Monday, August 24, 2009

Ayah dan ibu, ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah mesti dihormati
Ayah dan ibu, ayah dan Ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat


Rindulah. Rindu nak berbuka dengan keluarga nun jauh beratus kilometer di sana. Rindu nak bersembang-sembang sambil makan. Rindu Teh Tarik Ibu. Rindu Kuih Lopes Ibu yang tak ada siapa berjaya tandingi setakat ini. Rindu masakan-masakan Ibu yang hebat-hebat dan penuh meja. Semalam Ibu masak Kari Tulang, Sambal Ikan Pari, Udang Bakar dan Kuey Teow Goreng, permintaan Adik manja saya. Saya begitu cemburu. Saya rindu.


Rindu nak pergi berterawikh dengan ibubapa. Seronoknya dulu-dulu ada geng pergi terawikh. Sekarang, seorang diri saja. Yalah, yalah, memanglah Suami saya ada. Tapi dia kan solat di bahagian lelaki. Saya sayu saja tengok orang lain bersama ibu mereka. Isk. Rindu nak makan moreh sama-sama dengan Ibu; minum teh, makan bubur. Kadang-kadang singgah kedai mamak untuk supper minum teh tarik sebelum balik rumah. Rindulah.

Kadang-kadang rasa rindu juga puasa zaman universiti. Buka puasa ramai-ramai dengan kawan-kawan. Makan tidaklah mewah, sebab student kan, tapi memang seronok betullah. Kadang-kadang bungkus nasi campur kedai mamak dan makan dengan rakan-rakan serumah depan TV; itupun sudah seronok. Pergi Bazaar Ramadhan pun seronok betullah ramai-ramai.

Berpuasa di sekolah memang paling seronok. Sayu, tapi seronok dengan cara sendiri. Lagi sayu, masa berbuka puasa di dining hall, akan pasang lagu-lagu raya. Sayu betul. Macamlah tak dapat balik raya? Tapi yalah, syahdu tak puasa bersama keluarga. Tapi bab makanan, alhamdulillah, makanan sekolah saya sedap-sedaplah. Banyak kali dah saya tulis tentang kelazatan makanan dining hall sekolah saya. Yang special, bulan Ramadhan, ialah ABC di kantin. Lazat tak terperi. Saya tak pasti memang lazat atau sebab itu saja pilihan yang kami ada. Ngeh.

Kemudian boleh outing pergi bazaar. Beli makanan-makanan wajib Johor macam Otak-Otak dan Air Kathira. Kalau tak dapat outing, mesti mahu pesan Ayam Percik dari orang yang outing. Ibupun, without fail, akan hantar serunding daging dan sambal ikan bilis kering, untuk buat makanan masa sahur. Jadi bab makanan, memang tak deprived langsunglah alhamdulillah.

Petang sebelum berbuka, semua orang wajib bertadarus dan kemudian tonton Jejak Rasul di surau. Sebelum saya insaf, masa Tingkatan 2 (saya insaf sejak Tingkatan 3. Ngeee) saya pernah ponteng tadarus. Saya malas betul petang itu, kebetulan petang itu jugalah semua AJK Persatuan Ugama Islam (PUI) melancarkan gerakan membanteras pemontengan. Malunya Tuhan saja yang tahu bila ditangkap oleh Presiden PUI ketika itu, Kak Anis Solehah (Subhanallah bagus betul namanya, sesuai peribadinya)

Berterawikh di sekolah sangat seronok sebab sesama kami yang jadi imam. Maka, ehem, agak lajulah. Tapi kalau Ustaz Isubarek tiba-tiba rajin menjenguk untuk jadi imam, berpeluhlah kami semua. Tak tahulah, mungkin Ayin suka bila Ustaz Isubarek yang imamkan. Ehem.

Minggu SPM 1999 adalah ketika bulan Ramadhan. Hari-hari, pengetua baru akan hantar makanan pada kami semua. Bukanlah ramai sangat, seratus lebih saja. Jadi selain makanan dining hall yang sedap, kami dapat outing ke bazaar dan dapat pula makanan percuma lazat-lazat dari pengetua.

Macam mana dari entri sayu Rindu Pada Keluarga boleh jadi entri Seronoknya Berpuasa di STF? Ngeh. InsyaAllah saya dan Suami akan pulang untuk bersama keluarga pada hujung minggu Merdeka nanti, God bless Malaysia. Tak sabar rasanya.

Ayahanda Bonda, Yanti rindu tau. Isk.

No comments: