Thursday, May 18, 2006

A good marriage would be between a blind wife and a deaf husband


Last week, there was so much ado about the issue of hubby playing the role of housewife, while the wife plays the breadwinner. Ngee pelik. Anyways, sebenarnya I just want to share a comment made by (one of) my favourite writer, Awang Selamat on this issue. But before that.

Secretary of Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan voiced out that in Islam, there is absolutely nothing wrong with husband ‘menguruskan rumah tangga’, however the responsibility to earn income for the family remains on the hubby. We are still waiting for the decision from Majlis Fatwa regarding this.

I personally concur with Mr. Secretary. The idea of seorang suami menguruskan keluarga is absolutely beautiful, and plus there is nothing wrong about a wife who chooses to work. TO HELP. Kerana, itu bukan kewajipan seorang isteri. Sekiranya gaji itu mahu disimpan untuk diri sendiri sahaja, we are most welcome to that. I know someone who gets to keep her gaji for herself and get allowance from her hubby some more. Now that’s ideal! Not everyone is that lucky though. Anyways, bottom line: Man, BE A MAN. WORK. Earn and provide for your family.

And now, I shall leave you with the simple, yet effective comment of Saudara Awang Selamat:

“Betulkah terdapat fenomena lelaki meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah manakala isteri keluar bekerja menyara keluarga?

Pada hemat Awang, kalaupun ada, ia kes-kes terpencil. Sebagai lelaki dan suami, Awang berani katakan orang lelaki tidak mampu menjadi suri rumah. Paling kuat, mereka tolong buat kerja rumah, sering tidak sepenuh hati. Ada yang pergi ke pasar, kemas bilik tidur dan bersih tandas. Tapi semua ini sekadar menolong, bukan mengambil alih apa yang dianggap tugas isteri.

Awang tidak dapat bayangkan seorang suri rumah lelaki memainkan peranan suri rumah wanita dari A sampai Z seperti mencuci baju, memasak, menyediakan sarapan dan minum petang serta mengasuh anak.

Mungkin apa yang berlaku ialah lelaki berduit yang sengaja memilih untuk tunggu rumah, bukan menjadi suri rumah. Menjadi penunggu rumah dan suri rumah tentulah berbeza sama sekali. Ada juga lelaki yang sengaja ‘duduk rumah’ dan ditanggung oleh isteri – menongkah hukum alam.

Harap-harap dunia ini tidak akan terbalik. Biarlah hujan terus turun dari langit.”

No comments: