“The cure for anything is salt water - sweat, tears, or the sea.” - Isak Dinesen
Bukankah jika setiap hujung minggu tiga hari begitu menyeronokkan?
Bermula begitu indah dengan bangun awal di pagi Jumaat dan berenang-renang di kolam renang di bumbung rumah. Wah kedengaran sebegitu kaya mempunyai kolam renang peribadi di atas rumah hakikatnya kolam renang awam di bumbung tempat letak kereta kondominium kami saja. Ya, kolam renang infiniti. Apabila kutanya suami, “Ke mana air itu turun?” lalu dia jawab, “Ke bawah.” Golek mata sekarang, like d’oh!
Bayi itu begitu berlagak tidak mahu sekadar di kolam kanak-kanak tetapi mahu berenang bersama papanya di ketinggian 1.2 meter. Walaupun berpelampung, sungguh mendebarkan hati mamanya. Kolam renang seolah ditempah khas untuk kami bertiga, sungguh menggembirakan. Selesai berenang-renang, menerima pesanan ringkas dari ibu memberitahu mereka dalam perjalanan ke Johor, kerinduan terhadap cucu. Ibubapa tiba. Suami solat Jumaat. Kemudian kami bertiga bersiap untuk ke Kukup bersama dua rakan lain.
Dua keluarga di belakang terus balik sejurus kami tiba. Sekali lagi, seolah-olah ditempah khas untuk kami saja. Nice. Makan ketam telur masin, lala goreng cili, udang mentega, ikan kerapu stim Hong Kong, bayi sotong goreng madu. Sila berdebar untuk semak paras kolestrol.
Kemudian naik bot bersiar-siar mengelilingi Kukup.
Gambar skema keluarga wajib ada. Dan tentulah tanpa kerjasama bayi T___T
Penggemar air ini sebenarnya teringin terjun ke lautan luas.
Selain mendebarkan para aunties selepas menuding ke dalam air sambil berkata, “Kakak, kakak!” (Kami syak dia nampak duyung), bayi itu juga tiba-tiba bertakbir di situ, “Akbar, Akbar.” (Kami syak dia nampak… nevermind)
Makanan laut. Hembusan bayu laut. Awesome companion. Apa lagi kau mahu?
10 comments:
King of the court makan apa di Kukup? Bayi sotong? Comel tau azan di mana-mana berada.
Hadi dah bukan bayi lah! dia dah big boy.. hehe..
Ayin: King of Court makan udang. Haha.
Yatt: Bayi aku!
Takbir melihat duyung? Memang bijak boboi itu
Hadi sudah banyak gigi. Lebih ensem, eh comel!
Huda: Mungkin melihat something else jeng jeng jeng.
Amy: Gigi tak tambah-tambah.
comel gile hadi ni. dah besar mesti jadi hensem boy. hee
Thanks Aunty Thalha! Aunty preggie baby boy ke girl ;)
Bayi itu semakin gojes!!!
lama tk update Am...rindu nk bace ni...:)
_mia@zuryn_
Hi, ada 2 updates yesterday and today. Hehehe been busy ;)
Post a Comment