I've never seen a smiling face that was not beautiful
Apabila tiada kerja sebenar, kita melawat laman kawan-kawan dan mengemas kini laman sendiri berdasarkan apa yang dilihat semasa lawatan. Oleh itu kawan-kawan, kemas kini kali ini adalah hasil lawatan ke laman sahabat saya Hanizah, mengenai Beauty Secrets.
Berlawanan dengan sahabat saya itu yang sememangnya rupawan, saya sebenarnya tidak layak untuk berkongsi Rahsia Kecantikan. Cumanya, saya bosan dan ingin mengetik gambar untuk dikongsi dan memerlukan satu subjek. Jadi, subjek kali ini ialah Produk Kecantikan, sambil menjawab soalan-soalan yang saya dapati dari laman sahabat saya itu.

saya percaya ia berkesan menangkis sinaran.
Untuk kelembutan rambut, untuk my chapped lips dan untuk my oily face (ya Kindy, aku telah tidak guna Clean&Clear lagi. Hahaha).
Perfume kegemaran saya DKNY Apple "Delicious" serta perfume hadiah hantaran perkahwinan Vera Wang "Princess" telah dirompak. Sob sob.Kini saya hanya ada Tommy Hilfiger "True Star" yang seharum tembikai dan Body Shop "Apple Blossom" yang berbau seakan Delicious. Sob. Body Mist itu juga dari jenis dan jenama yang sama.
Kaki saya juga tiada penjagaan khusus melainkan saya almost always memakai tumit rendah. Saya sungguh menyukai Mary Jane Crocs saya serta selipar-selipar saya. Sungguh selesa.
Ini tangan saya ketika upacara membatalkan air sembahyang.Tidak seperti sahabat saya Naem, saya malas menjaga tangan saya.
Jadi ya, tiada produk dapat dikongsi.
Untuk mandi, untuk menjaga wajah juga wajiblah mahu gosok gigi.
Itu sahaja. Saya malas mahu menjawab keseluruhan soalan di TAG itu. Silalah, sesiapa yang bosan dan/atau tiada kerja sebenar seperti saya, jawablah. Untuk soalan penuh, sila ke laman Hanizah ya. Ingat kawan-kawan, kecantikan adalah hak milik setiap insan! Ngeee.
No comments:
Post a Comment