“What we remember from childhood we remember forever - permanent ghosts, stamped, inked, imprinted,
eternally seen” - Cynthia Ozick
eternally seen” - Cynthia Ozick
Masz hantar satu email yang comel pada saya, tajuknya Memori Dulu Kala. Comel betul, pereka email menyenaraikan perkara-perkara yang kita semua pernah guilty of loving suatu masa dahulu: Coklat TORA. Pemadam ada gambar bendera, beli dari KOOP sekolah. Stiker comel tampal atas buku autograph. Pencil box yang ada butang tekan-tekan, sungguh high tech. Sumi. Sugus. Yoyo. Belon yang tiup dari straw, bau dia sungguh nyaman. Super Mario game, sampai sekarang tak jemu. Anak patung kertas boleh tukar-tukar baju. Gasing plastik. Banyaklah!
Saya dan teman sebilik saya tak henti-henti ketawa membaca email itu. Ada banyak lagi yang pereka email itu tertinggal sebenarnya.
1. Ding Dang? Coklat butir-butir kecil berkotak biru dilengkapi hadiah di dalamnya. Coklatnya bukanlah sedappun, tapi excited nak dapat hadiah. Sama jugalah macam TORA.
2. Ultraman! Tapi sampai sekarang saya rasa Ultraman itu do more harm sebenarnya sebab dia suka berlawan dengan raksasa di tengah bandar. Tak ada ke orang yang kena hempap? Kereta yang kena penyek? Raksasa paling cool dalam sejarah Ultraman ialah Raksasa Air Kotak. Hodoh sungguh. Haha.
3. Manik kecil-kecil bau wangi. Boleh didapati dari kedai runcit depan sekolah agama saya, selalunya berwarna pink atau biru dan diletak dalam pencil box untuk aroma wangi. Hampir semua budak perempuan saya kenal ada.
4. Cotton candy kecil atas kon ais krim. Ini saya tak pasti orang lain ada ke tak. Tapi kanak-kanak SKTSG pasti tahu sebab ada jual di kedai belakang sekolah. 50 sen satu. Saya selalu kena marah kalau beli sebab Ibu kata tak elok untuk gigi. Manis sangat.
5. Permainan batang ais krim. Saya rasa saya pernah tulis tentang ini di sini. Ya, Sharel Wahid ialah Batang Ais Krim Champion di sekolah saya.
6. Keropok durian? Ingat tak? Lazatnya ia! Tapi sekarang dah mahallah.
7. Ais krim Malaysia. Letak air dalam plastik panjang, keraskan, jual kat budak-budak sekolah kepanasan di luar sekolah. Saya paling minat versi cendol atau oren atau milo.
8. Roller blade. Sampai sekarang saya tak pandai main. Adik saya main semuanya, skateboard, roller blade, kasut roda.
9. Buku cerita beli dari koop sekolah (zaman dulu-dulu, koop sekolah pun macam shopping haven?): siri penyiasat, siri sekolah asrama, buku-buku kisah Nabi dan para sahabat. Ehem.
10. Air kotak coklat subsidi kerajaan. Saya sungguh teruja bila tiba musim ini, pasti akan beli berkotak-kotak. Strangely though, saya sentiasa sakit perut selepas minum. Sama ada air kotak itu memang kurang kualiti atau saya minum banyak sangat. Tapi taklah saya buat aduan pada surat khabar, saya bukan kanak-kanak tahun 90-an ke atas.
11. My ex colleague, Encik Laza ingatkan saya tentang Coklat Kiddies. Ada orang panggil Coklat Kendos. 1 peket ada 8 rasanya. Chocolate bar yang sungguh nipis dan kecil. Kulitnya ada gambar kanak-kanak. Cara makan, tinggalkan rangka. Saya pernah tulis tentangnya di sini.
12. Wahida pula tambah, batu seremban, yang dibuat dengan perca kain. Kalau versi ibu saya, diisi biji saga merah. Kalau nak cerita tentang permainan, this will be a never ending entry. Unlike kanak-kanak zaman sekarang, we were all creative lots back then. Semuanya permainan murah dan menyeronokkan. Main sep tiang. Tutup botol. Rounders. Buat rantai guna bunga putih dan rumput. Lawan pemadam. Fun sungguhlah.
13. Ex colleague satu lagi, Suria, cakap tentang jualan buku di kantin. Kantin sayapun ada! Berebut-rebut beli sebab murah! Selalunya di sebelah jualan buku, akan ada orang jual ais krim cendol dan kacang merah (tak relevan).
14. Tuan Zul (ehem, notice the salutation, Zul?) bercerita tentang TV shows zaman kanak-kanak. Ini satu lagi, kalau mahu senaraikan, deserves an entry of its own. But yeah, among others, our favourites include Kesatria Baja Hitam, Maero Attack, Ultraman (tak habis-habis obsesi) dan saya suka betul satu siri TV cuti sekolah, The Girl From Tomorrow. Alana yang cantik yang membuatkan ramai gadis suka pakai cekak.
15. Saya teringat pula pembaris yang bila pukul atas lengan tu terus curl up ikut lengan kita. Dulu-dulu saya rasa pembaris itu coolness.
16. Satu lagi pembaris yang coolness ialah pembaris yang ada macam-macam warna bila dibalik-balikkan pada cahaya.
17. Ya, Cik Rose, keropok Super Ring! Lazat dan penuh bahan kimia. Cara makan: sarungkan seperti cincin terlebih dahulu. Same goes for Cheezels.
18. Suhail ingatkan saya tentang gula-gula bulat warna kuning, yang di dalamnya ada asam boi. Saya suka betul. Suhail tak pernah makan masa kecil-kecil. Rasanya Kak Lin pernah jual di kedai runcit kecil beliau di firma lama saya. Itulah kali pertama Suhail makan. Gula-gulanya manis betul, terpaksa habiskan juga sebelum sampai ke bahagian masam-masam dan seterusnya asam yang enak. Tapi banyak bahan kimia rasanya. Heh.
19. Rizal sebut tentang permainan empire. Tapi saya tak ingat pula tentang itu. Tapi itu mengingatkan saya tentang permainan Bingo! Ingat tak? Guna buku matematik juga selalunya.
20. Chika pula ingatkan tentang pensil warna warni yang boleh tukar-tukar mata. Menarik betul.
Cukuplah 20. Kawan-kawan sekalian, marilah bantu saya ingat perkara yang disukai suatu ketika dahulu, when things were so much simpler :)
No comments:
Post a Comment