Monday, April 12, 2010

No place is boring, if you've had a good night's sleep
and have a pocket full of unexposed film.
" – Robert Adams



“Welcome to the world of analogue photography,” kata gadis adik lelaki saya kepada saya. Adik saya dan gadis beliau masing-masing pemilik kamera lomografi , penggemar seni itu dan mereka jugalah yang menjebakkan saya dalam dunia yang serba cantik itu.

Lalu sempena usia menjejak 28, mereka hadiahkan saya kamera lomografi edisi mata ikan! Kamera mainan, kata Ibu. Anda tertanya? Apalah menarik sangat tentang gambar berwarna tak sekata? Pudar di sana sini? Cahaya yang berlebihan? Bukankah cantik itu subjektif? Bagi saya dan penggemar lomografi seluruh dunia, inilah cantik. Tidak sempurna yang sempurna.

Comel kan saya? Saya bermata ikan tau!


Nak tahu apa 10 Golden Rules of Lomography?

1. Take your camera everywhere you go. 2. Use it any time – day and night. 3. Lomography is not an interference in your life, but part of it. 4. Try the shot from the hip. 5. Approach the objects of your lomographic desire as close as possible. 6. Don’t think. 7. Be fast. 8. You don’t have to know beforehand what you captured on film. 9. Afterwards either. 10. Don’t worry about any rules!


Ya, peraturan utama ialah tak perlu risaulah tentang apa-apa peraturan! Tak perlu risau tentang penataan cahaya. Tak perlulah risau tentang subjek dan objek dan keperluan bergaya. Tak perlu risau tudung senget, kain senteng, muka berminyak. Tak perlu risau! Sebab dalam dunia lomografi, yang tidak sempurna itulah sempurna.


Inilah dia hasil pertama dari kamera lomografi saya yang belum bernama. Ada lebih banyak gambar tentunya DI SINI. Tuan-tuan ada cadangan nama untuk si dia bermata ikan itu?

15 comments:

reena said...

K.Yanti, kita minat la kat kamera lomo ni. Jumpa yang kecik comel. Tapi tak faham. Dia pakai filem kan? Pastu kena cuci ka macam mana?

Marliza Radzi said...

reena, yes, guna filem. kalau nak cuci pun boleh, tapi I hantar kedai suruh develop & store in CD.

nyorq said...

yanti,aku suke sgt kamera ni tau..tp irfan ckp,kualiti x bestla ape la..tp aku juge seperti kamu suke pd kelainan..huhu..blk msia nnti nk rembat jugak selai..hihi..

Marliza Radzi said...

Alaa rembat je, bukan mahal sangat :D

Rin said...

hahaha! camera comel kepunyaan marliza yg comel.. panggil 'ikan' saja lah..

purplelurve said...

si dia bermata ikan........NEMO..hehehe

Shafini Mustafha said...

cadangan: nama dia 'FISHO'..kah kah

Marliza Radzi said...

hahaha. cadangan-cadangan comel :D

Anonymous said...

berapa kak yanti regenya camera ni? saya berminat la nak beli.

Marliza Radzi said...

ini hadiah hari jadi lalu saya tak tahu harganya.

AyinEmran said...

comel. heh.

Unknown said...

Suke! :) Harijadi dah lepas, ermm...beli untuk diri sendiri, hadiah jaga baby lah! Hehe. I saw a pink lomo somewhere, comel! Perhaps, K.AM wants to name it...errm...L'AMOUR! Hehe..your love affair with the LOMO! ;)

Marliza Radzi said...

ayin: nanti jumpa Kasih nak lomokan dia, siap dia. hehe.

asni: lagi bagus, minta hadiah dari bapa baby, upah jaga baby ;)

FrH said...

am u cuci or compile in soft copy jek? nice photos anyway.

husband i juga penggemar lomo. lepas dia cuci smua gamba, dia suruhi framekan dlm frame ikea yg besar dan gantung di rumah. cantik!

Marliza Radzi said...

I tak cuci. I just get them transferred into CD. nantilah bila dah ada banyak sikit, baru choose & cuci.