Tuesday, September 05, 2006

Choice has always been a privilege of those who could afford to pay for it


Dear all, mari merapik /// Aku nak beritahu, aku baru habis baca Joanne Harris' latest bestseller, Gentlemen & Players. Aku suka. Maka aku ingin recommend kepada kalian. Now that I already know the twist, aku fikir, aku akan baca sekali lagi /// Buku kan ada banyak kategori, setuju? Buku Tak Best. Buku Berlagak (read: big words, blaah story). Buku Best Yang Tidak/Belum Diulang Baca; laksana: The Time Traveler's Wife, The Dogs of Babel, The Zahir, Man & Boy. Buku Best Yang Diulang Berkali-Kali; laksana: Chocolat (Joanne Harris tentunya), The Wedding, Tuesdays With Morrie, Daddy Long Legs /// Tadi aku beli buku di KLCC itu (mengular seketika ketika Legal Aid break): The Secret Life of Bees, jadi esok aku akan masuk ke alam baru. Tata /// Speaking of KLCC, tadi aku jumpa Aliza, my junior from STF dan kami berborak di Kinokuniya sambil berdiri selama lebih 1/2 jam. Sangat gembira buat Kinokuniya itu macam rumah sendiri. The funny thing was, Aliza mengecam aku dek kerana hidungku. Wow amat prominent. Ngeh ngeh /// Sungguh ramai orang kawin (juga topik perbincangan aku dan Aliza yang comel itu). Ramai orang tunang juga. Mereka ini membuat aku 'tak larat' (an STFians' slang for 'perasaan yang berbunga-bunga'). Contohnya Faridah yang comel dan hubbynya yang equally comel telah membuat aku dan Ayin lebih-lebih 'tak larat' pada suatu hari di hujung minggu lepas. Semoga bahagia sampai syurga /// Aku dah nak habis chambering tapi tak ada tempat kerja lagi. Aku rasa aku nak cuti dululah. Kah kah /// Aku adalah tak suka taken-for-granted-feeling. You know? /// Aku macam nak pergi PD minggu ni, firm trip (aku sebenarnya menyibuk join Muamalat department which I don't belong to), tapi I am sure I am in for fun. Aku juga macam nak pergi ke Kuching minggu hadapan (mode berbunga-bunga, faham-fahamlah ya) bersama keluarga, to a very close family friend's daughter's engagement (there, semua orang nak kawin) /// Korang (especially Yatt), best ke cerita Realiti yang ganti Gol & Gincu kegemaranku itu? /// Ooh bintat aku kembali. Dan kali ini lebih kesakitannya, maka sepulangnya aku dari court semalam, aku telah ke klinik dan menghadapi satu minor surgery membuangnya, maka aku telah mendapat leave semalam (baca: sangat gembira despite the pain) /// Aku sukalah budak Kim from ANTM5 itu. Kenapa next week dia macam perlu buat perangai? Hampeh /// Aku tak suka Miss Teen USA 2006, apakah jawapan dia tentang maksud Integrity? Apakah aku pekak? Atau aku yang budus? /// Gilmore Girls kembali!! Lorelai dan Luke sangat comel!!! /// Speaking of Luke, he is on top of my Hotness list right now, bersama-sama Dr. Syeikh Muzaffar (!!!) (our (one of) very 1st angkasawan), Sham Kamikaze (he is back reigning!) and Sazzy Falaq (eik?) ///

No comments: