Friday, October 17, 2008

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semuakan baik-baik saja



Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang



Semalam saudari Ayin mengadu merindui suami yang kini di Kota London. Hari ini saudara Hakimi mengadu merindui kawan-kawan yang kebanyakannya di ibu kota. Saya juga rindu. Rindu untuk bersarapan bersama ibu bapa saya. Rindu suasana hingar jalan raya di ibu kota. Rindu untuk bertemu kawan-kawan sealiran seusai Mahkamah. Rindu untuk bergaduh dengan adik saya. Rindu ke Sogo. Rindu berbual-bual dengan rakan sepejabat sekepala. Aduh, rindunya mahu makan nasik kandar bersama Kano di KLCC. Rindulah.

Tapi jika saya terus hanyutkan diri dengan perasaan rindu ini, tentu saya akan sentiasa sayu. Sekali-sekala melayan rindu, tak mengapalah. Di hari-hari biasa, saya perlu menghargai dan mensyukuri apa yang saya ada.

Syukur ada suami yang setiap hari menerbitkan rasa cinta dan bahagia dalam jiwa. Ibu bapa saya mungkin jauh, tapi suami saya itu tidak pernah berkata tidak jika saya ingin pulang bertemu ibu bapa saya. Juga, saya punya mertua yang baik dan menyayangi saya (saya rasalah). Saya mungkin belum punya ramai kawan di Mahkamah, tapi ada juga segelintir kenalan. Juga, saya ada suami saya yang boleh minum bersama saya seusai Mahkamah. Mungkin tiada Sogo, tapi di sebelah firma sekarang, ada Plaza Pelangi yang tak kurang seronoknya. Walaupun kenalan pejabat saya tidaklah setanding Kano, Suhail, Kimi, Abang Laza, Abang Man, Abang Haris, Adrin, Kak Siti, Kak Ita dan sebagainya, tapi tak mengapalah.

Saya tekad menghargai dan mensyukuri apa yang saya ada. Masa untuk cipta dan punya kenalan baru, tempat-tempat kegemaran baru, hobi baru, kenangan baru dan pelbagai lagi perkara baru. Kerana hidup ini singkat, kita perlu cuba mencari kebaikan dan kebahagiaan dalam setiap yang kita hadapi/temui. Perkataan operatif di sini ialah CUBA, ya.

Bukankah telah Allah berfirman, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216). Tazkirah Jumaat sikit. Ngeee.

Oh, juga, saya TGIF dan esok bercuti dan malam ini saya dan suami akan menonton teater Broadway Parodies Lagi Lah! di Jothic, presented by The Actors Studio; "a rich rojak of slices of Malaysian life garnished with a big splash of humour and served up on a platter of great songs." Saya isytiharkan bahawa saya gembira. Ngeee.

No comments: