Monday, February 08, 2010

Everything grows rounder and wider and weirder, and I sit here in the middle of it all and wonder who in the world you will turn out to be” - Carrie Fisher


Minggu ke-28. Bulan ke-7. Trimester ke-3. Terima kasih, Allah.


Buncitan perut perempuan ini semakin ketara. Beberapa orang tiba-tiba terkejut tanya, “You’re pregnant?!” Kah kah. Apa? Ingat perempuan ini menggemuk tak tentu hala tiba-tiba? Mereka kata, tiba-tiba ada bonjolan, sebelum ini nampak seperti normal saja. Kelakar betul.

Antara aktiviti yang menerbitkan seksa ialah bersujud. Ataupun hendak bangun dari bersila. Juga mencangkung. Ya, perut ini telah memberat kerana budak dalam perut semakin menembam.

Stretch marks adalah igauan ngeri, ya? Setakat ini, perut perempuan ini merekah dengan sekata. Kesannya kelihatan di tengah saja. Cantiklah. Tapi itu setakat inilah. Budak dalam perut ini masih ada 2 bulan untuk membesar dan menyebabkan kesan ketara kepada perut mulus ibunya. Tapi tidak adil, Ibu tak pernah ada stretch marks walau sedikitpun dari kedua-dua pregnancies dia. Sampai sekarang kulit dia putih mulus bergaya. Some women are so lucky.

Tendangan manja dari dalam semakin bertenaga. Kadang-kadang ada tarian dan upacara putar-memutar badan juga. Oh satu lagi, budak dalam perut suka membuat regangan badan dan mewujudkan benjolan-benjolan comel di perut. Sungguh kelakar. Lebih kelakar bila semua ini buatkan perempuan ini ketawa dan bercakap seorang diri. Semua ini juga belum pernah gagal menerbitkan rasa kagum dengan kuasa Yang Esa.

Masih ada kepahitan mulut sekali-sekala. Buah-buahan adalah kawan baik perempuan ini. Dia gembira betul sebab musim kaum Cina beraya; limau Mandarin di sana sini. Limau Mandarin manis-manis masam yang disejukkan dalam peti ais adalah kawan utama perempuan ini. Nasib baik tidak ada heartburn yang ketara. Jarang sekalilah ada dan mudah-mudahan tak akan ada. Rugi betul kalau tak dapat nikmati buah-buahan citrus kan?

Kaki mengejang. Tumit terseliuh. Tangan mengebas. Itu perkara biasalah! Ujian Tuhan yang terpaksa dialami hampir setiap hari. Ya perempuan ini sudah minum susu, minum soya, makan calcium tablets; tapi ini masih berlaku. Mungkin juga kerana perempuan ini peminat penghawa dingin. Dan air ais. Tapi tak apalah, apalah sangat ujian kecil ini jika bandingkan dengan kejadian magis budak dalam perut, bukankah?

Betullah perempuan ini peminat penghawa dingin. Sebabnya perempuan ini cepat panas sekarang. Penghawa dingin dan kipas adalah kewajiban dalam hidup. Ibu kata itu perkara biasa. Mengandung memang panas. Buku juga kata. Rimas betullah kalau cuaca melekit panas. Mengada-ngada? Ada orang kerja membanting padi tengah panas masa mengandung, tau!

Perempuan ini masih bertenaga lagi. Kalau ajak shopping, masih boleh berjalan berjam-jam tanpa tumpas. Kalau ajak keluar minum-minum tengah malam, tentu juga masih boleh. Dengar cerita, masuk bulan kelapan, barulah akan terasa betul penat lelah mengandung. Tak apa, tak apa. Hadapi ia bila ia tiba. One thing at a time ya.

Tapi kadang-kadang agak sukar untuk tidur malam-malam. Entah kenapa. Mungkin budak dalam perut mahu beri hint apa akan berlaku di masa hadapan. Haha. Ya, budak ini aktif bertenaga bergerak ceria menjelang tengah malam. Kemudian akan menyebabkan perempuan ini tergolek kanan kiri. Kemudian perlu ke tandas. Kemudian tak boleh tidur. Semalam sampai 3.30 pagi masih belum tidur. Lalu ajak suami pillow talk dan natijahnya, dua-dua ke pejabat dengan mata merah. Lalu perempuan ini sedikit letih dan teramat mengantuk sekarang.

Belum selesai membeli barang keperluan budak dalam perut. Survey dulu. Tentu mahukan terbaik untuk budak dalam perut tapi perlulah bersesuaian dengan bajet. Kalaulah the sky is the limit kan. Tapi alhamdulillah, setakat ini telah dapatkan yang baik-baik saja untuk budak ini. Orang kata, perlu selesai beli sebelum bulan kelapan, sebab by then sudah tidak bertenaga. Tapi online shopping kan ada. At your fingertips saja, beb!

Ya, perempuan ini belum buat keputusan mahu mengeluarkan budak dalam perut ini di mana. Suami kata, sebut nama calon-calon specialist terlibat dan tunggu keputusan dari dalam; yang mana menghasilkan tendangan paling kuat, maksudnya yang itulah yang budak dalam perut pilih. Kah kah kah. Apakah bakal ibubapa berperangai sebegini?

Minggu ke-28. Bulan ke-7. Trimester ke-3. Terima kasih, Allah :)


Oh ya! Itu gambar perempuan ini yang diketik pagi ini, ketika telah lewat ke pejabat. Kah kah.

50 comments:

reena said...

Awww..Comelnyaaa Kak Yantiiii! *Cubit skit*

Kalau tak larat, meh nak tolong shopping kan :p

Saya yang blom kahwin sudah jatuh hati pada stroller yang dilihat di Mothercare KLCC pada Sabtu lepas. Ngeeee :p

yunik said...

awww comels sangat la. tak gemuk. tp kalau gemuk pon its ok la, gemuk yg berhasil hehe...

take care bebeh!

Marliza Radzi said...

reena: hahaha boleh KIV stroller tu. senang, dah siap pilih dari sekarang ;)

yunik: gemuk yang berhasil! kah kah kah (Glee belum sampai, beb?)

hudanesz said...

kak yanti, we are about the same age..bila due? mine around mid april..takutnyer..i got heartburn every now n then, n yes, nk sujud juga payah :P juga tidak habis mmbeli brg lagi..nobos nobos :D

azura said...

wah..sangat seronok membaca cerita budak dlm perut dan perempuan ini..:)

Marliza Radzi said...

huda: huda awal sikitlah, kak yanti due early may insyaAllah. almost sebayalah mereka nanti :D

azura: yeay. hehehe.

hanee said...

Babe, kepanasan memang tidak dapat dielakkan. 24 jam sehari saya sentiasa bersama kipas dan air-cond. Nikmatnya bila angin sejuk terkena badan yang hangat. Saya pernah dikejutkan suami minum horlick ais di kala pukul 1 pagi di mana hujan mencurah2 di luar sana. Arghh...nikmatnya.. hehe..Masuk bulan ke-8, memanglah terasa diri sedang mengandung. Berjalan penat. Duduk pun penat. Apatah lagi berdiri. Cuma yang tak penat...hanyalah MAKAN. Hehehe..
Nikmati saat-saat indah begini sebelum anda melihat mata anda lebam di pagi hari. =)

thehealthinspector: said...

tak gemuk pun.. cantik ajer.. perempuan eh?? ;)

Marliza Radzi said...

hanee: haha mata lebam di pagi hari ;D baiklah, akan saya nikmati!

amy mieza said...

Hi, i'm ur silent reader.
I pun tgh pregnant and skang dah 29 weeks. Semua experience u, I lalui jgk. Panas sepjg masa, susah nak tido malam and mcm2 la kan. Seronok kan pregnant, tmbh2 1st baby.
I pun xcomplete lg brg2, tgh survey and beli skit2.

Marliza Radzi said...

thehealthinspector: ilusi optik tu hehe. Eh nampak macam pembawaan perempuan eh?

Amy: hai! Wah hampir sebaya baby kita :D

baini said...

am,comelnya ko..jeles sungguh,heh..semalam ada gath kat sini,2-3 orang tanya 'Anak keberapa ni?'..adeh,pengsan..
setakat ni yang aku rasa sakit belakang and somewhere around my pelvis kalau duduk lama sangat..alhamdulillah ofis kat sini ada first aid room,bolehlah nak baring-baring sekejap..

dillazag said...

Alhamdulillah. Looking good, hun! Enjoy your last few weeks..

Marliza Radzi said...

Baini: bestnya ada tempat baring2! Aku kalau nak baring, kat surau jelah. Heh. Eh baini, happy belated birthday! :)

sis dilla: will do, thank you!

Foxy Farah said...

Comel sangat lah ibu kepada budak yg suka menendang itu ( pasti comel juga). Enjoy the last semester eh trimester okie? Take care tau :)

Mama Ayra Ariana said...

Hi Am.. saya ni silent reader awak... selamat menempuh alam peknen... klu tak larat sgt solat duduk je ye... saya dulu da masuk 8 bulan mmg solaat duduk je.. duduk atas kerusi.. duduk kat lantai tak larat pulak... :)

Marliza Radzi said...

Foxyfarah: thank you dear!

Mamaayra: itulah pernah solat duduk sekali sebab letih sangat. Sedapnya! Hehe.

AyinEmran said...

Haha kelaka la sebab kau tengok corak stretch marks tu cantik. always positive eh?

aku dah start penat dah buat keje sikit pun kena rehat. last last tgk tv kahkah.

Marliza Radzi said...

ayinemran: bestlah boleh stop tengok TV. Heh. Haha aku perasan stretch marks cantik sebab aku tengok banyak gambar stretch marks orang at 7 months sangat berselirat sana sini. So aku syukur ah. Hehe.

Anonymous said...

jangan minum banyak ice drinks. sebab takot nanti badan baby banyak bulu.

An said...

hai Am...
Being pregnant 1st baby sangat best bagi An. Sume yang Am cerita tu An dah lalui. Best kan? Make me feel complete as a woman. Sekarang tengah tunggu due date yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Mungkin anytime. Btw, sudah tahukah jantina budak di dalam perut tu?

wahida said...

Enjoy pregnancy to the fullest beb! Take care ya!

Marliza Radzi said...

Anonymous: uik benarkah? Hahaha.

An: sudah tahu :D An due bila ni? Menanti hari eh?

Wahida: will do bebeh :D

sharel said...

"..keputusan dari dalam.."

Kami tanya Uhm (masa tu nama dia Uhm)pasal gender, nama apa yang dia nak, nanti besar nak jadi apa..

jawapannya: dia main jawab je semua..kalau soalan objektif tu, A,B,C,D dia hitamkan pakai pensil 2B..

karamah said...

comel sangat perempuan ini:) Semoga selamat semuanya sampai masanya(>_<)

Marliza Radzi said...

sharel: kah kah kah. soalan susah sangatlah. bagilah leading question yang tak mencabar sikit.

karamah: ameen :)

arelyn said...

am..comel n cute...gemoks pun ok...

Wafaa said...

Soalan takde kaitan dgn entry tapi ada kaitan dgn gambar. Tu henpon ke camera?

Marliza Radzi said...

kak lin: haha tak mahulah gemuk. tengok kak lin, dah 2 anak pun cun dan slim je :)

wafaa: hahaha. kamera :D

madulebah said...

enjoynya baca entry perempuan mengandung nih

eh dah lambat ke pejabat pun sempat lagi klik klik gambar? kalau kakak maunya rasa nak nanges.. ha ha ha

Marliza Radzi said...

madulebah: rileks saja kalau lewat. dah biasa. hahaha.

fieza said...

Jangan risau... Streatch marks itu akan datang dibulan2 terakhir... hahaha

Sebenarnye dulu i ingat stretch marks will be exceptional to me...hehe
Tapi, stretch marks itulah yang memori yang paling indah sampai sekarang.

Marliza Radzi said...

fieza: tapi my mom tak ada stretch mark langsung tau. dia takde guna apa2 cream pun. sangat bertuah. hehe.

sid said...

hee kak yanti comei sungguh.sy slps 2bln bsalin masih gumuk dan skrg asik pakai jeans yg sama saja sbb yg lain xmuat ;(

oh dan saya x ada stretch mark juga.suami kata sbb dulu saya pernah gemuk amat jd kulit di perut sudah ada bahagian untuk menegang tanpa meninggalkan kesan.hehe.

Marliza Radzi said...

sid: alaa baru 2 bulan. boleh lagi turun tu. go go go! :D

Ana said...

Alysha lahir 2.95 kg jer..tapi aku ade gak stretch mark. mmgla tak teruk act but tak seronok langsung bila tengok...always wonder how come my mom dulu takder pun stretch mark walaupun lahir 3 anak...mungkinkah org2 dulu mmg takde kot..? papepun masih berusaha nak hilangkan..:))...any tips.?.hehe

FrH said...

mak budak itu sungguh comel skali :)

btw am, i msk 9 bulan jek stretch mark baru start kuar n trus tumbuh mcm cendawan. huwaaaa. sapu oil byk2 ok!

Marliza Radzi said...

ana: ko pula yang minta tips dari aku?! aku yang nak tips nanti tau! heh.

FrH: will do! (selalu malas sebenarnya)

~Sasha Farina~ said...

Am - you glow my dear. cantik sangat!

Marliza Radzi said...

sis sasha: ilusi gambar saja tu, sis. Hehe. Thanks anyway :)

zaihah said...

Salam, pn marliza..hahahhah..skema aku..found your blog lam link che ah @ fasihah, my office colleague...nih baby yg ke bape??..

Marliza Radzi said...

baru yang pertamalah, zaihah.

ideamenulis said...

Moga dimudahkan urusan. Banyakkan baca 'ayat2 cinta' dalam kitab Allah.

Marliza Radzi said...

pakzul: insyaAllah :)

jaja said...

wahh dah besar budak dalam perut tu! :)

Marliza Radzi said...

hehe baru 7 bulan dalam perut :)

ummi zufayri said...

cepat, cepat, pegi sapu olive oil kat kulit :)
insyaAllah takde stretch marks.

Marliza Radzi said...

ummizufayri: selalu malas :P

Anonymous said...

lost your money at the [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] ?over 21 and looking where to [url=http://www.generic4you.com]buy viagra online[/url]? or even how to buy [url=http://www.avi.vg]adult toys[/url]? well you can try this websites and [url=http://www.medical-250.biz]buy viagra[/url]. [url=http://www.generic4you.com]sildenafil[/url] and [url=http://www.generic4you.com]generic viagra[/url] online. you can also buy [url=http://www.generik4u.com]viagra[/url] online.
so for [url=http://www.avi.vg]sex toys[/url] and [url=http://www.ewgpresents.com]viagra online[/url] check us ! for great [url=http://www.cahv.org]viagra[/url] deals check us now!

Anonymous said...

lost your money at the [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] ?over 21 and looking where to [url=http://www.generic4you.com]buy viagra online[/url]? or even how to buy [url=http://www.avi.vg]adult toys[/url]? well you can try this websites and [url=http://www.medical-250.biz]buy viagra[/url]. [url=http://www.generic4you.com]sildenafil[/url] and [url=http://www.generic4you.com]generic viagra[/url] online. you can also buy [url=http://www.generik4u.com]viagra[/url] online.
so for [url=http://www.avi.vg]sex toys[/url] and [url=http://www.ewgpresents.com]viagra online[/url] check us ! for great [url=http://www.cahv.org]viagra[/url] deals check us now!