Tuesday, October 12, 2010

"To understand a mother's love, bear your own children."


Wahai Hadi intan payung pengarang jantung,

Sebenarnya kalau Hadi jumpa dan baca blog Mama bila Hadi dah besar nanti, Mama akan rasa segan. Sebab apa yang Mama tulis semua dari jiwa Mama. Lalu Hadi akan kenal Mama dalam kapasiti seorang Marliza Yanti, bukan kapasiti Mama Hadi. Hadi akan tahu Mama suka tengok TV, lalu Hadi akan hairan sebab Mama selalu tak kasi Hadi tengok Playhouse Disney lama-lama. Hadi akan tahu Mama selalu merungut tentang kerja Mama, sedangkan Mama selalu suruh Hadi belajar rajin-rajin. Tapi Mama tak kisahlah.

Mama rasa Mama perlu rekod yang semalam Hadi duduk sendiri dengan sangat lama. Ini pertama kali. Hadi dah boleh duduk sendiri. Hadi anak Mama dah besar. Mama ada merasa sedikit emosi. Lepas ni Hadi boleh jalan. Lepas pandai jalan, berlari, melompat. Kemudian pandai cakap. Masuk sekolah. Masuk universiti. Kerja. Kahwin. Tinggalkan Mama. Ya, selepas baca ayat ini Hadi juga akan tahu bahawa Mama ialah Drama Mama. Ngeee.

Bila Hadi baca ni Hadi juga akan tahu bahawa Mama boleh tulis secara jiwang. Dan bila tulis secara jiwang dalam Bahasa Melayu, sungguh jiwang sangat bunyinya kan?

Semalam juga Hadi main gitar Papa. Jadi kalau bila Hadi besar nanti Hadi pandai main gitar, Hadi kena pergi jumpa Papa cakap terima kasih sebab Papa yang ajar Hadi kenal gitar. Mama ada video Papa main lagu When You Say Nothing At All dan 311 untuk Hadi, tapi Papa seksi sikit ketika itu, tak bolehlah kongsi. Kalau Hadi nak tengok, minta pada Papa, kot-kot ada simpan.

Esok Hadi dah 5 bulan. Mama rasa macam masih baru Hadi dalam perut Mama. Mama rasa sungguh emosi. Tiba-tiba Hadi dah 5 bulan. Dah besar. Dah pandai macam-macam. Paling Mama suka, Hadi dah kenal sangat Mama. Bila tak nampak Mama, Hadi jerit. Nampak saja Mama, Hadi suka; terus gelak, sengih. Mama orang biasa-biasa saja, tapi sekadar kelibat Mama pun boleh buat Hadi gembira. Hangat sungguh hati Mama.

Kalau Hadi baca ni bila dah besar nanti, sila tahu bahawa Mama sayang Hadi lebih dari perkataan dapat gambarkan. Sungguh :’) Selamat ulang bulan ke 5, anak Mama.

Sayang sepenuh jiwa, Mama.

33 comments:

hanakirana said...

oh. bergenang air mata saya bila baca ini. betul2 dari hati seorang ibu. :)

AyinEmran said...

ya, sungguh jiwang bila tulis dlm bahasa melayu.

dah boleh duduk? syabas! comel sgt tau.

reena said...

Kena tukaq Jiwang Mama la pasni :p

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

i love this type of writing...from a mother to her child...feeling habis :)

SITI said...

syahdu sungguh!

tak sabar tunggu ucapan untuk 1st birthday. :)

nadmin said...

Catatan diari seorang ibu,
macam dalam iklan burung murai..

Alin said...

sangat suker entry Am dalam BM..ngeh!ngeh!

kutak jinggong said...

sayu siot.. even tak jadi mak lagi tapi still sentap sampai jantung.. i miss my mom..

kano said...

bole wat iklan ni.. gua pun dah emo ni.. (srott srott!!)

far said...

comel la budak kecik ni. dan sgt mcm kau kin. terlalu. orang selalu ckp muka umar sebijik mcm aku tp aku tak nampak pulak kat mana. sama la kes kita kot..hehe. selamat ulang bulan hadi dear.

Amy Z! said...

emosi baca entri ni. huhu.

happy 5 month old Hadi. dont grow so fast.

*my son turn 4mo today* emosi. emosi.

ibuwijdan said...

terharu gak hati aku seorg ibu.akupun rasa emosi gak bila wijdan skang dah besar.....

Marliza Radzi said...

hanakirana: memang betul dari hati :'D

ayin: jiwang kan?!

reena: macam Mama Juwie. ngeh.

lady verde: feeling habis! haha.

Marliza Radzi said...

tim: 1st birthday lambat lagi. don't come too soon, 13/05/2011!

nadmin: mula-mula macam tak terfikir iklan murai yang mana. rupanya iklan raya tu. heh.

kak lin: haha sangat jiwang kan bila in Malay?

kutak jinggong: I miss mine too :(

Marliza Radzi said...

kano: haha dari SMS lu tadi gua dah tahu lu emo :D

far: tapi ramai orang selalu cakap macam Papa dia. Umar memang sangat mung ah Kin!

amy Z: they grow up too fast, don't they? sob!

linda: Wijdan sangat macho dah boleh jalan, lari, lompat. hehe.

Fadhilah said...

Mata Hadi yang comel!Happy 5 months old Hadi sayang!

Marliza Radzi said...

Terima kasih bagi pihak Hadi :D

~Sasha Farina~ said...

tiba tiba saya rasa nak nangis..

dodah said...

Hadi dah besar. Bila nak deting dgn akak dod n tinggalkan mama? hihihii. Miss you am... abis cuti aku lepak JB lama. Hadi, bersedia utk digomol!

Marliza Radzi said...

sis sasha: jangan menangis, kakak! hehehe.

dod: nanti roger lah!

Shafini Mustafha said...

mari sini budak comel, saya mahu gigit kamu..haha.

Marliza Radzi said...

Honey: Trade jom. Honey gigit Hadi. AM gigit Adam. Hehe.

King said...

dah makin besar makin nmpk muka Hadi macam Tok Wan dia..hehehe

Marliza Radzi said...

King: Ada kata macam Mama, ada kata macam Nenda lah, macam Wan lah, macam Tok Girl lah. Tapi mostly orang kata macam Papa dia. I guess Hadi is a little bit of everyone kot :)

twayblade said...

"Hangat sungguh hati Mama"

org utara kalo marah depa ckp "hangat hati cek nih". tp omputih kalo syg ckp "it warms my heart". i believe u meant the second one kan. hehehe.

Liza said...

Sayu bace entri am dgn naluri keibuan sguh, tp tula yg sbenarnya blaku pd ibu kite & seme ibu2 kat luar sane..semua benda yg 1st time tgk mesti nak rakam, nanti tgu dia merangkak mesti nak merangkak same..hehhe

sharel said...

tolong pass cubit pipi hadi sikit..

thank you..

Marliza Radzi said...

Ida: Yup yup the 2nd one. Bahasa Melayu jiwang kan memang guna 'hangat' untuk describe hati yang bahagia ;)

Liza: Hopefully dapat rakam 1st time dia merangkak! :D

Sharel: Will do. Haha.

a.k.a. apot said...

cute!

Diyana said...

Aaaaaa I cried! Semoga membesar jadi anak yang soleh wahai Hadi.

aniz said...

aku rasa macam dah 2 tahun lebih tak bukak blog ko (iaitu sejak sidek teoh filter practically semua benda di internet, termasuk blogspot).

bukak2 je terbaca entry ni..

penulisan yang sangat2 warm dan true, as always.

(teary eyed)

nak gi gomol2 arman jap

Marliza Radzi said...

A.k.a Apot: Thanks, Hadi says :D

Diyana: Ameen! :)

Aniz: Gomolkan untuk aku sekali!

maycatdecal said...

I am a student, I joined the blog to make friends with the lava away from the liver around the world. I want to learn many things about the country, people, life, culture ... of your country.