Monday, January 21, 2008

Cahaya hatiku yakinlah kekal abadi selamanya
Seperti bintang yang sinarnya terangi
seluruh ruang di jiwa membawa kedamaian


Sesungguhnya saya amat suka lagu ini, sebuah Munajat Cinta kepada Tuhan, memohon akan kekasih yang akan menyayangi sehingga ke akhirnya. Ya, I am among many who are guilty of menyenangi sesetengah muzik Indonesia. Antaranya karya Melly Goeslow dan Dewa 19. Juga lagu-lagu kerohanian oleh Ungu dan Opick. Lagu Masih (Sahabatku Kekasihku) dari Ada Band dan Larut dari Dewa 19 contohnya, adalah lagu-lagu cinta saya dan dia, yang mungkin akan selamanya saya gemari.

Masih dalam topik Indonesia, ketika Kano hadir di rumah saya Sabtu lalu, saya menyambutnya dengan memakai
tudung Indonesia. Kata Kano, saya kelihatan sungguh Indonesia. Ya, tudung itu saya dan Ibu saya gunakan ketika di sekitar kawasan rumah, ketika mahu menyidai kain atau berkebun atau menyambut tetamu contohnya.

Lantas disebabkan itu, juga kerana nama kedua saya Yanti (I go by this name di kalangan family members) dan saya memanggil ibubapa saya Ibu dan Bapak, ketika ada pekerja pembinaan di rumah saya tempoh hari, saya syak pada awalnya mereka sangkakan saya orang Indonesia. Ya tiada salahnya pun. Arwah Atuk saya adalah perantau dari Riau yang datang ke Tanah Melayu sejak kecil lalu bermastautin.

Masih dalam topik Indonesia, saya dinamakan Yanti kerana ketika Ibu mengandungkan saya, ada satu sinetron Indonesia yang mana watak utamanya bernama Yanti; sebagaimana watak utama lain, Yanti itu cantik dan mempunyai pelbagai sifat terpuji, lalu digemari Ibu, hence my name.

Ya, saya berbangga mempunyai secebis keturunan Melayu
Riau terutamaya disebabkan dari Riau telah mengalir kesusasteraan Melayu dan pelbagai penerbitan agama. Tapi tidak, anda tidak perlu memanggil saya Yanti pula. Terhad penggunaannya ya. Ngeee.

No comments: