Monday, January 19, 2009

Ku membiarkan hatiku untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku untuk tatapan kamu


Umum tahu saya peminat lagu-lagu dan vokal Faizal Tahir. Oleh itu, saya begitu teruja dengan kemantapan vokal dan keunikan persembahan beliau semalam; rambut terbang-terbang, flawless vocal, koir yang mantap. Tapi Encik Faizal, perlukah foundation setebal itu? Beserta blusher merah jambu? Juga kuku hitam? Saya (dan Ayin) tak sukalah.

Umum tahu saya suka menonton award shows. Dan saya jadi teruja when Slumdog_Millionaire bagged the Golden Globe in four major categories - the best dramatic picture, director, screenplay and the original score - kerana apparently it is based on the book Q and A by Vikas Swarup, yang baru saja saya selesai baca dan teramat suka!

Umum tahu saya perasaan saya terhadap
Shah Rukh Khan di dalam baju melayu berwarna hitam. Tetapi dalam filem Rab Ne Bana Di Jodi, dia begitu nerdy dan buruk sekali. Ngeee. Anyways, kata Suami saya, the depth of cinta suami terhadap isteri portrayed in the movie hanya boleh difahami oleh lelaki yang sudah berkahwin sahaja. Aaawh :) There is indeed an extraordinary love story in every ordinary jodi :) Ya, tuan-tuan, saya tonton Hindustan; I’m not a Bollywood fanatic but I must confess that Dilwale Dulhania Le Jayenge is one of my favourite movies ever. Heh.

Umum tahu Anthony_Bourdain tergolong dalam
kelompok orang dalam televisyen yang saya sukai. Semalam saya menonton episod di mana seorang wanita Arab Saudi memenangi Superfan contest and as a reward, she got to show Mr. Bourdain around in Saudi Arabia. Saya suka betul episod itu kerana kehadiran Encik Bourdain ke negara Saudi itu telah melenyapkan persepsi stereotaip beliau terhadap Muslim. Saya paling suka bila beliau kagum dengan konsep solat berjemaah iaitu apabila berkumandangnya azan, semua aktiviti duniawi terhenti dan semua Muslim sujud pada satu kiblat yang sama. In his words, “it was lovely and magical”.

Umum tahu saya dilanda
kemurungan minggu lalu. Jadi saya mohon maaf jika saya tidak jawab panggilan anda atau tidak respon ajakan berbual di YM; saya masih dalam grief period. Most of the time, saya tidak terasa mahu berbual dengan most people. Tapi jika anda SMS, saya pasti balas, melainkan saya ada isu dengan anda. Atau sedang tidur. Ngeee.

Umum tahu saya seorang yang sentiasa cuba untuk menjadi positif. Dan itulah yang saya sedang lakukan. Cuma berilah saya sedikit waktu ya.

NOTA: Umum di sini merujuk kepada pembaca setia ruang maya ini. Ngeee.

No comments: