Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas. Hembus nafas.
Feel better, wahai diri? No? Mari bebel di sini. For the sake of sanity. Kerja sangat banyak. Otak sangat penat. Bernafas semput. Jeling Facebook dua minit. Kemas kini Twitter mini blog seminit. Kerja semula. Pengsan.
Ayat pendek-pendek di atas adalah percubaan tiru gaya dialog di dalam Sin City yang terlalu cool. Have I told you that I like the movie so much? No? I like it. Just watched it recently. Ya, saya ketinggalan zaman. “An old man dies. A little girl lives. Fair trade.” Terlalu comel gaya dialog pendek-pendek. Terlalu comel gambar hitam putih dengan sedikit merah dan kuning.
Imej di atas amat comel. Ibu mertua saya kerap gunakan perkataan comel sekarang. My overused expression, that is. Suami saya kata beliau berjangkit dengan saya. Terlalu comellah Ibu Mertua saya itu, kan?
Kalau saya buat rayuan terbuka di sini untuk gaji saya dinaikkan sebab beban kerja saya bertambah tiga kali ganda, agak-agak ada tak pihak yang memakbulkan rayuan saya? Dream on, wahai diri. Well, just in case, here’s my plea: Give me a raise, please? And I promise that I will keep up my good work. Ya, sebuah rayuan yang narcissist dari saya. Clap, clap.
7.05 malam masih di pejabat. Akan di sini mungkin lama lagi. Zaza mahu gubal pelan menculik saya. Sila cuba, Zaza. Just make sure you take me somewhere nice, like Pulau Rawa maybe. Sila pastikan pejabat saya tahu saya diculik. Supaya gaji saya tak dipotong. Tak perlu demand ransom dari Suami saya. Kesian dia kena bayar. Kalau boleh, culik dia sekali. Lagipun, apalah sangat Rawa beauty without him? Ngeh.
Did not have lunch. Tadi jam 1 masih kenyang sebab breakfast lewat. Minum Milo Ais Mamak. Sekarang lapar. Makan Tic Tac Orange untuk dapatkan gula. Supaya tak pengsan tiba-tiba ketika memandu sebentar lagi. Fizikal masih belum pengsan. Jiwa telah. Tidak mahu masak malam ini. Semalam telah masak Tom Yam sedap. Narcissism lagi.
Selain Tom Yam yang kononnya sedap itu, saya makan Moist Chocolate Cake dari Secret Recipe untuk buka puasa semalam. Walaupun saya gemuk, saya masih suka makanan menggemukkan. Kebahagiaan lebih penting dari kekurusan fizikal, kan? After all, they say that anything good in life is either illegal, immoral or fattening. Percayalah.
Saya beritahu Ayin, semakin banyak kerja saya, semakin besar nafsu saya untuk membeli-belah. Lalu semakin kecil baki akaun saya. Bantu. Saya rasa, ia adalah kerana saya mahu reward diri sendiri. Give myself a pat on the back. Good work! You go, girl! Yeah, pat is not enough. I want new handbags. Notice the plural? I’m insatiable.
Mahu ke London lah. Bila Julia Roberts nak belanja saya? Lama dah tunggu tau. Macam manalah rupa London? Mesti cantik. I’m easily pleased. Jonker Street pun saya suka sangat. London, pastilah saya akan suka sangat-sangat, bukan? Saya sedang baca buku The Namesake oleh Jhumpa Lahiri. Ada watak dalam buku itu kata, selagi masih muda, wajib pergi tengok dunia. London. The US. Wajib. You owe yourself that, dia cakap (or something to that effect). I owe myself that. And Julia Roberts owes me return tickets.
The Namesake satu lagi buku yang dijadikan filem. Selain Harry Potter yang akan muncul soon. Yeay yeay! Saya terlalu suka Harry Potter series (versi buku). Tapi saya berhenti baca selepas buku keempat. Entah kenapa. Kalau saya baca buku Harry Potter, sila jangan ganggu saya. Saya betul-betul masuk dalam dunia khayalan Puan Rowling. Watak utama dalam The Namesake kata, dengan buku saja kita boleh travel to all sort of places. Tapi dia sendiri akhirnya berhijrah dari India ke Boston. Wise man.
Sudahlah. Lapar dan hanya tinggal beberapa manusia di pejabat. Mahu pulang. Tapi mahu ke Metrojaya sebentar. I think I deserve a new pair of work pants for all the works that I’ve done today. Woot!
Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas. Hembus nafas. Feeling better?
No comments:
Post a Comment