Thursday, December 06, 2007

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be?
Will I be pretty? Will I be rich?



Bertanya pada adik sepupu berusia 8 tahun, “Nak jadi apa bila besar?” Maka jawapan standard masa kini yang aku terima, “Angkasawan”. Adik perempuannya berusia 4 tahun juga ingin jadi angkasawan.

Masa aku kecil, yang aku tahu, aku paling kerap menjawab ingin jadi Pensyarah atau Penulis; Aku tidak tahu mana datangnya idea itu, kerana tiada sesiapa dalam keluargaku ketika itu mempunyai kerjaya sedemikian. Mungkin kerana aku suka membaca. Kadang-kadang, ada juga jawab nak jadi Peguam. Tercapailah cita-cita itu (kononlah?) Pernah juga ingin menjadi Pramugari, dan bila Arwah Tok Wan ku berkata, “Tapi dah besar nanti kena tutup aurat, kerja Pramugari tak tutup aurat”, aku menjawab, “Yanti jadilah Pramugari untuk pergi Mekah je”. Pandai kan aku? Ngeee.

Tidak pernah rasanya aku menjawab atau menulis dalam kolum Kerjaya Pilihan, kerjaya-kerjaya berunsur Sains seperti Doktor, Jurutera, apatahlagi Angkasawan. Mungkin dari kecil aku sudah tahu bahawa aku tidak akan minat/mahir dalam bidang itu. Ya, walaupun aku mengambil jurusan Sains Tulen di peringkat Menengah Atas. Ngeeee. Jadi aku amat kagum dengan mereka yang mempunyai kerjaya dalam bidang itu.

Juga kagum dengan remaja-remaja yang ditangkap baru-baru ini kerana mengambil dadah baru yang dihasilkan sendiri dengan campuran 12 jenis dadah; Mereka sepatutnya dihukum dengan cara memenjarakan mereka di dalam Makmal Kimia dan dipaksa menghasilkan vaksin untuk penyakit yang belum ada ubatnya, seperti AIDS. Atau dipaksa mencari kegunaan lipas di dalam muka bumi ini. Dapat juga jadi insan berguna.

No comments: