Friday, October 08, 2010

Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu,
tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah
.” (2: 110)



Ustaz Kazim kata jadi perempuan susah. Nak solat contohnya, susahlah berbanding lelaki. Terkeluar rambut seuratpun, dah batal solat. Lelaki rambut selebet macam manapun tak apa. Lagi, kalau pergi masjid, selalunya perempuanlah yang kena jaga anak. Mana nak solat lagi, nak jaga anak lagi. Lelaki jaga anak kunci kereta dia saja. Sikit sebanyak, terganggu juga solat.

Ustaz Kazim kata jadi perempuan susah. Buat apapun orang nak mengata. Kahwin awal, orang kata, “Eh eh baru lepas SPM nak kahwin? Gatalnya.” Kahwin lambatpun kena kata, “Eh eh dah tuapun belum kahwin, tak ada orang nak agaknya.” Mengandungpun kena kata, “Amboi, kan baru je beranak haritu?” Tak mengandung pun kena kata, “Kesian dah 15 tahun kahwin tak ada anak, mandul agaknya.” Orang perempuan asyik kena saja.

Ustaz Kazim kata jadi perempuan susah. Malam-malam anak menangis, emak dia kena bangun kasi makan ke, sapu minyak kat perut ke, dodoi ke. Mata pejam, tapi buat juga demi anak. Sebab suami penyabar, tak terkesanpun anak menangis. Kah kah Ustaz Kazim kelakar.

Tapi Ustaz Kazim kata sebenarnya Allah dah bagi senang sangat dah untuk orang perempuan, senang sangat untuk orang perempuan masuk syurga. Jaga 4 perkara saja; jaga solat, jaga puasa, jaga faraj, taat suami. InsyaAllah ke syurgalah kita.

Bunyi macam senang. Jaga solat. Tadi aku solat Zuhur hujung waktu. Aku mengaku. Sebab sibuk buat persiapan untuk bicara hari Isnin. Adakah alasan yang boleh diterima? Tentu sekali tidak. Itulah dia, aku solat, tapi jelas sangat tak menjaga solat.

Konon jaga puasa macam senang. Memanglah aku tak makan, tapi mungkin aku ada mengumpat. Memang aku ada mengumpat masa Ramadan baru-baru ni. Sebab ada seorang lelaki selalu sangat menyakitkan hati aku. Jadi jelas sekalilah aku tak betul-betul jaga puasa. Suami akupun samalah. Sebab dia yang kena dengar umpatan aku. Kesian dia.

Nombor 3: Jaga faraj. Bunyi macam senang. Memang tak susah. Jauhi zina, insyaAllah dalam persekitaran ni, jauh sekalilah dari nak mendekati zina. Tapi kalau rasa Mike Delfino kacak, tak apa tak? Ngeee. Teringat dalam satu ceramah lain, Ustaz Kazim kata orang perempuan kena sombong. Jangan meliuk-lentukkan suara dengan lelaki. Kalau kawan suami telefon nak cakap dengan suami tapi suami tak ada, kena tegas saja cakap suami tak ada dan letak. Jangan menggatal bersembang dengan suara liuk lentuk. Tapi kadang-kadang lembutkan suara dengan polis ke, klien garang ke, tak apa tak? Sebenarnya dah tahu dah jawapan!

Nombor 4: Taat suami. Taat suami selagi tak disuruhnya melakukan maksiat. Macam Ustaz Kazim kata, ini paling susah. Memang terpaling susah. Sebenarnya mungkin kadang-kadang lupa. Lupa diri kan sifat manusia. Ustaz Kazim kata, kalau suami suruh duduk rumah, duduk sajalah kat rumah. Tapi kalau rumah terbakar, jangan pula tak keluar sebab ingat dapat mati syahid. Kah kah Ustaz Kazim kelakar. Tak dapat syahid ya. Taat kena berpada-pada. Dan ya, kalau taat yang bercanggah dengan suruhan dan larangan Allah, itu sudah tak betul. Suami suruh buka tudung sebab nak tayang isteri cantik, itu tak boleh taat tau!

Jaga 4 perkara saja dan nanti boleh tengok syurga! Mudahnya bunyinya! Tapi sukarnya sebenarnya. Tapi jomlah kita cuba? Untung-untung kita dapat jumpa ramai-ramai kat syurga!

13 comments:

reena said...

Tazkirah Jumaat yang ringkas, padat dan hebat!

AyinEmran said...

comel lah, yes aku dgr juga video dia yg kau pos kat fb.

thanks bebeh. we all need to be reminded from time to time.

Marliza Radzi said...

Reena: Yeay! Terima kasih Ustaz Kazim!

Ayin: Ibu aku yang kenalkan aku dengan ceramah dia. Sampai ke hati kan? :D

Aloya said...

best!

kano said...

mantopp!!!

Unknown said...

Salam!
Good entry! and a good reminder for me as well for being a muslimah.. memang nak masuk syurga senang, tp usually kite yg buatnya jadi susah.. moga2 kita termasuk dlm ahli2 syurga kelak.. insyaAllah.. :)

take care!

--ayrnee79 ;)

FrH said...

thanks for the good reminder (sambil merenung diri sendiri)
:)

Marliza Radzi said...

Seperti biasa, sekadar remind diri sambil share dengan semua :D

NORZATIHANANI said...

thanks for sharing sis :)

Marliza Radzi said...

Pleasure :)

Rin said...

sy suka ceramah ustaz kazim jugak.. =) gelak2 tapi sentap..hehe..

Marliza Radzi said...

Arin: Exactly! Haha.

maycatdecal said...

I am a student, I joined the blog to make friends with the lava away from the liver around the world. I want to learn many things about the country, people, life, culture ... of your country.