Saturday, July 04, 2009

"Grasp your opportunities, no matter how poor your health; nothing is worse for your health than boredom" - Mignon McLaughlin,
The Second Neurotic's Notebook, 1966


Saya sudah tonton Transformers yang saya rasa sungguh overrated itu. Sejujurnya, saya lebih suka edisi pertama. Yang pasti, kali ini lebih banyak robot yang boleh dijadikan robot mainan mini oleh Hasbro. Suami saya tuduh saya menangis masa Optimus Prime mati (Meninggal? Kaput? Rosak?) Ya, ya, saya hampir menangis tapi saya tahu tak mungkin dia akan betul-betul mati. Dia Optimus Prime-lah!

Siapa tahu apa jenama lip gloss yang Megan Fox guna dalam Transformers? Begitu hebat. Selepas semua explosions dan pergaduhan dengan robot ganas, lip gloss Cik Fox masih segar cantik di bibirnya. Kalau dia endorse, pasti laku. Saya salah seorang yang pasti akan beli.

Sam tulis di Facebook, Megan Fox itu lelaki. Saya terkejut baca. Teruja sikit sebab ada point untuk ejek Suami saya sebab dia suka sangat perempuan cantik itu. Saya google. Jumpalah beberapa links. Tapi saya rasa tipulah. Gossip liar semata-mata. Dia cuma ada cakap, “I look like a man” sebagai percubaan merendah diri. Bukannya dia betul-betul tranny. Tak lojik lagipun, she’s too hot-lah. Kalau betul, menangislah lelaki-lelaki yang sudah save gambar dia jadikan wallpaper (Suami saya terkecuali sebab kami kongsi PC dan laptop. Dia tak berani, mungkin)

Cantik sangatlah kalau Mak Nyah begini. Kalaulah betul, tak dapatlah ratu cantik mak nyah di Thailand nun sana cari makan. Ngeh.


Magician yang dedahkan rahsia silap mata itu jahatlah. Tahu tak show di AXN itu? Jahatlah dia. Kalau magicians lain boleh cam siapa dia, pasti akan kena pukul secara beramai-ramai. Jahat juga kepada peminat magic seperti saya; walaupun saya excited untuk tahu all the tricks behind the magics, saya selalu rasa kecewa bila sudah tahu. Sebab selalunya tricks nya terlalu mudah dan bila sudah tahu, hilanglah semua magis dalam magic itu.

Malam ini saya dan Suami saya bercadang mahu keluar makan durian. Beli sebiji yang mahal dan sedap, makan di situ. Saya bukan hantu durian, setakat seulas dua sudah cukup. Tapi kalau jambu batu, itu saya boleh makan berbiji-biji. Sedapnya jambu batu. Kawan baik saya Ayin suka nenas. Saya suka nenas jika dicicah garam. Ada staff di office saya makan nenas ketika mengandung dari awal sampai akhir. Tapi anaknya selamat saja. Kuasa Tuhan. Ibu saya kata saya terlepas satu nikmat hidup sebab saya tak makan ciku. Ibu saya memang dramatik.

Hujung minggu lepas sungguh seronok pulang jumpa Ibu dan Bapa dan Adik saya. Saya risau betul mahu naik flight pagi Jumaat itu sebab tiba-tiba saya selesema. Saya takut kena quarantine di KLIA. Rupanya local flights tak ada screening. Penat saya berdebar. Saya juga berdebar sebab ada dua kapal terbang hebat yang baru terhempas. Syukur selamat.

Seronok betul berjimba dengan keluarga. Lama tak ke Sogo yang dahulunya tempat saya bermain setiap hari. Kali ini saya ke sana dua kali. Lepas rindu. Adalah beli-belah sikit-sikit, sebab Sogo sedang berjualan murah besar-besaran. Akhirnya telah dapatkan perfume baru, DKNY Fresh Blossom, yang warna merah jambu dan berbau sungguh indah. Limited edition maka jika mahu sila cepat. Kuey Teow di Food Court Sogo yang dulunya adalah pujaan hati saya telah kurang sedap. Menyampah.

Tadi saya geram dengan salesgirl di satu kedai di Angsana yang lembab betul buat kerja. Kami beli wedding gift di kedai itu, kemudian minta balut terus. Kami pilih hadiah 2 minit. Tunggu dia ambil, balut, siapkan semuanya, 20 minit mungkin. Lembab yang merimaskan. Kemudian balut macam darjah dua. Saya sangat meticulous when it comes to gift presentation maka saya sangat geram. Suami saya yang memahami saya itu suruh saya pergi gift shop dan minta mereka rewrap the gift. Tapi sebab saya tahu kami sudah lewat by then, saya pejamkan saja mata dan tahan sesak di dada. Uhuks.

Kemudian di rumah kenduri, saya geram tengok pekerja-pekerja caterer duduk berkumpul depan mist fan sambil bergelak ketawa, bertepuk tampar lelaki perempuan. Tak ada kerja? Bekas nasi sudahlah diletak sangat tinggi. Pergilah jaga sana sebab budak-budak tak sampai nak capai nasi. Saya pula kena sendukkan nasi untuk seorang budak. Geram saya. Kenapa saya sibuk geram sayapun tak tahu, bukannya kenduri sayapun. Nasib baik Ayam Masak Merah sungguh sedap.

Perlu ingatkan diri selalu, seperti Ayin dah pernah tulis, kata-kata professor mana entah sayapun lupa namanya, untuk jangan expect perfection, demi kebaikan jiwa. But then again, saya tak expect perfection pun! Saya expect catering staffs to do catering jobs dan bukan berjimba di majlis kenduri orang! Is that so hard? Emosional nampak?

Saya bosan sebenarnya. Sebab itu tulis entri tak ada motif dan terkenang-kenang keseronokan hujung minggu lalu dan termarah-marah pada entah siapa-siapa dan terdengki-dengki dengan Megan Fox yang terlalu cantik. Megan Fox atau Kim Kardashian, siapa lebih cantik? Siapa beri jawapan betul, saya beri A plus dan sticker bintang, mahu?

No comments: