Wednesday, January 07, 2009

Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara


Terima kasih Ayuni, kerana memautkan pautan ini yang menceritakan tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram:

1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
17. Allah jadikan Arasy;
18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
19. Allah jadikan malaikat Jibril.

Terima kasih
Ayuni, kerana lantaran membaca peristiwa-peristiwa ini, saya diingatkan lagi tentang kebesaran Allah; tentang kekuasaanNya untuk memberi keselamatan dan kekuasaanNya untuk memberi sembuh. Juga tentunya kekuasaan Allah untuk mengampunkan.

Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa umat-umat Islam yang lain sebagaimana Kau mengampunkan Nabi Daud a.s.

Ya Allah, sembuhkanlah apa yang perlu disembuhkan padaku ini sebagaimana Kau menyembuhkan Nabi Yaakob a.s. dan Nabi Ayub a.s.

Ya Allah, bantulah Muslim Palestin yang ditindas sebagaimana Kau membantu Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya.

Ya Allah, peliharalah dan selamatkanlah umat Islam secara keseluruhannya sebagaimana Kau menyelamatkan Nabi Nuh a.s dan Nabi Ibrahim a.s.

Semoga Allah merasa belas akan saya, mengampunkan dosa saya, dan memberi sembuh akan saya pada hari ini dan hari-hari seterusnya.

No comments: