Tuesday, April 05, 2011

Do what you love. Love what you do.


Sejujurnya aku hanya pernah tonton 4 teater muzikal. 1 di Johor, parody musical yang dibawa dari Actor’s Studio dan 3 di Istana Budaya; Tan Sri P. Ramlee, Tun Mahathir dan Dato’ Lat. Dan antara semua, yang paling buruk ialah yang mementaskan kehidupan yang paling hebat.

Pementasan Tun Mahathir, dari kaca mata penonton tak ada sarjana seni macam aku, adalah terlampau buruk. Sudahlah bosan sehingga aku tertidur, tak gunakan pentas IB yang hebat sepenuhnya, props boleh pula terjatuh terbuka, dan aku syak mereka miming! Yikes! Tapi cukuplah, aku telah mengomelpun di sini tentang itu. Aku harap nanti akan ada orang yang cuba pentaskan sekali lagi kehidupan manusia hebat itu dengan lebih baik.

Aku teringat itu sebab aku baru tonton pementasan hidup Dato’ Lat. Aku tak tahulah mahu beri reviu secara berseni. Reviu aku dari kaca mata penonton biasa yang sukakan apa saja yang bagus. Dan ini bagi aku, adalah contoh BAGUS. Skripnya mudah, ringan dan comel. Lagu-lagunya, walaupun 100% lagu baru, adalah sangat catchy, relevan dan memorable. Dan seperti muzikal P. Ramlee, dibantu oleh live orchestra! Oh sungguh asyik!

Watak-watak dibawa dengan cukup bagus. Adik Daniel bersuara sedap itu akan pergi jauh. Atilia itu memang made for musical theater lah rasanya, bersahaja dan bersuara manis macam gula kapas. Awie itu has come a looooooong way dari zaman Sembilu dia. Dia sekarang lelaki comel yang pandai berlakon teater dan sesuai dengan genre Mamat Khalid.

Banyak watak lain yang menyentuh jiwa. Watak Apak Lat dibawa Jalil Hamid dengan sempurna. Aku mengaku terkeluar air mata ketika babak terakhir, dia nasihat Lat, “Aku bahagiakan Mak kamu. Sebab itu dia bahagiakan kita semua.” Such wisdom! Watak Pak Samad ialah watak kegemaran suami, reminds him of his previous boss. Watak Frankie kecil dan dewasa, keduanya menghiburkan. Memang comellah! Oh and I love you, Mrs. Hiew!

Malah curtain call juga dibuat dengan begitu bagus. Ketika aku tonton Tun Mahathir, curtain call pun boleh salah nama! Zaibo dah lama keluar tiba-tiba nama Zaibo dilaung ketika lelaki penari mana entah sedang menunjukkan dirinya. Pfftt.
Aku suka bagaimana kehidupan Lat yang berpuluh tahun penuh corak dan ranjau boleh dipendekkan dengan cukup-cukup rasa dalam masa 3 jam. Aku rasa seperti kenal siapa Lat. Ini, bagi aku, adalah penggarapan skrip dan pengarahan yang bagus.

DWYL LWYD, selain adalah sebuah lagu yang terlalu comel, radio-friendly dan bikin terngiang-ngiang di telinga, adalah inspiring juga. Oh terbayang lenggokan pinggul seksi Mrs. Hiew.

Apa yang pasti, aku ditinggalkan dengan perasaan gembira.

Aku mahu syor kamu tonton tapi ia berakhir malam ini. Malam ini adalah pertunjukan terakhir musim ini. Aku yakin ia akan ada musim kedua. Seperti Cuci, yang aku janji mahu tonton bila dipentaskan sekali lagi tahun ini. Siapa sangka, Hans itu berbakat betul di belakang tabir?

Tak cukupkah beliau sebegitu kacak?

Gambar-gambar bagus dari Bryanlyt.com


11 comments:

reena said...

Teater pertama yang saya tonton dan best plak tu. Kan dah jadi penanda aras untuk teater lain yang mahu ditonton selepas ini. Heh.

Awie sememangnya bukan Awie Sembilu lagi, kan?

AyinEmran said...

Bestnya! Aku tak pernah menonton sebarang teater, kecuali kat sekolah dulu. Haha pathetic?

DWYL LWYD tu stands for what, ke memang tajuk begitu?

Naem said...

Dapat free tiket Lat, tp tak pergi serah pada Dod, sebab ketika tayangan tgh ber-honeymoon.

Marliza Radzi said...

Reena: Awie tersangat bukan Awie Sembilu lagi. Ini Awie yang lebih bagus :)

Ayin: Tajuknya begitu. Stands for 'Do what you love. Love what you do.'

Marliza Radzi said...

Naem: Tak apa, honeymoon juga best ;D

Rin said...

sama mcm ayin. tak pernah tonton sbrg teater. kecuali masa skolah..

zaihah said...

wahhh..teringin juga nak tgk teater LAT neh..but I'm in Kuantan..perlu menempuh perjalanan yg jauh..huhuuh..reading yr entry pon dah kire ok la..aci tak..

Marliza Radzi said...

Rin: Nanti tengok Cuci jom?

Zaihah: I'm in JB! Haha. But in all fairness, my parents are in KL & balik haritupun sebab kebetulan that Friday suami ada kes in Ampang. Sambil menyelam, minum air :D

aSeRa said...

ur review make me wanna watch it!

Pernah tengok PGL dulu,even ada part yg agak mengantuk i have to admit menonton theater is still something worth to watch.

harap boleh ziarah IB lagi nanti2!

Unknown said...

Tak jumpa kalian kemudiannya. Mencari-cari juga kalian untuk diberikan salah satu souvenir Lat. Next time nanti ya!

Marliza Radzi said...

Lepas jumpa Anuar tu, about 10 mins after that we left. Lapar. Hehe.