Tuesday, December 18, 2007

If you don't know me by now
You will never never never know me


Cik Adik Ayaq Masaq tagged me for a Projek Rambang of which I have to list (8) random facts about myself and tag (8) people.

I'm going to do this by randomly using whatever random pictures there are in my office PC storage. Here goes:



(1) Saya amat gemar berbasikal tapi amat jarang melakukannya.

(2) Saya telah 3 kali menjadi pengapit. Always the bridesmaid, not yet the bride! Gambar (oleh GA) menunjukkan saya ketika menjadi pengapit sahabat tersayang saya, Puan
Ayin di JB.


(3) Saya berterima kasih kepada (dan menyayangi) tempat saya menuntut ilmu iaitu seperti yang tertera di dalam gambar.

(4) Saya amat menyukai flea market. Terlalu.



(5) Saya telah bertunang. D'oh.

(6) Pantai adalah tempat yang saya sukai. Tapi saya gentar juga kerana terlalu kerap bermimpi mengenai (a) Bencana Tsunami, dan (b) Terdampar di tengah lautan tanpa daratan. Owh ngerinya.



(7) Nasi Kandar adalah antara makanan kegemaran saya. Saya adalah pemakan nasi. Saya merindui nasi jika beberapa hari tidak menemuinya.

(8) Hobi saya ialah membekukan kenangan menerusi lensa kamera tapi saya tidak mahir. Juga tidak pandai guna PhotoShop. Am willing to learn!


Itu saja (8) perkara rambang mengenai saya. (8) manusia rambang yang perlu meneruskan Projek Rambang ini ialah (1) Ayin, (2) Yunik, (3) Aniz, (4) Farah Laily, (5) Yatt, (6) Chics, (7) Ira dan (8) Chot. Selamat! :)

No comments: