mahu ke sekolah agama. Saya percaya semua rakan-rakan seangkatan dengan saya tonton cerita Jepun ini. Semua gadis mahu bermain bola tampar. Tentulah saya tak terkecuali. Ya, saya jenis yang obsessive sejak kecil lagi.
Strangely, kartun yang saya ikuti tidaklah begitu banyak. Transformers. Ninja Turtle. He-Man. Jem. Popeye. Tom & Jerry. Ada berkotak-kotak lagi VHS tapes Tom & Jerry di rumah ibu bapa saya. Kartun kegemaran saya dan Adinda saya suatu ketika dahulu. Saya suka betul kartun-kartun klasik. Sampai sekarang saya suka sebenarnya
I have to confess bahawa seperti Farah, saya juga suka sitcom 2+1. “This is my card. My name is Sam. S-U-E, Sam”. I used to find that line, and the sitcom too, hilarious! Tak tahulah macam mana rasanya kalau tengok sekarang, but I guess I’d still enjoy it. Dan saya rasalah, saya mula rasa ingin tinggal di high rise building kerana suka rumah Sarah dalam 2+1.

Kemudian saya ada musim obses terhadap cerita cina Hong Kong. Semua cerita cina saya tengok, one after another. Leo Ku Ku Kei, Leon Lai, Andy Lau, Louis Koo (to name a few), merekalah hero pujaan saya ketika itu.

Saya tidak pernah missed menonton final Juara Lagu / Muzik-Muzik. Entah kenapa. Mungkin sebab saya memang suka award shows. Dan ini pula digabungkan dengan persembahan nyanyian. Mungkin saya teringin jadi penyanyi tapi tak berbakat? The closest thing I got to menyanyi on stage was kumpulan koir sekolah rendah. I guess now we know kenapa SKTSG tak pernah menang pertandingan koir sedangkan sekolah kami ada recording artist bernama Adik Liza. Ya, kerana ada suara sumbang saya.
I must confess that I am guilty of menjadi penonton Akademi Fantasia. Selalunya saya menonton biasa-biasa saja tapi saya mengakulah yang I was quite obsessive ketika musim kelima, musim Mila dan Ebi. Saya tonton setiap diari dan setiap konsert, harap maklum. Cheesy I know. Just shoot me.

Nowadays, although masih banyak rancangan yang saya tonton dan saya perlu perlu perlu mendapatkan my FRIENDS fix every single day (I don’t know what I’d do jika ASTRO berhenti tayangkan siri ini), tapi saya tidak lagi begitu obsessive. But I guess this love affair with the idiot box will remain until God knows when. Semoga saya akan insaf. Huhu.