Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya
Siti Nurhaliza pernah berlagu tentang hidup yang seindah biasa. Saya juga pernah menulis tentang betapa saya suka hari-hari yang seindah biasa. Ada orang kata keadaan biasa sangat membosankan; rutin harian tanpa cabaran, melalui hari tanpa perubahan. Itu betul juga.
Tapi bayangkan kalau suatu hari, keadaan biasa kita dirampas dari kita tanpa rela.
Rutin pagi yang biasa, kita dikejutkan dengan penggera untuk bergegas bersiap ke pejabat. Tapi bayangkan di satu pagi yang hening, tiba-tiba rumah bergegar, kepala berpusing dan kita nampak depan mata sendiri batu-batu rumah kita menjadi serpih-serpih kecil dan kita hanya berjaya lari keluar sehelai sepinggang, tanpa harta tanpa keluarga.
Bayangkan suatu hari kita ke pejabat untuk melunaskan tanggungjawab harian yang membosankan demi sedikit ganjaran di hujung bulan. Kemudian kita dipanggil orang atasan untuk dikhabarkan bahawa khidmat kita tak diperlukan lagi. Ya, memang kebanyakan masanya kita menyampah dengan kerja, tapi bagaimana kalau kita tiba-tiba kehilangannya?
Keadaan biasanya, selepas waktu kerja keluar bersama isteri untuk makan malam. Tapi malam itu, ketika sedang tunggu isteri tiba, ada panggilan telefon, beritahu isteri terlibat dalam kemalangan. Makan malam yang selama ini sungguh rutin dan membosankan itu bukankah lebih baik dari semalaman resah di hospital, menanti khabar berita tentang keadaan isteri yang parah.
Kadang-kadang memang kita bayangkan kehidupan lain yang lebih menyeronokkan yang mungkin boleh kita kecapi. Kadang-kadang memang akan ada rasa untuk lari jauh bawa diri dari rutin harian yang semakin hari semakin membosankan. Kita lihat laman milik orang lain, kita nampak betapa segar menghijaunya rumput mereka.
Memang bagus punya impian untuk ada rumput yang lebih hijau. Tapi saya kira, kita perlu sentiasa hargai dan syukuri keadaan-keadaan biasa dalam hidup kita.
Sebab kalau hilang tiba-tiba semuanya, bagaimana?
Tak lama lagi saya akan hilang sedikit dari keadaan biasa saya. Saya yakin selepas ini, hidup saya akan berubah sepenuhnya. Tidak boleh lagi bangun pagi pada waktu saya sendiri. Tidak boleh lagi buat keputusan berlandaskan semata-mata keperluan diri. Tidak boleh lagi merancang hari mengikut kehendak sesuka hati.
Saya yakin saya akan belajar erti sebenar meletakkan orang lain lebih dari kepentingan diri. Lalu saya yakin saya akan hilang serba sedikit keadaan biasa hidup saya.
Tapi untuk dia, saya yakin saya akan lakukan dengan ikhlas sepenuh jiwa.
35 comments:
One of the sweetest and bestest entry.
Nanti bila lil one dah besar, suruh dia baca entry ni :)
betul beb. thanks for reminding ;)
insya allah you'll be the bestest mom ;)
*LIKE*
i just had the same thought yesterday... dan hampir2 nak mengarang entry yg lebih kurang sama.tp disebabkan karangan itu sungguh panjang dan tak mampu diteruskan... update ala kadar jelah pagi td :P
~coffeeaddicts~
Reena: aaawh thanks :)
Yunik: aku ingatkan diri aku sebenarnya :)
coffeeaddcits: mungkin semua bakal ibu berfikiran begini :D
i know i'll sound like makcik2 but i can see your perut dah turun, dari tepi (of cos la kan)
wafaa: hahaha. tak makciklah. memanglah sepatutnya dah menurun by this time kan?
manisnya entry ni... :)
I also like this entry....
Don't worry. Lepas ni semuanya bakal jadi luar biasa.
ahh..terasakan mahu mengalir air mata..semoga si kecil dlm perut memahami ttg hati seorg ibu..
touched! nicely wrote. love every single word :)
anakmami: hahaha manis. suddenly I teringin something sweet. kuih seri muka. amboi.
sis DNAS: takutnya luar biasa :P
azura: si kecil dalam perut banyak sangat stretching semasa entri ini ditaip tadi. haha.
ederq: thanks :)
Am...you are right. Things will change after this. Is all about the little guy.
agreed with jas...si dia menjadi keutamaan....
yep yep, I'm bracing myself for the change :)
sekali lagi menangis. hahaha. hopeless betul. as always, tulisan u touching betul. take care and enjoy last days of pregnancy :)
yanti,serius aku suke bace entry ni..sgt2 sweet..spt biase juga,aku xsabar nk tgk muke baby ko..take care..
Foxyfarah: Hehe thank you, dear :)
Nyorq: Aku suka tengok gambar-gambar korang kat Uzbek (tak relevan. Ngeee)
hits the like button on this post :)
hye am.. Sangat indah tulisan awak.. I felt exactly the same during the final few weeks of my pregnancy.. now anak dah besar dah kecoh n x reti duk diam memang sangat2 miss masa pregnant baby still duk diam n just rasa tiny kicks from dalam perut.. macam it was just the 2 of us in this whole wide world ;p
starry eyed: hehehe thanks.
Mommy kam: just the 2 of us. I like that :)
Marliza, kerana itu saya suka baca blog kamu, sentiasa bermotivasi dan positif:)Thanks
sweet sangat entry ni marliza,:)
karamah: terima kasih :)
baini: yeay :D baini, Huda Karim dah bersalin! Turn kita pula nanti!
Dear adik,
entry ni sungguh sweet, dah lama tak rasa tersentuh begini..
terima kasih :)
Best of luck, bebeh! :)
-wahida-
*nangis*.
aku tak benarkan diri aku utk fikir mcmni sebelum bersalin hari tu sbb nanti sedih.
how i missed your writing (and tweets).
aku doakan bila tiba waktunya, segala-galanya dimudahkan untuk kau, Daud dan si comel. amiiin.
Wahida: thanks bebeh.
Ayin: ameen! Miss you too darl!
aku baca entry kau ni macam baca lirik lagu la..
jap, aku ambil guitar..
sharel: sila sila berlagu.
entri manis! suka seperti biasa juga :D
Hrp masih dpt blogging semasa pantang..kalau rutin baca blog ini terganggu nnti akan tak best pula ;)
arin: juga berharap mampu & rajin update ketika berpantang :D internet di rumah Ibu pantas!
kak yanti: terharu dgn entry this time n reminded me to be strong n ikhlas for the sake of Him n the lil ones :)
kakak terharu lah baca entry nih.. cam nak bergenang2 je.. huk huk huk
salam sis, came here via ayin's blog. i love ur posts, but this is the best one yet. and perfect timing too. may i link this post in my blog?
also, congratulations on the birth of your little hero!
Post a Comment