Wednesday, April 06, 2011

The quickest way for a parent to get a child’s attention is to sit down and look comfortable.” - Lane Olinhouse


Kawan pejabat aku cerita, dia jumpa seorang makcik ini. Upon knowing that she fully breastfeeds her baby, the makcik terkejut dan tanya, “Tak ada campur susu tepung? Pergi kerja macam mana?” and my friend proudly said no, and told her she pumps her milk for stocks. The makcik, in all seriousness then looked at the baby and said, “Eh eh lokeknya mak dia.”

Lokeknya mak dia apakah?! Pfftt. Manusia memang macam-macam. Tapi ini antara yang bermentaliti paling pelik pernah aku tahu. Reminds me of a sedara who doesn’t breastfeed sebab mak dia pesan jangan, nanti ‘the girls’ kendur dan tak cantik. Pfftt. When I told my husband, his comment was: “Mak dia tu bodoh ke apa?” Word.

Memang itu pilihan peribadi. Tapi alasan tak perlu bodoh sangat.

Aku mahu cerita lain sebenarnya. Aku mahu cerita tentang CABARAN hidup aku sekarang semenjak bayi sudah hampir menjadi toddler. Cabaran paling utama yang aku terpaksa lalui setiap hari ialah to settle him down apabila dia diikat di baby car seat. Dia bukan bayi passive yang tenang lagi. Dia bayi yang mobile dan curious. Mengikat bayi sebegitu di car seat adalah tindakan yang mengundang marah. Kalau kau tengok kereta aku, macam mini fun fair, penuh toys dan barangan pelik, yang aku perlu untuk settle him down.

Jadi kalau kau nampak kereta Honda Jazz hitam kadang-kadang terhuyung-hayang kiri kanan, itu aku yang sedang menenangkan bayi terikat sambil memandu.

Kalau kau tengok kuku bayi aku, ada 4 atau 5 kuku yang panjang dan yang lain telah berjaya dipendekkan. Ya, memotong kuku adalah mencabar! Kau cadangkan potong ketika dia tidur? Aku teruskan dengan cabaran seterusnya.

Cabaran tidurkan dia. Punyalah susah nak tidur! Jadi memang taklah aku akan cuba ganggu dia dengan potong kuku ketika dia tidur, kelak aku yang sengsara. Aku dan suami syak dia ada nightmare (of Elm Street), sebab itu suka lawan mata tak mahu tidur. Tidaklah, yang sebenarnya dia di usia banyak energy yang perlu disalurkan. Kalau letih betul, senanglah dia tidur.

Cabaran menukar diaper dan memakaikan baju! Betapa aku rindu masa dia duduk diam-diam sambil memandang wajahku dengan penuh kasih sayang. Pfftt. Haha. Kini tatkala aku belum sempat to fasten the straps, dia sudah mahu bangkit menggapai sesuatu yang menarik yang dia nampak di hujung sana. Memang memerlukan tenaga untuk bergusti.

Oh makan di luar memang cabaran sebab kalau dia tak dapat makan juga, dia akan menjerit. Atau jika dia sudah bosan disematkan di high chair, dia akan menjerit. Dia lelaki, macam John Wayne, tak menangis. Tapi jerit! Kalau dia tidur, alangkah tenangnya pemakanan ibubapa. Oh teringat di Pelita Nasi Kandar tempoh hari, dia tidur dengan tenang despite the noise and heat, lalu dapatlah Mama menikmati udang dan daging hitam dengan bahagia.

Kadang-kadang tak mahu duduk di stroller bila berjalan di mall. Ini memang menggeramkan. Mendukung bayi bukan lagi perkara mudah. Ini kerana dia berat dan aktif. Mama dia pula lemah dan kecil (pendek, bukan kurus). Lalu asyik berkata, “Bilalah kamu nak jalan, wahai anak. Mama tidak terdaya mendukungmu selalu.” To that, people with toddlers would say, “Tunggulah dah jalan nanti. Menyesal kot berkata begitu. Letih nak kejar.” Touché.

Mandi juga cabaran kerana almost always, dia tak mahu keluar dari bath tub. Nanti dia lembikkan badan dan sukarkan kita angkat dia. Mungkin sudah tiba masanya lepaskan dia ke laut. Eh bukan. Tiba masanya bawa dia ke pool. Lalu alasan untuk shop for swimwear. Saya mahu Mothercare swimming trunk yang telah siap ada diaper itu. Sungguh comel.

Oh ya, juga berbalik kepada topik di intro tadi, cabaran mengepam mencukupkan stok susu. Ini sungguh mendebarkan. Memang tidak ada ruang untuk culas. Kalau culas, anak kelaparan. Kalau kelaparan, bayi mungil bertukar menjadi monster ganas. Be afraid. Be very afraid.

Bayi oh bayi, bulan depan setahun sudah? Where did the time go?

Pictures from Everydaypeoplecartoons.com

25 comments:

far said...

been there..hehe..

~Serenity~ said...

oh my...cabaran mnjadi mama mmg besarkan.and for me yg baru ada newborn baby ni ialah utk bagi BF. nak start kejeni, mmg berdebar2 kalau teringat psl nak buat stok susu esp to pump it di ofis.tertanye2 bolehkah,cukupkah, sempatkah.
anyway mama hadi, wayy to go, pejam celik2 hadi dah nak setahun.hope blh tabah utk BF like u..:)

Marliza Radzi said...

Kindy: Umar baru je lepas stage ini dan bakal independent sedikit & kau perlu hadapi sekali lagi dalam masa terdekat. Haha. Good luck super mama!

Serenity: Yakin boleh! Ingat Double D = Desire + Determination. Good luck!

Ahsuez said...

Tak pe, dah usai semua stage tu, awak akan jadi ibu yang lebih bermutu! Hahaha..

Rin said...

"Mungkin sudah tiba masanya lepaskan dia ke laut." Haha comel! Macam anak penyu.

Bila bayi sudah berjalan nnti dia bongkak takmau ibu bapa pegang dia :)

baini said...

Entry yang sangat2 hit the spot, effectively sums up what I experienced these days..macam pagi tadi, sempat ketip kuku sebelah tangan maryam je..the other half terpaksa sambung balik kerja nanti,hehe..

Marliza Radzi said...

Ahsuez: Mudah-mudahan! Haha.

Arin: Kan? Begitu eksyen.

Baini: Ya Allah susahnya nak ketip kuku! Kalau dia tak meronta, dia akan bergelut mahu pengetip kuku itu pula. Grrr.

Ana said...

Bila anak sudah besar sikit jadi makin bijak....skrg kalau nampak ketip kuku dia akan ambil dan cuba ketip kuku mama pulak..

AyinEmran said...

I so feel you babe. Tapi sebab aku tak kerja, maka ketabahan kau mengepam memang menjadi inspirasi.

Lembikkan badan bila nak angkat lepas mandi adalah sama! Kasih dah pandai berdiri, sgt susah nak siram air dan bilas rambut. Mencabar.

Good luck to us.

Marliza Radzi said...

Ana: Kawan aku kata, nanti bila dah faham, senang sikit, kita fahamkan dia, ketip kuku itu perlu, kalau tak nanti tajam, sakit.

Ayin: Good luck to us indeed ;P

twayblade said...

bila dah ada anak ni, everyday is a new challenge. nanti agak2 hadi dah overcome stage nak berguling time pakai pampers, dia akan discover skill baru. such as bukak pampers sendiri. or demand nak pakai baju apa, seluar apa. or bg clear instruction "nak matan acik, ayam, tayur je".

adeh. pening pikirkan masa depan.

Ninie said...

Nak jugak sibuk dan kepoh ;)

I was breastfed until I was 2 (strictly no formula) and compared to my other siblings (I ada 6 adik, kan?), until now - I hardly fall sick with fever, flu, etc dan mak kata paling pandai (mejawabb mungkin) antara semua. "Lain semua anak lembu," cute kan mak Ninie?

Tak sabar jugak nak GB (give birth) & BF!

Marliza Radzi said...

Ida: God help us please. Haha.

Ninie: Semoga Hadi juga will hardly fall sick & pandai (bukan menjawab). Haha. Alhamdulillah setakat ni memang jarang sangat sakit.

KiMi said...

HAhahahahaah. dah lama tak baca blog.ini memang lawak.

Marliza Radzi said...

Kau gelakkan aku?

aSeRa said...

I feel u!

my baby toddle is just 1,2 months older than hadi :)

Bertabahlah kita semua!(Tetiba rindu anak ;))

SITI said...

Kak Yanti, ada birthday party tak nanti?

:)

Anonymous said...

suka entri ni. sangat menghiburkan hati :)

Marliza Radzi said...

Asera: Bertabahlah! Hehehe.

Tim: Belum tahu lagi. Hehehe.

Anon: Gembira dapat menghiburkan ;D

ibuwijdan said...

aku setuju dgn suma cabaran yg ko hadapi..aku pun hadapi cabaran yg sama bila wijdan dah jadi budak besar..hahahhhahah...ye lagi menangis bila anak boleh berjalan&berlari2 di mall..arrghhhhh..stress..stress..si ibu yg berkaki pendek susah nak mengejar.gud luck am...

Marliza Radzi said...

Thank you Linda. Good luck to you too. Hehehe.

Anonymous said...

hi marliza, gunalah lampin seluar.... i had the same problem with my son (he's 1 year 3 months now) until I read a magazine ad. Diaper pants ada banyak brand (huggies, mommy poko, etc) Untuk baby2 yg tak leh duduk diam... tak payah baringkan to fit in the straps... But itu pun, dah pakai lampin seluar pun, dia still impatient hehe

Marliza Radzi said...

Anon: Ada juga try pakai sekali sekala, selalu beli small packs kalau travel. OK juga kan.

Nida Shaari said...

hu hu hu tak payah tunggu 11 bulan, Muhammad yang 6 bulan pun sangat mencabar nak salinkan lampin, potongkan kuku, dudukkan dalam car seat etc. Nak mandikan pula kena 2 orang sebab Muhammad sangat suka mandi.

owh pasal BF, sangat mencabar sebab muhammad makin demand dan supply agak menurun.. huhuhu..

Marliza Radzi said...

Madulebah: Hadi juga sangat suka mandi. Sebenarnya lagi senang, kalau tak suka air bukankah sukar?