Friday, December 14, 2007

Kita adalah insan menumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana
Kita adalah hamba berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaanNya


Prinsip aku dalam dunia guaman ini mudah: Jika mahu ambil apa-apa tindakan undang-undang, pastikan ia dilakukan dengan adil. Contoh (1) Kalau saman belum dapat serah kepada orang yang disaman, cubalah dengan sehabis daya. Contoh (2) Kalau orang yang disaman tidak faham dan tiada peguam sendiri, terangkanlah dan janganlah menipu dia untuk menang mudah. Kerana kalaupun kadangkala kita terleka tentang dosa pahala, ingat sajalah: “Kalau jadi kat Ibu Bapak kita macam mana?!”

Kata orang, kerjaya aku ini umpamanya, satu kaki menjejak neraka. Tapi aku kata pula, bukankah kaki kita semua begitu juga?

Selamat hari Jumaat. Selamat mengimarahkan hari-hari terawal di bulan Zulhijjah. Selamat berhujung minggu. Yihaaa :)

No comments: