Sekuat mana cinta
Tak mungkin kalis rindu kalis pilu
Bila kau tiada
Tak mungkin kalis rindu kalis pilu
Bila kau tiada

Saya kira inilah cabaran dan risiko memfilemkan suatu siri francais yang telah berjaya. Kerana itulah saya berpendapat pelakon siri F.R.I.E.N.D.S amat bijak apabila memilih untuk tidak memfilemkan siri kegemaran saya itu. Kerana itu juga, saya begitu was-was dengan kemunculan versi filem S*x and the City. Tapi itu cerita di lain hari ya.
High point filem ini ialah kemunculan cameo Ummi kepada Mohd Adif yang menghiburkan dengan prinsip 'kap ba ro kap alif ta nun'. Low point filem ini ialah kerana kurang berkembangnya watak Tajol kegemaran saya. Mungkin mereka kurang sedar betapa kuatnya watak itu dan betapa berbakatnya Wan Ellyas itu. Apapun, sebagai penyokong industri filem tempatan, tentunya saya menyarankan filem ini untuk hiburan yang ringan dan menyenangkan.
No comments:
Post a Comment