Thursday, July 02, 2009

In faith there is enough light for those who want to believe
and enough shadows to blind those who don't
” - Blaise Pascal


In one of the episodes in Season 5 of Grey’s Anatomy, ada satu babak Addison in the hospital church, all cried out for her sick brother, attempting to pray, but couldn’t. Simply because she doesn’t know how. A science person that she is, she told Torres that she simply doesn’t believe.

How does it feel? Bagaimana rasanya untuk tidak punya kepercayaan? Bagaimana rasanya untuk tidak punya Tuhan di kala jiwa terganggu dan memerlukan panduan? Bagaimana rasanya untuk tidak percaya bahawa hidup kita di dunia yang fana ini terlalu sementara dan kehidupan sebenar bermula di akhirat kelak?

Bagaimana rasanya untuk tidak punya kalimah Bismillah untuk diucap untuk mulakan sesuatu? Terutamanya sesuatu yang menakutkan seperti peperiksaan? Tiada Bismillah untuk mulakan perbicaraan sukar di hadapan Hakim yang mendebarkan? Untuk mulakan memasak untuk keluarga yang tersayang? Sure Derek starts all his surgeries with “It’s a beautiful day to save lives, people” but that’s nothing compared to our Bismillah, and the energy and strength it brings.


Bagaimana rasanya untuk tidak punya kalimah Alhamdulillah untuk diucapkan ketika terasa berterima kasih dan bersyukur? Kepada siapa mereka berterima kasih? Tiada sujud syukur? Bagaimana ekspresikan keseronokan? Tanpa Alhamdulillah, bagaimana saya mahu ucap syukur kerana gembira dan lega sahabat saya, Wahida selamat melahirkan bayi perempuan semalam? Tanpa kepercayaan, kepada siapa saya mahu ucapkan terima kasih di atas segala nikmat yang saya ada setiap hari?

Bagaimana rasanya untuk tidak perlu solat 5 waktu? Solat setiap 5 waktu sehari bersenggang beberapa jam itu, bukankah memberi ketenangan yang tak terhingga? Tanpanya, bukankah kita akan jadi hamba yang leka? Yang sangka kita hebat sedangkan kita hanya hamba yang kerdil? Bukankah kita akan terlupa bahawa ada suatu kuasa yang Maha Besar yang wajib kita sembah dan cintai setiap hari? Saya selalu berpendapat segala kekacauan jiwa boleh diubati dengan solat. Saya percaya itu.

Bagaimana rasanya jika ada masalah kerja, tapi tak dapat berteleku seketika di tikar sejadah selepas solat di surau pejabat yang sejuk nan tenang itu? Tanpa zikrullah? Bagaimana jika jiwa perlu ketenangan? Bagaimana jika tiada “Allahumma Yassir” demi memohon segalanya dipermudahkan? Bagaimana jika tiada Ayat Seribu Dinar bagi mendapatkan kekuatan? Bagaimana jika tiada Doa Nabi Yunus untuk memohon tekad dan yakin untuk mengharungi kesukaran?

Bagaimana rasanya untuk tidak berasa berdosa? Untuk tidak perlu mengucap Astaghfirullah? Bukankah kita manusia, makhluk yang lemah yang terlalu banyak berbuat dosa? Bukankah kita perlu untuk bertaubat untuk mensucikan jiwa?

Bagaimana rasanya untuk tidak punya Allah untuk mengadu? Ke manakah hendak disalurkan kekusutan jiwa, yang tak mungkin dapat dikongsi dengan sesama manusia? Dari manakah kita akan dapatkan bantuan dan panduan? Kepada siapakah kita ingin meminta?

Sungguh saya bersyukur saya tak perlu tahu bagaimana rasanya.

No comments: