Monday, June 12, 2006

Politics - I don't know why, but they seem to have a tendency to separate us, to keep us from one another, while nature is always and ever making efforts to bring us together ~ Sean O'Casey


My favourite writer delivered his thought on the much talked-about issue:

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT -
KITA, orang Melayu, tidak boleh membiarkan episod perbalahan Dr. Mahathir Mohamad dengan Abdullah Ahmad Badawi berterusan. Hari ini, Awang yakin, Dr. Mahathir akan lebih memahami perasaan anggota-anggota Kabinet serta para pemimpin UMNO terhadap kritikan beliau yang berterusan itu. Kalau pun ada yang tidak kena tentulah ada cara lain untuk menangani apa juga yang tidak disenangi itu. Tidak semua perkara wajar dibincangkan secara terbuka walaupun kita semua bebas bersuara. Jangan lupa, orang lain sedang memerhati. Dan jangan lupa, kita juga ada musuh – dalam dan luar. Tentunya kita tidak mahu ada yang bertepuk tangan melihat kita bercakaran. Tentunya kita tidak mahu musuh mengambil kesempatan. Dan tentunya kita tidak mahu berpecah belah. Dr. Mahathir, sebagai seorang yang begitu masak dengan sepak terajang politik, pernah dibuang daripada UMNO dan hampir-hampir kalah pada pemilihan Presiden, tentu lebih tahu akan akibat sesuatu perbuatan itu. Demi kepentingan bangsa, buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.

Awang - Ditelan pahit, dibuang sayang.

No comments: