Pagi semalam, sebelum kemasukan kita umat Islam ke pertengahan Syaaban, di mana lembaran buku yang baru dibuka dan diterima, aku kemalangan. Antara Kembara dengan motosikal, ketika dalam perjalanan ke Mahkamah. Aku yakin aku tidak bersalah, tetapi secara naturalnya, naluri aku amat mengasihani Encik itu kerana dia kesakitan dan mendapat MC 2 minggu (itu saja yang diberitahu melalui SMS itu), sedangkan aku tidak. Aku mohon doa agar Encik itu selamat sahaja selepas ini. Walaupun aku yakin aku tak bersalah (juga selepas mendapatkan 2nd 3rd 4th 5th opinions) lantas tidaklah gentar akan apa-apa tuntutan hatta tuntutan Mahkamah sekalipun, aku mohon tiada apa-apa yang akan berlaku. Tetapi hati masih gundah. Malah trauma akan motosikal serta bayangan motosikal yang direka oleh fikiran paranoidku ini. Huhu. Lagi, malam semalam aku terdengar puisi karya Masuri SN (tidak tahu tajuk, tapi dibikin pada 1991) di IKIM, sangat indahnya, aku cuba cari tapi tak terjumpa. Siapa tahu/ada?
Friday, September 08, 2006

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment