Al-Ankabut [2-3] 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman",
sedang mereka tidak diuji lagi?'
sedang mereka tidak diuji lagi?'
'Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.'
Kerunsingan dan kerisauan saya tempoh hari? Ia telah berakhir. Dengan kesedihan dan kekecewaan. Tentu, saya sedih. Tetapi mungkin kerana saya sudah bersedia? Atau kerana saya seorang yang sebenarnya positif? Atau (mudah-mudahan) kerana ada secebis iman dalam jiwa saya? Saya menjadi amat redha. Saya amat yakin dengan Allah, dengan takdirNya untuk saya dan segala perancanganNya yang tentunya terbaik untuk saya.
Al-Baqarah [215]: 'Dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu dan barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak.'
Terima kasihlah ya semua who were there for me through this ordeal:
(a) ibubapa saya yang tercinta yang datang dari kejauhan menemani dan memberi sokongan dan juga ibu mertua yang dikasihi;
(b) kawan-kawan yang mendoakan dan memberi ketenangan, terutama mereka yang ada untuk saya dari mula hingga hari ini;
(c) kebanyakan doktor-doktor dan kakitangan hospital yang bijak, mesra dan bertimbangrasa (saya katakan kebanyakan sebab ada di antaranya yang sungguh tidak sensitif terhadap keadaan saya);
(d) serta terutamanya terima kasih kepada suami saya yang sungguh tenang dan menenangkan. If anything, I think this only brought us closer :)
Saya harap nasib saya akan lebih baik pada masa hadapan. Tapi buat masa ini, saya ingin rehat dan bertenang. Saya harap pejabat tidak akan ganggu saya dengan kekalutan kerja. Sila jangan bebankan saya dengan masalah remeh anda. Sila jangan guris hati saya dengan sikap tidak peduli anda. Sila jangan tanya saya apa yang berlaku sebenarnya (jika anda memang jenis curious, sila tanya pada kawan-kawan rapat saya, mereka tahu).
Sekali-sekala saya masih sayu kerana saya manusia biasa yang beremosi. Tapi saya juga hamba Allah, maka saya sentiasa ingatkan diri saya untuk redha. As Kahlil Gibran put it, "When you are sorrowful, look again in your heart, and you shall see that in truth you are weeping for that which has been your delight." Benarlah.
No comments:
Post a Comment