“He didn't tell me how to live; he lived, and let me watch him do it.”
- Clarence Budington Kelland, 1881-1964.
- Clarence Budington Kelland, 1881-1964.
My old man turned 51 yesterday and we were home to celebrate his birthday. My dad has always been my hero. Dari kecil saya ada keyakinan bahawa as long as saya ada bapa saya, I’ll be fine. Saya tahu saya tak perlu takut apa-apa dalam dunia. Saya tahu bahawa dia akan sentiasa berikan, mahukan dan doakan yang baik-baik saja untuk saya. Saya tahu ada seorang lelaki yang sayang saya lebih dari segalanya.
And as long as I know that, I know I’ll always be okay.
Bapa saya yang sorokkan cekak dari Ibu untuk elakkan saya kena marah. Bapa saya yang tak kisah belikan sanitary pad sebab saya pemalas keluar rumah. Bapa saya yang beri, beri, beri tanpa pernah minta, minta, minta. Bapa saya yang pujuk saya belikan saya walkman pada usia 14 sebab tertengking saya depan sepupu-sepupu lalu saya merajuk marah. Bapa saya yang menangis pada hari dia tinggalkan saya di sekolah asrama penuh.
Bapa saya yang kumpul kayu-kayu untuk buat pondok kecil untuk saya main rumah-rumah. Bapa saya yang tolong saya dengan Pendidikan Seni sebab saya pemalas berkerja seni. Bapa saya yang masih mahu berikan wang pada saya sampai sekarang dan kalau saya tak mahu wang, akan belikan barang. Bapa saya yang sentiasa penuhkan peti aisnya dengan makanan kegemaran saya. Bapa saya yang menangis pada hari dia serahkan tanggungjawabnya kepada suami saya. Bapa saya yang satu itu, yang comel dan penuh dengan kebaikan, dia yang saya sayangi dengan sepenuh jiwa.
Live long and prosper, Bapak! I love you more than love. Always.
No comments:
Post a Comment