Melayang menembus nirwana
Melangkah beralas awan di angkasa
Melayang membelah lautan
Menangkap burung laut yang berkejaran
Melangkah beralas awan di angkasa
Melayang membelah lautan
Menangkap burung laut yang berkejaran
Saya capek bangat hari ini! Puasa, kesejukan melampau dan keletihan di Mahkamah are not a good combination, faham? Tapi saya terasa ingin menyambung kisah hari kedua di Medan sambil menemani Suami menonton DVD klip video kumpulan Jamrud yang sungguh inovatif dan kelakar.
Medan Day 2, Saturday 28th February 2009.
Hari kedua di Medan, sebetulnya saya kepingin ke Danau Toba, tapi kata tourist guide kami, Pak Shamsul, perjalanan ke situ ambil masa 4 jam. Akan ambil 1 whole day, jadi rugi kerana trip kami cuma 3 hari. Lalu kami ke Brastagi, which is approximately 2 hours from Medan. Ia kawasan tinggi yang seakan our Cameron Highlands, but a bit hotter. Bila ditanya pada penjual di situ, mengapa Brastagi sudah tidak begitu sejuk, jawabnya, "Pemerintah sudah tebang banyak pokok." Bold but true. Heh.
(2) Selepas sejam perjalanan, kami tiba di kaki bukit. Saya teruja sebab sudah menyampah duduk dalam Kijang lama-lama.
(3) Pak Shamsul syorkan kami makan dahulu kerana di atas sana, banyak kedai makan kaum Batak, jadi belum tentu halal. Lalu ke Restoran Garuda lagi. Ibu saya suka sangat Ayam Bumbu di situ, terpaksalah. Tapi memang makanannya lazatpun. Puas hatilah.
Terpaksa senyum sedangkan tidak sabar untuk terkam Nasi Padang. Tengoklah the spread! Sungguh mewah kan?
Errr baiklah? Horas to Brastagi!
(Horas ialah Selamat Datang, dalam bahasa kaum Batak)
(1) Strawberry sungguh murah dan lazat. Manis-manis masam.
(2) Saya dan kamera lomo. Ia milik Aimi, gadis Adinda saya. Terima kasih Aimi. Saya tak sabar mahu lihat hasilnya.
(3) Aktiviti wajib di Brastagi sebenarnya ialah tunggang kuda. Tapi kami semua malas mahu dilekati bau kuda. Ngeee.
(1) 'Apapun, enaknya minum Teh Botol' Itu tagline minuman ini. Teh Botol keluaran Soros, minuman rasmi Indonesia. Sungguh refreshing. Hanyalah Teh O yang sejuk sebenarnya; sungguh sesuai buat peminat Teh O Ais. Kenapalah tak diluaskan eksportnya ke Malaysia? Pasti lakulah!
(2) Bapa saya memang tak boleh nampak kacang, pasti mahu beli.
(1) Itu kamera Adinda saya. Check out the 50 mm lense! Saya juga mahu!
(2) Brastagi itu yang suatu masanya dahulu bebas pembangunan.
(3) Singgah seketika minum secangkir teh dan jagung manis bakar.
(1) Adinda saya keletihan di dalam Kijang. Itu topi baru beli di Brastagi. RM9 saja. Kami ketika itu dalam perjalanan ke Taman Buaya.
(2) Sungguh kejam. Tidak, saya tidak beli itik itu. Tapi ada sekumpulan pelancong Malaysia yang beli lalu saya dapat saksikan perebutan itik antara buaya. Scary sungguh. Patutlah ada pepatah, 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya', kerana buaya memang haiwan yang sungguh diam dan statik dalam keadaan biasa tetapi secara hakikinya adalah bengis dan menakutkan. Saya takutlah binatang senyap ini.
(1) Close up sikit seekor. Tengoklah dia, diam-diam ubi berisi.
(2) Di sana musim pilihanraya. Sebenarnya sangat banyak poster/ banner/ bunting yang menghias jalan raya. Sengaja saya letakkan poster Calon Legislatif ini. Kerana beliau sangat cantik. Juga nampak tak intial SH? SH itu maksudnya Sarjana Hukum. Bachelor of Law lah. Heh. Cantik kan? Saya tentu undi CALEG ini jika saya rakyat Medan. Ngeks.
Selepas di Taman Buaya, kami singgah di Ramayana Mall. Minum petang dan lihat-lihat jualan murah di situ. Bila ada jualan murah di Indonesia, memang murah betullah. Silalah percaya ya.
Malamnya seusai mandi dan berehat sebentar, kami makan malam di Restoran Waringin Seafood berdekatan dengan hotel kami. Lazat, tapi gaya masakan makanan lautnya memang berbeza. Manis sikit.
Selepas hantar ibubapa pulang, we went to check out what Indonesia is known for! Live bands! Bertanya pada pemandu taxi, we were brought to Danau Toba Hotel Lounge and suffice to say, I was blown away. Sudahlah puas hati kerana setiap 1/2 jam bertukar-tukar band, malah ketiga-tiga bands yang kami tonton malam itu memang hebat. Itu baru amateur performance? Bak kata Pak Shamsul, "Orang Indonesia ini memang rata-ratanya boleh menyanyi." Saya seperti setujulah!
Sekian dahulu laporan hari kedua. Nantikan laporan terakhir ya dong!
No comments:
Post a Comment