Blessed are the forgetful
Izinkanlah saya berkeinginan. I am a Muslim and as a Muslim, it is against my tauheed to ask “Why Me?” kerana keimanan kepada Allah itu merangkumi kepercayaan kepada takdir dan penyerahan kepada ketentuanNya. Namun izinkanlah saya merasa ingin untuk sementara.
Ingin meninggalkan ruang kerja ini dan menaiki kapal terbang pertama ke suatu tempat asing. Cambodia, mungkin?
Ingin melompat-lompat di awan seperti Nobita, Doraemon dan rakan-rakan.
Ingin bermain buai seharian. Encik Tunang, tolak buai saya, please.
Ingin berbaring di atas ais beku seperti Clementine dan Joel lalu menjadi kebas dan kaku. "I could die right now. I'm just happy. I've never felt that way before. I'm just exactly where I wanna be". Suka!
Ingin mencampakkan telefon bimbit ini ke dalam Sungai Gombak.
Ingin membeli-belah tanpa berfikir panjang seolah-olah punya wang yang tidak putus-putus. Saya ingin sekali jaket dari Elle itu dan kasut mary jane jenama Crocs ini (Ya Ayin, Crocs. Ngeee) dan document bag dari Braun Buffel itu dan jam Esprit yang comel ini dan kasut selesa dari Camel Active yang berwarna pink itu dan Levi's jeans ini (err, to name a few).
Ingin terjun bangunan dan terselamat tanpa sebarang kecederaan. Pasti menenangkan apabila angin menyapa wajah.
Ingin terapung di atas laut masin sambil cahaya matahari membakar wajah.
Ingin membakar semua fail-fail yang menyusahkan ini.
Ingin menjadi partikel halus seketika dan terbang-terbang tanpa jiwa.
Keinginan. Saya bersyukur atas segala bantuan dan kekuatan dariNya serta atas suatu sisi baru kebahagiaan (meminjam kata-kata Ayin) yang bakal menjelma. Namun izinkanlah saya dengan keinginan saya. Kerana realiti itu kadang-kadang tidak menggembirakan.

No comments:
Post a Comment