Tuesday, November 04, 2008

"Chain letters are the postal equivalent of intestinal flu:
you get it and pass it along to your friends”
- Bob Garfield



Selain gemuk, hari ini saya ada masalah selesema pula. I know this is such a minor (and common) problem, tapi ia ganggu saya sejak saya kecil. Ya, masa muda-muda, saya selesema setiap pagi hinggalah tengahari. Sebenarnya ramai sepupu-sepupu saya juga ada masalah ini; kami gelar ia masalah Hidung Second Hand. Sejuk, habuk, sea foods, sambal belacan; semua ini adalah musuh utama hidung kami. Semasa saya di Tingkatan 2, Pakar ENT sahkan saya ada sinus problem, lalu saya jalani minor operation. Selepas operation, alhamdulillah, hidung saya telah lebih baik.


Kini hari-hari saya ambil Vitamin C sebagai langkah pencegahan. But there are days like today, yang mana saya tidak dapat menyelamatkan hidung saya, lalu saya bersin-bersin dari pagi. Saya salahkan pejabat saya yang tahap kesejukannya boleh menyebabkan frost bite. Bos lama saya pernah suruh saya tambah berat badan bila nampak saya selalu kesejukan. Dia tak tahu berat badan saya memang sedang mencanak! Huh!

Sesiapa yang ada sinus problem (atau resdung, kata orang kita), tahu betapa seksanya bersin-bersin. Letih tau! Juga, kasihan rakan sebilik saya.


Sebetulnya, ubat selesema yang saya gunakan adalah sangat bagus (dan sentiasa dibawa dalam beg saya), tetapi ia memerlukan tidur, jika tidak, saya akan jadi weng. And trust me, you don’t want to deal with me when I’m weng. Lalu saya selimut badan dengan blazer, pakai stokin pink saya, minum Nescafe panas dan makan Chipsmore; dengan harapan untuk sihat. Belum sihat, but at least, badan saya sedikit panas sekarang.

[Terima kasih sekali lagi, Cartoon Stock. I like!]


Huh! Dan tisu K*leenex yang saya gunakan tidak membantu. Far kata, bila selesema, wajib guna Royal Gold kerana tisu lain semuanya berhabuk. Kalau ada hanky, lebih baik. Saya setuju betul.

Adoilah adinda hidung, tolonglah sembuh!

No comments: