Wednesday, March 09, 2011

A baby boy's a promise
Of happy things to come
Building blocks, a rocking horse
A baseball glove, a drum
Of lots of noise and action
Of a busy, loving, fun filled home
With lots of joy inside



Bayi telah hidup di dunia selama dia hidup di dalam Mama. Terima kasih, Allah. Tiba-tiba dia sudah semakin besar. Tiba-tiba sudah hampir bukan bayi lagi. Tiba-tiba pandai merangkak, belajar berdiri sendiri dan tersangat banyak keletah. Subhanallah.

Suka sangat cari sesuatu nak dipegang untuk berdiri sendiri. Apa barang duduk, that is so last (4) months, sekarang mahu berdiri setiap masa. Kalau tak berdiri, dia merangkak sana sini. Tawaf the whole living room. Selalunya suka mengundur melainkan ada sesuatu yang nak dicapai depan mata. Kadang-kadang suka mengesot sebab lagi laju dari merangkak. Kalau naik walker, macam sprinter lajunya. Hobi ialah bergolek atas katil.



Suka kutip habuk. Segala organisma kecil mahu dimasukkan dalam mulut. Kadang-kadang bola sebesar-besar bolapun nak masuk mulut juga. Pandai baling bola. Suka clap. Suka fishie fishie fishie and birdie bird. Kalau nampak Mama pegang iPhone, laju datang menjenguk, mahu tengok gajah menari, itik berenang, Mickey Mouse ajar menari dan pelbagai lagi apps khas untuk dia. Sangat suka gelak. Masih tak gemar dibiar seorang diri. Sengih sampai ke telinga everytime he sees Mama. Suka main cak cak. Cepat jemu dengan toys dan lebih suka botol, cermin mata, remote control, kotak tisu, telefon. Pandai wave hands.

Kalau nak makan dengan aman di luar, kena pastikan dia tak mengantuk. Dan ada makanan dia untuk dia kunyah-kunyah. Kalau tak, nahas. Outings agak mencabar kini.

Tak pasti berapa berat dah, sebab lama tak ke klinik/paed. Last we checked at 7 months, 9.5 kg so it should have been more by now. Bayi ini berat dan panjang, hampir separuh ketinggian Mama. Wears size 9-12 now although some 12-18 sudah muat dengan elok. Gigi ada 4. Suka jerit test suara. Becok dan sudah pandai panggil Mama Mama Papa Papa. Memang cair.

Suka cheese and roti. Sekarang tiba-tiba sudah tak berapa gemar bubur nasi. Bijiran Cerelac selalunya suka. Kentang juga, especially whipped ones. Brokoli, celery dan timun antara yang suka and just like his dad, tak suka carrot. Suka semua fruits setakat ini. Dulu obses dengan banana tapi sekarang seperti sudah bosan. Dan ya, masih obses susu Mama.

9 months going on 10. Sigh. Darling Hadi, don't grow up too fast, will ya?

16 comments:

Chech said...

Hi Marliza,

I'm Aishah (or known as Chech among friends and family members), one of your many blog readers. I have always enjoyed reading your writing. Particularly on Hadi (maybe because I have a son who's growing up so fast and I miss him being a baby, ha ha).

Hadi is oh so adorable!

AyinEmran said...

Cair sangat kan bila dah start sebut-sebut Mama Papa. Kasih boleh sebut daddeh. Tapi Mummy tak pandai lagi, boleh Mama je. Haha bolehlah.

Hey can't wait to meet you!

ibuwijdan said...

copy paste ko betul hadi ni...tunggu ye bila dah berjalan,berlari...argghhhhhh....letih...letih..rindunya masa wijdan baby2 dulu.

Marliza Radzi said...

Chech: Thanks! Dah checked out your blog & was instantly hooked! Terus masuk dalam Google Reader list ;D

Ayin: 'Mummy' susah sikit kot. Hehe. Yeay yeay nak jumpa!

Marliza Radzi said...

Linda: Ramai juga kata ada raut wajah Daud. Aniz contohnya, insist that Hadi ikut muka Daud. Ada juga kata rupa mak aku. He's a little bit of everyone lah kot :D

reena said...

Dah 9 bulan Hadi tapi masih blom dapat cubit dia! Hehe.

P/S: Datanglah kenduri Kak Yong so i can cubit him. Hehe. Eh, dapat tak kad?

sharel said...

Hadi Gallagher: "how many special people change? how many lives are living strange? where were you while we were getting high..."

tolong cubit sikit pipi kiri pulak lah, thanks..

Marliza Radzi said...

Reena: Dah dapat! Lupa nak bagitau. Thanks :) Ibupun dapat dari Mama Along rasanya. Heh.

Sharel: Hadi memang always high on milk, so appropriate jugalah lirik Champagne Supernova. Hehe.

amy mieza said...

Marliza,
Mak saya bagi petua, tabur halia yang dirincik kat lantai, nanti bila baby tergigit dan akan diluahkan sebab rasa pelik. Lama-lama habit kutip benda atas lantai akan hilang la.
Saya tak try plak untuk my baby sebab setakat ni dia takdela suka kutip benda atas lantai.

Marliza Radzi said...

Amy: Thanks for the tips! Tapi bimbang tiba-tiba dia suka, macam mana? Hahaha.

YATT said...

Hadi memang baby yang ceria lah! masa jumpa dia pun dia asek senyum and ketawa2 jek. suka. hadi's best features adalah mata nya! dan rambut ;D

Marliza Radzi said...

Yatt: Sebab rambut panjang, sering sangat disangka perempuan. Kasihan. Haha.

~maiefa said...

gambar tengah tu seriously copycat mak ko..hehe

Marliza Radzi said...

Tapi mak aku mata sepet? Hehe.

Ahsuez said...

Yeah, babies, they grew in split second! Tiba-tiba je dia gigit tangan kita dan kita rasa sakit and went "Oh! Oh! Dah tumbuh gigi!"

My baby (?) is now 2 and I was like where-the-hell-I-had-been-in-the-past-2-years??!

Time flies toooo fast. Just super fast.

kano said...

comeynye hadi!belum berpeluang untuk bertemu. Cepatnye dia leh sebut mama papa..bestnye! ammar da deh da deh je bunyinye walaupun gigi dah 7 batang.. misyu dinda!