“The cure for anything is salt water - sweat, tears, or the sea.” - Isak Dinesen
Bukankah jika setiap hujung minggu tiga hari begitu menyeronokkan?
Bermula begitu indah dengan bangun awal di pagi Jumaat dan berenang-renang di kolam renang di bumbung rumah. Wah kedengaran sebegitu kaya mempunyai kolam renang peribadi di atas rumah hakikatnya kolam renang awam di bumbung tempat letak kereta kondominium kami saja. Ya, kolam renang infiniti. Apabila kutanya suami, “Ke mana air itu turun?” lalu dia jawab, “Ke bawah.” Golek mata sekarang, like d’oh!
Bayi itu begitu berlagak tidak mahu sekadar di kolam kanak-kanak tetapi mahu berenang bersama papanya di ketinggian 1.2 meter. Walaupun berpelampung, sungguh mendebarkan hati mamanya. Kolam renang seolah ditempah khas untuk kami bertiga, sungguh menggembirakan. Selesai berenang-renang, menerima pesanan ringkas dari ibu memberitahu mereka dalam perjalanan ke Johor, kerinduan terhadap cucu. Ibubapa tiba. Suami solat Jumaat. Kemudian kami bertiga bersiap untuk ke Kukup bersama dua rakan lain.
Makanan laut. Hembusan bayu laut. Awesome companion. Apa lagi kau mahu?
10 comments:
King of the court makan apa di Kukup? Bayi sotong? Comel tau azan di mana-mana berada.
Hadi dah bukan bayi lah! dia dah big boy.. hehe..
Ayin: King of Court makan udang. Haha.
Yatt: Bayi aku!
Takbir melihat duyung? Memang bijak boboi itu
Hadi sudah banyak gigi. Lebih ensem, eh comel!
Huda: Mungkin melihat something else jeng jeng jeng.
Amy: Gigi tak tambah-tambah.
comel gile hadi ni. dah besar mesti jadi hensem boy. hee
Thanks Aunty Thalha! Aunty preggie baby boy ke girl ;)
Bayi itu semakin gojes!!!
lama tk update Am...rindu nk bace ni...:)
_mia@zuryn_
Hi, ada 2 updates yesterday and today. Hehehe been busy ;)
Post a Comment