Saturday, March 07, 2009

Kuakhiri namun tak berakhir
Kuhindari hati tak ingin berpisah



Ada apa dengan lagu dari seberang? Dari zaman Hetty Koes Endang, D'Lloyd dan Broery Marantika sehinggalah Peter Pan, Rossa dan terkini ST12, mengapa lagu dari seberang terlalu banyak yang berjaya mencuri jiwa dan menyentuh rasa? Saya tidak tahu. Tapi saya memang guilty as charged. Saya suka terlalu banyak lagu dari seberang. Minta maaf, artis Malaysia. Jika anda cukup bagus seperti Faizal Tahir, Raihan, Siti Nurhaliza dan M.Nasir, saya pasti tetap akan beli album original anda.

Anyways, saya ini jenisnya jadi runsing jika tak selesai kerja. Maka saya ingin selesaikan sesi penceritaan saya tentang Medan, sebelum saya bosan dan/atau terlupa cerita. Ya, saya cepat bosan. Juga mempunyai short term memory. Lalu marilah meneruskan penceritaan hari terakhir.


Medan Day 3, Sunday 1st March 2009.

Ini ialah Istana Maimoon. Rumour has it ia adalah berhantu. Agak logical memandangkan ia terbina di zaman Kesultanan Deli, which is hundreds years yang lalu. Dari sudut architecture, saya difahamkan ia amat unik kerana menggabungkan seni bina Islam, India, Melayu dan Spanish. Spanish? Dari mana pula datangnya pengaruh Spain? Saya kelirulah. Adinda saya sepatutnya akan buat study ke atas Istana ini (FYI Adinda saya ambil jurusan Architecture) tapi tak dapat kebenaran sebab yalah kan, istana, perlulah jaga daulat. Daulat Istana Maimoon! Sayang sekali kami semua malas masuk ke bahagian dalam untuk ambil gambar.

Sila baca rules ini ya. Dilarang membuat kerusuhan/keonaran. Dilarang melakukan tindakan melawan hukum. What part of these rules do you not understand, keluarga Pak Radzi? Jika kalian semua faham peraturan Istana, kenapa kalian bergelagat sebegini?

Kenapa masih menjadi adik-beradik yang suka melompat-lompat?

Juga kenapa menjadi suami-isteri yang suka melompat-lompat? Atau ibubapa yang sungguh sporting dan suka melompat-lompat juga selepas dipaksa anak-anak? Okay, Bapa saja yang sporting sebenarnya. Ibu hanya angkat sebelah kaki. Memang main tipu wanita comel itu.

Lihatlah saya beria-ia betul dengan kamera lomo yang Aimi panggil Miss Holga itu. Saya tertunggu-tunggu mahu lihat hasilnya. Adinda saya sudah convert ke digital form tapi budak pemalas itu masih belum email-kan kepada saya. "Perlukah Kakak tumbuk perut buncit Adik agar Adik percepatkan sikit usaha?" Garang sikit.

Menarik betullah. Saya suka betul budaya ini. Di tengah-tengah kesesakan jalan raya (macet dalam bahasa Indonesia) atau lampu isyarat merah, selain ramai yang datang menjual rokok/ akhbar/ kacang, ramai juga yang datang menyanyi-nyanyi di tepi tingkap kereta. Selalunya mereka ini bergitar. Good business, bukankah? Budak kecil ini hanya punya instrumen pelik seperti kayu lurus saja dan dia menyanyi-nyanyi lagu rakyat kepada kami. Banyak juga kami dermakan pada dia sebab terhibur. Saya harap dia akan membesar menjadi kacak seperti Ariel Peter Pan dan bersuara menggetar jiwa seperti Pasha Ungu dan berjaya seperti Ahmad Dhani. Ameen.

Selepas ke Istana Maimoon, kami ke Medan Mall. Medan Mall ini menarik kerana ia shopping complex yang bersambung terus dengan pasar kain dan bersambung terus lagi dengan pasar basah. Saya ada peristiwa kurang menarik di pasar kain itu. Saya malaslah nak cerita tapi saya menyampah betullah. Suami saya tak habis-habis kena pujuk saya. Kasihan dia. Hehe.

Tapi di shopping complex itu kami akhirnya jumpa sebuah kedai menjual CD/ VCD/ DVD original and we went mad! Oh my Tuhan, murahnya harga album original di sana! Bayangkanlah, CD paling mahal yang saya beli ialah Yang Terpilih oleh Rossa, tapi cuma berharga Rp.45,000 saja, which is what? Our RM15? Murah kan? Tak cukup dengan artis dan lagu berkualiti, album mereka murah pula? Macam manalah artis kita nak fight? I must confess that we borong sangat banyaklah. Syukur tak diperiksa Kastam Malaysia. Ngeee.

Teh Botol yang refreshing itu. Minuman tengah hari saya di samping Bakso yang subhanallah, lazatnya! Tak terkata lazatnya Bakso itu!

Sebelum pulang ke hotel, kami singgah ke Kedai Kek Batik Zulaikha. Di kawasan itu sangat banyak kedai kek batik Indonesia tapi Zulaikha saja yang penuh pelanggan. Kedai lain sunyi saja. Kami syak ia juga punya jampi yang kuat. Atau mereka punya strategi bijak iaitu bayar para tourist guides untuk bawa pelancong ke situ. Maybe the latter one. Ngeee bersangka baik.

Pulang ke hotel, the guys tidur sementara saya dan Ibu tonton pertandingan nyanyian kanak-kanak. MasyaAllah, memang pandai sangat menyanyilah orang Indonesia! Penyanyi kanak-kanak merekapun mengkagumkan. Kemudian kami cuba sedaya upaya packing barang-barang dengan kemas di samping sorok-sorokkan CD/ VCD/ DVD dengan cermat. Ngeee.


Ini di Polonia Airport. Kami letih tetapi girang. Sungguh comellah perkataan girang, kan? Sekianlah lawatan kami ke Medan, Indonesia. Destinasi saya seterusnya masih Indonesia (maaflah, itu saja yang termampu. Ngeee) tetapi ke bandarayanya yang moden dan sesak, Jakarta yang satu itu. Kali terakhir saya ke sana ketika saya di sekolah menengah, jadi tentulah sangat banyak yang telah berubah. Saya tidak sabarlah mahu jalan-jalan lagi tapi perlulah sabar sebab perlu kumpul wang. Sabar ya, wahai hati yang girang. Sekian!