Wednesday, February 03, 2010

“Muka saja ganas tapi dalam hati ada taman”


Tahu tak perasaan pergi tengok wayang dengan ekspektasi rendah dan keluar dari wayang dengan rasa puas? Itulah perasaan saya selepas ADNAN SEMPIT.

PERASAAN SEBELUM MENONTON:

When I first saw the movie poster & trailer, I remember thinking, “Ya Tuhan, not another movie glorifying rempits please!” Tapi memanglah, the trailer does the movie no justice lah.

Tengok director: Ahmad Idham. Perasaan: Not a fan. I mean, his body of work consists of Anaknya Sazali, Senario the Movie & Mr. Cinderella; enough said-lah kan? Ngeh. I despise Mr. Cinderella beyond words, harap maklum. But yeah, to be fair to the man, Jangan Pandang Belakang adalah horror movie yang berjaya.

Tengok leading male: Shaheizy Sam. Perasaan: Indifferent. Sebelum ini, Sam di mata saya is just another sidekick. You know, pelakon yang boleh berlakon tapi good enough as sidekick saja.

Tengok leading lady: Intan Ladyana. Perasaan: Bluergh. Pretty face tapi kayu.

Tengok sidekicks: Along & Angah of Raja Lawak and Cat Farish. Perasaan: Oh my. Comic reliefs yang berkemungkinan besar menjadi slapstik. God help me.

MENGAPA SAYA TONTON:

Sebab saya baca raving good reviews dari reliable sources seperti wartawan dan rakan-rakan yang saya percaya taste mereka. Dan jika anda kenal saya, saya memang jenis yang ingin beri peluang kepada filem tempatan. Entah kenapa. Bukannya saya dapat share pun. Kah kah. Lalu saya decided to give Adnan Sempit a chance and dragged my man along. Well, I am glad I did.

PERASAAN SESUDAH MENONTON:

Saya mengaku yang saya tonton dengan perasaan skeptikal. Macam Ayuni kata, menanti saja bila jalan cerita filem ini akan merudum teruk. Tapi itu tidak berlaku. Tidak sama sekali.

But if you’re a fan of Senario, this is not your cup of tea lah. Sebab Adnan Sempit tak ada lawak slapstik yang menerbitkan muntah hijau. Saya tak mahu cerita lebih-lebih sebab review ini tak ada caution: Spoilers Ahead. Lagipun spoiler hanya akan hilangkan magisnya. Lalu, perasaan saya secara ringkas sesudah menonton?

Perasaan terhadap Ahmad Idham: Rupanya beliau boleh hasilkan komedi sebegini. Teruskanlah dan hentikanlah komedi yang menerbitkan muntah hijau.

Perasaan terhadap Intan Ladyana: Rupanya beliau boleh berlakon, jika di bawah arahan yang betul. Pengarah kan penting? Remember Maya Karin pre-Shuhaimi Baba? In No Problem? Kah kah you get what I mean kan. Jadi ya, Intan telah improve dan I have to say dia kelihatan sangat cantik throughout the movie.

Perasaan terhadap sidekicks: Yes, even the comic relieves and sidekicks were funny! Along, Angah, Cat Farish, Julia Hana, Yana – they all did well.

Perasaan terhadap Sam: He was goooooooooooooooooood! I’m not saying that he’s Oscar-material ke apa, but just that he is good! I never noticed that Shaheizy Sam adalah seorang yang comel. And he can really act. Like seriously.

To sum up my perasaan (tiba-tiba nak buat kesimpulan?): Adnan Sempit sungguh comel, sangat kelakar dan teramat menghiburkan. Kalau anda di Jusco Tebrau pada Jumaat lalu dan terdengar hilai ketawa wanita tanpa henti, ya itu saya.

MENGAPA SAYA BUAT REVIEW INI:

SATU: Sebab Ayuni suruh. Kah kah. Sebab walaupun Adnan Sempit telah jadi highest grossing Malay film setakat ini (source dari Ayuni), Ayuni masih mahu Adnan Sempit cuba saingi Avatar (kah kah). Lalu pesan Ayuni kepada semua orang yang sudah tonton Avatar and made it the highest grossing movie of all time, sila tonton Adnan Sempit juga.

DUA: Sebab saya suka ia dan saya rasa ia boleh mewujudkan ceria kepada anda semua. Tonton ya? But promise me that you’ll go watch dengan minda dan hati yang terbuka.

KESIMPULAN TERAKHIR: Shaheizy Sam, you rock!

29 comments:

AyinEmran said...

Haha, yunik tu, blog dia takde? Haha.

Beb nape tulisan kecik?

hanakirana said...

haha aku suka review ni. buat aku rasa nak tonton juga. dan ya, aku pun faham perasaan suka beri peluang kepada filem2 tempatan tu. :)

Marliza Radzi said...

ayin: entah perempuan Ayuni tu kata malas nak menulis. hahaha. eh kecik ke tulisan?

hanakirana: sila beri peluang kepada filem ini :D

reena said...

I'm a fan of Shaheizy Sam! Suka tengok dia berlakon dalam drama. One of the talented actors he is.

nyorq said...

shaheizy sam tu classmate aku dulu..mak aku cikgu kelas aku..slalu suh dia buang subang kat telinga..ye,time tu djh 2 ye dh pkai subang..huhu..dia ckp,mak dia xkasi bukak subang tu..haha..tp dia baik dlm kelas..comel sgt kecik2..and,aku lupa tgk adnan sempit time blk msia aritu..uuuu..

Marliza Radzi said...

Reena: jadi sila gi tengok! :D

nyorq: haah aku tau dia classmate ko :D

madame blossom said...

my friend said the same! i shud i shud see!. tapi bila ya....

nadmin said...

dah lama tak tengok wayang..huhu..filem terakhir ialah transformers:revenge of the fallen..waktu tu isteri tengah mengandung dan bby yg dalam perut asyik menendang2 dan bergerak dgn aktifnya..sampai kami tak dapat nak bagi tumpuan..haha..

bila dah kuar, amna huda mmg aktif..hehe..setiap kali tgk dia aktif bergerak, teringat citer transformers tu..

Marliza Radzi said...

madame blossom: nanti datang JB, tengok ya :D

nadmin: baguslah bayi aktif! Bayi saya sangat aktif juga setiap kali tengok wayang. Haha.

yunik said...

hahahaha

betul ke info dah jadi highest gross tu? belum kot, tapi dgn sokongan padu sumorang yg tgk avatar pegi tgk adnan sempit, maka ia pasti akan menjadi kenyataan! oh yeah!

Naem said...

AM, seperti menarik jer cerita Adnan Sempit ni, seperti mahu tengok juga...

Marliza Radzi said...

Yunik: alaa susahlah nak penetrate crowd yang tak nak tengok filem melayu sebab tak nak tengok filem melayu. Ko pergi ajak sikit kat blog ko. Haha.

Naem: sila tengok! :D

Anak Mami said...

saya pon nak tengok lah! sebab? sebab am suruh... hehehhe..

was in jb last monday... ingat nak call, nak tengok adik comel pregnant.. tapi tak sempat! :(

:: vErde+hAzizi :: said...

hmmmm...seriously im not a fan of those rempit2 movie...but the way u build up the excitement, maybe its worth to gv it a try ;)

Marliza Radzi said...

anakmami: aik ya? Buat apa di sini? Ada kerja ya?

verde: me too but this is not a rempit movie. Adnan is a despatch who owns a bike & kawan dengan budak2 motor, that's all :D

Rin said...

1 lagi review menarik psl adnan sempit..hari demi hari tggu peluang nk tgk nie.. aarrgghh!

Y- A-T-T said...

Baiklah, saya mahu tengok.

Alasan: kerana saya percaya taste kamu. Selalu sajer yang aku suka kau mesti suka juga and vice versa.

p/s: Aku suka Glee jugak. comel.

lebiyu mishyu.

Marliza Radzi said...

rin: hehe weekend ni boleh tengok.

yatt: alamak kalau ko tak suka nanti, sorry eh :P

madulebah said...

Nak tengok tapi my man tanak sebab katanya nanti raya mesti keluar tv or astro. Huk huk

Harus pergi sendirian atau dengan kawan-kawan saja macam tengok Pisau Cukur.

kish said...

saya keluar panggung sambil tersengih tambah2 sbb part last tu. saya cuma benci part zack x-factor saja.

Marliza Radzi said...

madulebah: sempat eh tengok TV masa raya? AM selalu tak sempat. Hehe.

kish: samalah. sayapun benci part zack! Please lah dia tu! Tak sukalah dia berlakon.

Juma Karamah said...

wah...klau ahmad idham tau pasal review ni,mau diambiknya marliza 'pengarah bersama' lps ni:) Hoho. Tb2 sy pon rs nk tgk:) Ye, anggapan sy jg sebegitu... xtaula lps tgk nnti mcm ne. Thanks(>_<)

Marliza Radzi said...

karamah: haha tak maulah jadi pengarah bersama.

dodah said...

tgk semlm bersama klasmet. Hehe I shud watch with Faisal, adalah beberapa perkara yang buat aku teringat kat dia. Well, cuma aku je kot yang tahu. haha. Bes gila..tahap gelak tak benti.

Marliza Radzi said...

Dod: kelakar kan!

~Sasha Farina~ said...

seriously bagus ya? saya patut tonton juga ni ... :) lama dah tak menonton wayang. Avatar pun tidak.. sebab saya don't get the excitement of watching blue faced creatures with pointy ears. :D

Marliza Radzi said...

sis sasha: hahaha 'blue faced creatures with pointy ears'!!! kelakar. AM pun rasa Avatar OK-OK saja. mungkin sebab hype sangat, high expectation lalu rasa macam tak tercapai expectation. hehe.

sharel said...

Aku masih curious macam mana si Sempit ni boleh mengalahkan filem kegemaran sepanjang zaman ku, 'sembilu'..nak kena tengok jugaklah ni!

dan dengarnya our 'baby' pun telah diranapkan seteruk-teruknya..kesian GT..

Marliza Radzi said...

kah kah filem kegemaran sepanjang zaman adalah hebat sangatlah.