Monday, November 03, 2008

Je t'aime comme un gros enfant aime gâteau



Maksudnya, 'I love you like a fat kid loves cake". Doesn't it sound beautiful in French? Heh. Anyways, tema entri hari ini ialah: Saya merasa gemuk. Kawan-kawan, sebelum kalian menjerit, “Weh perasanla ko ni!” atau “Gemuk kat celah mana?” atau “Tuhan bagi gemuk betul-betul baru tahu!” atau sebagainya seperti yang selalu kalian jeritkan, benarkanlah saya jelaskan.


[Terima kasih, Cartoon Stock,
untuk comic strips yang sentiasa sarkastik dan menghiburkan]


Saya tiada penjelasan sebenarnya. Saya gemuk. I used to struggle to reach my berat badan ideal, which is 45 kg. Tetapi kini, saya bukan sahaja telah berjaya mencapainya, malah telah berjaya melepasinya. Woohoo!

Woohoo lah sangat?! Saya tak tahu where I went wrong. Gaya makan saya masih seperti dahulu. Di mana dahulu lebih teruk sebab setiap malam saya makan nasi sebab Ibu saya masak. Gaya senaman juga masih seperti dahulu, iaitu almost non-existent. Ngeee. Tidak, tidak, saya belum mengandung ya (sebelum anda tanya dan annoy saya, saya beritahu). Saya hanya mengandungi (lemak).

Masa sekolah rendah, saya memang berisi (sikitlah). Ada budak lelaki suka pangil saya Gemuk. Saya benci dia. Pak Long saya juga suka ejek saya. Tapi saya taklah benci Pak Long, saya cuma rasa dreadful bila nampak muka cheeky Pak Long. Kemudian, apabila saya dijengah kedewasaan (sila faham ya), saya tiba-tiba mengurus. Lalu hilanglah ejekan-ejekan. Dan budak lelaki tadi tiba-tiba mahu mengorat saya pula. “Boleh blah”, kata saya.

Kemudian saya menembam (sikitlah) di sekolah menengah penangan nasi kawah dan lauk-lauk enak di STF (ya, percaya atau tidak, kami suka makanan sekolah kami). Kemudian selepas sekolah, saya kurus hingga disangka anorexic kerana hari-hari saya berbasikal selepas Subuh. Kemudian saya berhenti berbasikal sebab saya takut tengok rupa saya macam jerangkung. Kemudian di universiti saya maintain.

Kemudian kini saya gemuk. Menyampahlah!

Suami kata saya tidak gemuk malah dia suka saya sedikit berisi. Tapi saya bimbang lihat berat saya bila saya naik scale itu. Kenapa saya gemuk?! Bantu! Ya saya tahu tiada sesiapa dapat bantu saya melainkan diri saya sendiri. Dan sayapun bukanlah betul-betul mahukan bantuan. Saya cuma mahu membebel dengan penuh vain. Sekian.


Belum sekian ya. Updated! Yesterday I took this test and got this result:

Congratulations, you're The Pretty Girl. You weren't horribly disfigured in the transformation from inside beauty to out. In fact you are far more beautiful than most women. You are a generous and caring person, not too obsessed with what others think, who relies upon herself for reassurance. You have almost reached the pinnacle of inside beauty, but you cannot yet call yourself the Gorgeous Angel.

Which means that if my inner beauty becomes my outter look, I shall be pretty! Yeay me! Maaflah, I just need to post it here; saya sedang mood vain yakni merasa gemuk dan perlukan some cheering up, albeit by my own self. After all, The Pretty Girl kan relies upon herself for reassurance! Ngeee. Thanks, Hello Quiz, for the chill pill. Ngeh ngeh. Sila tembak saya.

No comments: