Friday, January 30, 2009

Television! Teacher, mother, secret lover!” - Homer Simpson


Saya setuju benarlah dengan Encik Homer. I believe that my love affair with the idiot box began as early as I could appreciate colours and wit and beauty.

As a kid, I remember being addicted to
Sesame Street. The friendly Elmo and the lovable yellow Big Bird serta Bert and Ernie yang kerek dan comel; what not to love about the show? Saya paling suka segmen belajar mengira dengan Count Von Count.


Di sekolah rendah, Ibu saya terpaksa merekod (oh the good old days of VHS tapes!) siri Maero Attack. Sekiranya tidak, saya tidak mahu ke sekolah agama. Saya percaya semua rakan-rakan seangkatan dengan saya tonton cerita Jepun ini. Semua gadis mahu bermain bola tampar. Tentulah saya tak terkecuali. Ya, saya jenis yang obsessive sejak kecil lagi.

Strangely, kartun yang saya ikuti tidaklah begitu banyak. Transformers. Ninja Turtle. He-Man. Jem. Popeye. Tom & Jerry. Ada berkotak-kotak lagi VHS tapes Tom & Jerry di rumah ibu bapa saya. Kartun kegemaran saya dan Adinda saya suatu ketika dahulu. Saya suka betul kartun-kartun klasik. Sampai sekarang saya suka sebenarnya

I have to confess bahawa seperti Farah, saya juga suka sitcom 2+1. “This is my card. My name is Sam. S-U-E, Sam”. I used to find that line, and the sitcom too, hilarious! Tak tahulah macam mana rasanya kalau tengok sekarang, but I guess I’d still enjoy it. Dan saya rasalah, saya mula rasa ingin tinggal di high rise building kerana suka rumah Sarah dalam 2+1.

Oh I’ve always enjoyed 30 minutes sitcom sejak kecil. The Addams Family. Full House. Sabrina, the Teenage Witch. Home Improvement. Family Ties. Saved By The Bell. Fresh Prince. Boy Meets World. Saya cukup suka Blossom! Abang dia (played by Joey Lawrence) sungguh hot! (Maaf, itu definisi hotness saya ketika itu)

Kemudian saya ada musim obses terhadap cerita cina Hong Kong. Semua cerita cina saya tengok, one after another. Leo Ku Ku Kei, Leon Lai, Andy Lau, Louis Koo (to name a few), merekalah hero pujaan saya ketika itu.

Ada juga musim cerita Korea/Jepun. Semua yang tayang kat TV, saya tengok. Tapi ada satu siri Jepun in particular yang memang menjadi obsesi saya, it haunted me for months! Love Generation, starring Takuya Kimura, dengan muka bayi dan rambut gerbang coolness beliau. I loved the series so much, I bought the DVD and made Far watch all episodes in one weekend. Tepu otak dia.

Saya tidak pernah missed menonton final Juara Lagu / Muzik-Muzik. Entah kenapa. Mungkin sebab saya memang suka award shows. Dan ini pula digabungkan dengan persembahan nyanyian. Mungkin saya teringin jadi penyanyi tapi tak berbakat? The closest thing I got to menyanyi on stage was kumpulan koir sekolah rendah. I guess now we know kenapa SKTSG tak pernah menang pertandingan koir sedangkan sekolah kami ada recording artist bernama Adik Liza. Ya, kerana ada suara sumbang saya.

I must confess that I am guilty of menjadi penonton Akademi Fantasia. Selalunya saya menonton biasa-biasa saja tapi saya mengakulah yang I was quite obsessive ketika musim kelima, musim Mila dan Ebi. Saya tonton setiap diari dan setiap konsert, harap maklum. Cheesy I know. Just shoot me.

Dulu kalau keluar pada hari Ahad, saya akan make sure I’ll be back home by 10 untuk tonton Gilmore Girls. At that time, GG saja siri menarik yang saya betul-betul ikuti. Paling sukar, bila saya keluar dengan orang lain seperti ibu bapa contohnya, terpaksalah mereka ikut telunjuk saya. Kalau tak sempat tengok GG, mesti saya melenting. Saya suka betul siri cakap laju itu. Ngeee.

Nowadays, although masih banyak rancangan yang saya tonton dan saya perlu perlu perlu mendapatkan my FRIENDS fix every single day (I don’t know what I’d do jika ASTRO berhenti tayangkan siri ini), tapi saya tidak lagi begitu obsessive. But I guess this love affair with the idiot box will remain until God knows when. Semoga saya akan insaf. Huhu.

No comments: