Thursday, January 01, 2009

Always forgive your enemies;
nothing annoys them so much
.” - Oscar Wilde


While most of you are curling up in your bed with a good book or planning a lazy day ahead or jogging around in a nice park or lazing on your couch watching 30 Rock marathon on Star World (or if you’re Aniz, getting married in just a few hours), I am at work on the very first day of 2009. Yes, you read that right, I’m at work. Apparently Johor memilih untuk bercuti pada 1 Ramadhan (bagus) dan tidak bercuti pada 1 Januari (tidak bagus).

Instead of going all grumpy dan tak ikhlas bekerja, I’d like to start the day with something positive. Tidak, saya tidak akan kongsi azam-azam saya. Saya ingin membuat permohonan kemaafan secara terbuka. Buka buku baru (dan buat dosa baru? Ngeee) pada 2009 ini!


1. Pertamanya saya mohon maaf kepada majikan saya kerana selepas hampir 2 jam, saya belum betul-betul mula bekerja lagi hari ini. Cut me some slack lah, ini kali pertama saya bekerja pada 1 Januari! Juga maaf di atas masa-masa yang saya bazirkan sebelum ini. Saya janji akan lebih produktif (tapi tak janji tak akan bazir masa. Ngeee)

2. Saya mohon maaf pada sahabat baik saya, Aniz kerana saya tidak dapat hadir majlis aqad nya pada hari ini kerana bekerja, juga majlis resepsi nya, atas sebab yang saya sungguh-sungguh mahu elakkan tapi gagal. Saya doakan semuanya berjalan lancar. Ini kali pertama saya tak dapat hadir ke majlis kahwin geng saya. Sob.

3. Saya mohon maaf kepada Cik Adik Yang Tak Tahu Diuntung kerana saya begitu marah ketika ini ditulis. Ya, saya maafkan dia (sedikit) jika dia sebenarnya meroyan ketika itu. Atau sebenarnya Cik Adik dirogol dan/atau perlakuan sumbang itu bukan atas kehendak Cik Adik. Saya doakan kita semua tidak akan perlu hadapi keadaan seperti itu.

4. Terlanjur mohon maaf tentang penulisan saya, saya mohon maaf pada Encik Milo Ventimiglia sebab saya pernah kata saya tak suka Peter Petreilli dan Jess. Kerana sejak episod Gilmore Girls Selasa lalu, saya jadi suka betul pada Jess. Oh Jess yang comel dengan rambut baru yang comel dengan kerjaya baru sebagai penulis, hotness lah! Saya suka sekali bila Jess marah Rory! “What the hell is going on? What's going on with you? I know you better than anyone! This isn't you. What are you doing? Living at your grandparents' place? Being in the D.A.R.? No Yale - why did you drop out of Yale? This isn't you! I know you. This! You going out with this jerk, with the Porsche! We made fun of guys like this! What's going on with you? This isn't you, Rory. You know it isn't. What's going on?” Phewww! Hot!

5. Ehem. Moving on. Saya mohon maaf pada Kano dan Jaja kerana saya belum berkesempatan menjenguk anak-anak mereka (respectively), merangkap ‘anak-anak saudara’ saya. Affan, wira comel Kano yang tentunya akan gagah perkasa suatu hari nanti, juga Ayesha, gadis comel penyeri hidup Jaja. Aunty AM janji akan lawat eventually!

6. Saya mohon maaf pada Makcik Nasik Campur belakang pejabat kerana disebabkan saya tak puas hati dengan Tukang Kira Harga, saya dan rakan-rakan tidak lagi ke sana untuk makan tengah hari. Boleh pula dia caj saya mahal sebab Paru Goreng mahal katanya? Entah bila pula saya tertidur dan dunia jadi tunggang terbalik, harga organ dalaman naik mencanak? Maaf Makcik, sila tukar Tukang Kira Harga.

7. Saya mohon maaf pada Norman Hakim sebab saya rasa jelik padanya sebab kasihankan Abby, sedangkan saya tak tahupun kisah sebenar dalam kelambu mereka. Juga pada artis-artis lain yang pernah buat saya rasa meluat sehingga terkutuk. Ya, saya tahu laporan media tak semestinya betul. Tapi saya manusia biasa yang beremosi dan sentiasa terkhilaf.

8. Saya mohon maaf pada seorang kenalan lama sebab saya sentiasa bersyak wasangka terhadapnya. Jika ada komen-komen negatif (yang tidak membina) di laman saya ini, saya selalu syak ia dari kenalan saya itu. But who can blame me? (If you know the story. Heh) Terlanjur mengenai ini, I just don’t get it why people suka meninggalkan komen-komen negatif di personal spaces orang lain. Kalau tak suka, sila jangan jenguk. Simple, kan? Terkecuali bagi komen-komen berunsur teguran keagamaan, sebab itu kan wajib ke atas hamba yang beriman.

9. Mohon maaf Encik Suami, sebab saya nak masuk syurga. Ngeee.

10. Dan tentunya, saya mohon maaf kepada anda, anda, anda dan anda semualah! Sesiapa sahaja yang pernah saya guris hatinya, ganggu mindanya, kasari tubuhnya (huh?) dan atas apa-apalah yang pernah saya lakukan! 0-0, boleh? Bolehlah ya!

Yeay dah selesai mohon maaf! Buka buku baru 2009. Buat dosa baru. Ngeee.

No comments: