Saturday, August 22, 2009

"Oh you who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you; that you may learn
piety and rightousness
" - Al-Baqarah [2:183]


Sungguh kurang sopan apabila sudah tiba 1 Ramadhan dan masih belum mohon maaf dan ucap Selamat Menyambut Ramadhan dan lebih teruk pula, penulisan terakhir ialah suatu percubaan melepaskan aura negatif. Ngeh.

Tiba sudah Ramadhan. Alhamdulillah berkesempatan bertemunya lagi. Sahur apa hari ini, kawan-kawan? Kami bersahur Bubur Nasi dengan Sambal Ikan Bilis, Ikan Masin dan Telur Masin. Ya, segala yang boleh buka selera sebelum Subuh. Cadangan asal mahu guna resipi Ayin, tapi terlupa mahu salin, lalu masak Sambal Ikan Bilis resipi Arwah Opah. Kelakar betul siang ikan bilis pukul 4 pagi. Kalau sahur di rumah ibubapa, saya paling suka nasi goreng dengan Sambal Ikan Sardin dan telur mata kerbau. MasyaAllah lazatnya.

Masa sekolah rendah, berbuka puasa wajib ada 2 perkara: Ayam percik dan air gas. Preferably Fruitale. Yummeh! Kemudian perut jadi buncit terus tertidur lepas berbuka. Kena paksa bangun solat Maghrib dan siap untuk berterawikh. Berpuasa di STF suatu pengalaman yang sungguh menarik, tapi itu nanti saya cerita dalam penulisan akan datanglah.

Saya mahu pergi tonton Nur Kasih di TV3 dan kemudian mahu kukus caramel pudding untuk berbuka puasa di rumah mertua malam ini.

Selamat memeriahkan Ramadhan, semua! Maaf zahir batin, ya!

Oh sebelum terlupa, saya tinggalkan semua dengan salah satu video dari projek 15Malaysia, entitled The Tree, produced by Pete Teo and directed by Amir Muhammad. Suatu temuramah yang ringkas dan menenangkan jiwa dengan Tok Guru Nik Aziz kesayangan semua.



“Satu masalah yang timbul di seluruh dunia Islam, ditimbulkan oleh musuh Islam, ialah mengasingkan hidup dari peraturan Allah”
- Yang Amat Berhormat Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments: