Friday, August 28, 2009

"If you can't feed a hundred people,
then feed just one
” - Mother Teresa


Saya sudah pindah ke bilik baru. Lebih besar but it needs a little getting used to. Bilik lama saya diberi kepada seorang junior lawyer. I miss my old room, albeit smaller, ia fun kerana saya ada rakan sebilik yang saya sukai. Boleh borak-borak sambil bekerja, taklah bosan. Sekarang bila saya bosan, saya perlu jalan ke sana untuk borak. Kan dah membazir masa?

Bilik baru saya bertempat di kutub utara, harap maklum. Saya sudah berstokin tebal, berblazer dan malah buka kedua-dua tingkap bilik, tapi saya masih membeku. Menara Pelangi management pun agak-agaklah, kan musim puasa, semua orang kurang body heat. Ambillah peluang ini untuk kurangkan bil elektrik dengan kurangkan penggunaan penghawa dingin. Commercial decision sebegitupun tak boleh buat. Ish. Kalian kalau mahu kirim salam pada Pingu, boleh beritahu saya.

Firma saya dengan comelnya telah buat counter-offer. An offer I don’t think I can say no to. Mata saya hampir terkeluar masa Bos beritahu. Kah kah. Kusut saya kusut. Mahu kerja banyak duitpun lebih atau kerja (mungkin) kurang dengan duit yang kurang? Saya masih berfikir-fikir. But yeah, I am thankful to Allah kerana memurahkan rezeki di bulan mulia ini.

Semalam saya ke Putrajaya, ada impromptu case. Dapatlah berehat-rehat di rumah ibubapa kemudian berbuka bersama before catching my 9.15 p.m. flight. Beg saya tak boleh checked-in sebab saya bimbang banyak Court documents. Masa pergi, tak berat sangat. Masa balik, jadi berat sebab saya borong chocolates di airport. Kemudian tak ada pramugara di sekeliling untuk bantu saya angkat ke overhead compartment. Thank God for this elderly Chinese man, who saw me struggling and offered to help. Chivalry is indeed not dead, ladies and gentlemen.

Okay I purposely wrote his bangsa there. Him helping me out dengan ikhlas hati, that could easily be a scene from (Allayharhamah) Yasmin Ahmad’s 1Malaysia advert. Muhibbah habis. Ngeh.



A short film by the late Yasmin Ahmad, entitled Chocolate.
A quiet tale that reminds us that, despite the multifaceted contradiction of Malaysia, life goes on – even if not all of it is sweet.


Tapi kelakar. Sebab saya nampak seorang wanita minta tolong from a steward, same case as mine. Tapi steward itu suruh wanita itu angkat sebelah sebab steward itu tak larat. Kah kah. Lemah sungguh. This is MAS steward I’m talking about, MAS yang kononnya terkenal dengan hospitality and won various prestigious awards for it. Kalaupun dia tak larat, he should have called up another steward to help him, bukan paksa wanita genit untuk angkat sebelah. I don’t know. Didn’t seem right-lah.

Saya belum announce di sini. Kindred Spirit saya, Far sudah selamat lahirkan bayi lelaki pada 18.08.2009, on their 2nd wedding anniversary; how more sweet can it be? Kalau mahu lihat gambarnya, boleh ke laman Liya. Mungkin saya bias, tapi saya rasa Umar Iskandar adalah bayi lelaki paling kacak yang pernah saya lihat. And with Far as his mother, I am sure he will grow up to be a very good Muslim with the best attitude. Lucky you, Umar! Siapa ada anak perempuan, boleh mula place booking untuk jadi menantu Far.

Berbuka puasa memang satu nikmat. Saya yakin hari ini akan lebih nikmat lagi kerana saya dan Suami terlepas sahur. Mungkin saya letih sangat agaknya, tak tersedar jam bunyi. Sedar-sedar, sudah jam 6. Maka bangun Subuh sajalah dengan hati yang sayu. Ngeh. Malam ini ada jamuan berbuka di rumah sepupu Suami. Selalunya jika di rumah sepupu yang ini, jamuannya Nasi Briyani. Yummeh! We shall hope and see. Ngeh. Buruk perangai.

Alhamdulillah puasa dipermudah setakat ini. Semalam yang travel ke sana ke maripun, mudah. Semoga terus diberi kekuatan dariNya.

Bulan puasa ini memang elok sangatlah bersedekah. Ibu saya banyak anjurkan program bersedekah untuk anak-anak yatim, jadi kalau rasa mahu turut serta, boleh hubungi Ibu. Ngeee. Kalau tak kenal Ibu saya, ada cara yang lebih mudah. Islamic Relief Malaysia ada anjurkan program Ramadhan: Feed the Fasting untuk beri sumbangan makanan kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan sebagainya. Mudah sangat, just go and transfer your sedekah to the following accounts: Maybank: 5621 4270 8704 and CIMB: 1259 0000 804 058. Mari mari mari.

Until next babblings, selamat mengimarahkan Ramadhan, kawan-kawan!

No comments: