Tuesday, May 22, 2007

Di manakah letaknya keberuntungan kalau bukan di dalam hati?


Majulah ke muka, tempuhlah lautan Baharullah yang luas itu, beranikan hati menghadapi gelombang yang bergulung-gulung. Kerana dengan bermain ombak dan membiasakan menempuh gelora itulah makanya penyakit mabuk laut akan hilang. Pada tiap-tiap bertemu dengan suatu kesusahan dan suatu halangan di dalam bahtera rumahtangga, itu adalah ujian; bila sampai di sebaliknya tertegak pulalah sebuah tiang yang teguh dan sendi yang kuat, untuk membina rumah kecintaan itu. Di manakah letaknya keberuntungan kalau bukan di dalam hati? Bolehkah keberuntungan itu dinamakan kepada wang berbilang dan emas berkarung-karung? Bukan, bukan dari sana asal mulanya, sebab banyak orang dilingkungi oleh kebahagiaan dunia, tetapi hatinya senantiasa kesal. - Merantau ke Deli, HAMKA

Lawyer's warning: Wahai sekalian wanita, janganlah kamu membaca buku yang indah ini tatkala PMS, atau tatkala jiwa kacau, atau tatkala sedang berjauh hati dengan kekasih. Kerana nescaya akan terganggulah jiwa dan terembeslah air mata. You've been warned!


Anyways, an update on me:

(a) I am not feeling well. Huwaa!

(b) I just got back from Court and in a few hours, I have to be there again. No complain though, this morning I had breakfast with Kano at the Court's new cafe, and this evening, I think I nak balik rumah terus after my case, subject to keadaan diri dan keadaan kerja yang menimbun.

(c) Gaji kakitangan awam dinaikkan? As a bakal isteri to a public defender who works under gomen, I get to be happy, no? Heh.

(d) I still heart YM and Mila.

No comments: