If I didn't smell so good would you still hug me?
If I got locked up and sentenced to a quarter century,
Could I count on you to be there to support me mentally?
Kenapa saya terasa ingin tanya kenapa?
1. Kenapa saya selalu selesema jika berpuasa di hari bekerja? Adakah kerana tiada makanan untuk memanaskan badan di pejabat yang sejuk ini?
2. Kenapa pendapatan penyanyi lagi hebat dari pendapatan doktor?
3. Kenapa membeli-belah boleh buat saya gembira seketika walaupun semalam saya hanya beli 2 kemeja kerja di Metrojaya Member's Day itu?
4. Kenapa saya asyik kepingin makan Nasi Lemak Ayam Goreng walaupun saya sedar bahawa saya telah menggemuk?
‘about women and the people who love and annoy them’]
5. Kenapa saya begitu tidak ceria pada hari ini? Adakah kerana saya tidak dapat pulang berhari raya Aidiladha bersama keluarga sementelah di sini ada kenduri yang akan berlangsung?
6. Kenapa semua orang masih bising bercakap tentang yoga dan menjadikan ia isu perkauman pula? Sedangkan banyak lagi dosa yang jelas dan tak perlu didebatkan yang dibuat secara terbuka?
7. Kenapa wujudnya klien sengal yang suka mengarah tapi tak suka bayar bil? Tapi mengarah macam bayar sejuta? Aku peguam atau khadam?
8. Kenapa Mat-Mat Bangla suka jalan pegang tangan? Adakah lelaki Bangla lebih terbuka dalam mempamerkan kasih sayang terhadap sahabat?
9. Kenapa Ice Blended dan minuman-minuman lain di Starbucks dan Coffee Bean begitu lazat? Ia lazat kerana ia mahal atau ia mahal kerana ia lazat?
10. Kenapa Rozita Che Wan itu begitu cantik sedangkan dia dah beranak pinak dan adik-beradik dia yang lebih muda yang lain tidaklah begitu cantik?
Kenapa saya hanya tanya 10 Kenapa sedangkan saya boleh tanya 21?
No comments:
Post a Comment