Wednesday, December 19, 2007

Filem Kita. Wajah Kita.



Kerana filem adalah tentang masyarakat dan untuk masyarakat, saya sebagai sekelumit dari sekelompok masyarakat yang menyokong industri filem tempatan tanpa memahami aspek teknikalnya, secara peribadinya berpendapat bahawa ANAK HALAL adalah antara filem tempatan yang begitu baik dan boleh dibanggakan.

Pertama dan paling utama, ia realistik. Lakon layar yang kemas. Dialog yang tidak klise. Lakonan yang baik dan mengesankan terutama dari teraju utamanya Farid Kamil, malah juga lakonan pelakon-pelakon pendukung. Saya percaya faktor-faktor ini berpunca dari pengarahan yang mantap oleh Osman Ali, seorang pembikin filem yang dikenali di kalangan penggemar seni independen. Syabas. Buka minda dan nyahkan prasangka anda terhadap filem tempatan. Sokonglah ANAK HALAL dengan menontonnya dan mungkin stigma negatif anda terhadap filem tempatan akan hilang.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Semoga kita semua berada dalam lingkungan kasih sayang dan perlindunganNya.

No comments: