Tuesday, January 18, 2011

To be without some of the things you want is an indispensable part of happiness.”



Banyak juga perkara buat aku seronok hari ini.

Aku seronok sebab bayi sudah ada passport. Boleh ke luar negara kalau ada wang lebih. Maksudnya tak bolehlah. Haha. Sengaja ketawakan diri sendiri sambil sedih dalam hati. Ke luar negara sekangkang kera ini sajapun bolehlah T___T

Tapi apa yang lebih seronok ialah ketika baru mahu tarik muncung panjang masa beratur panjang untuk ambil nombor (tiada kaunter khas untuk bayi di sini ya), tiba-tiba suami panggil. Terjumpa kawan. Kawan yang boleh bantu. Ke bilik khas. Pup pap pup pap. Sudah selesai. Makan sarapan pagi McD. Lalu passport pun siap. MasyaAllah sungguh mudah. Rezeki. Tengok di ruang menunggu, penuh sungguh umat. Syukur sangat rasa tak perlu lalui itu. Lalu seronok!

Pengajaran: Suami kata sebab itu perlu sentiasa buat baik dengan orang. Ada hari, kita tolong dia. Ada hari kita perlu pertolongan dia. Bunyi macam selfish? Eh tidaklah. Aku garu belakang kamu, kamu garu belakang aku, semua seronok.

Sambung. Kemudian selepas buat kerja itu ini di pejabat aku mengantuk. Lalu aku turun ke bank di tingkat bawah. Mahu buka akaun ASD untuk bayi. Sudah 3 kali aku cuba sebelum ini tidak boleh sebab Amanah Saham tak ada bukaan baru. Tup tup hari ini, sukses sukses! Kini bayi sudah ada (passport dan) saham (melebihi saham simpanan Mama *malu*) dan aku kata pada suami, “Budak itu sekarang sudah boleh lari dari rumah ke London kalau dia mahu.” Eleh. Siapa nak kasi susu? Pengajaran: Perseverance adalah penting. Hehe.

Pegawai bank beritahu ASB ada promosi bayar harga faedah saja untuk 3 tahun pertama untuk Pinjaman Tetap ASB. Ini promosi bagus. Aku mahu. Tapi seperti biasa, aku perlu dan mahu tanya suami dulu. Suami kata, suka hatilah. Lalu esok aku mahu mendaftar. Ini memberi rasa seronok sebab walaupun lebih banyak gaji dipotong setiap bulan, (Perlu selitkan ikon: T___T) aku akan ada ASB! ASM dan ASW aku tak begitu menariklah. ASB, mari kepada Mama!

Waktu tengah hari pula penjual kuih-muih cina (Halal! Perlu bagitahu untuk elak kamu semua judge aku) di Plaza Pelangi beri rasa sampel kuih bangkit. MasyaAllah sedapnya. Lemak manis cair. Cita-cita mahu beli. Harga RM26 sebekas. Tapi semak dulu cap Ping Pong di Cold Storage. Harga RM2.99. Capai secara laju. Kuih RM26 sebekas lebih efek ‘melt in your mouth’ tapi cap Ping Pong juga sangat lazat sehingga hampir tak boleh berhenti makan. Memberi rasa seronok dengan mudah. Dasar penggemuk. Memanglah begitu.

Ya cincin yang suami beri ketika nikah sudah tak muat. Tapi cincin yang ibu beri ketika mengandung sudah terlalu longgar. Lalu hantar cincin nikah ke Habib Jewels untuk dinaik tarafkan (resize sebenarnya) dan telahpun siap. Oh sungguh rindu aku pada kamu, cincinku! Maafkan aku sebab terpaksa menaik taraf kamu ke saiz 10! Tapi sungguh aku rasa seronok mahu bersama semula dengan kamu. Mari ke jari manisku. Monolog.


Benda-benda kecil lain yang buat aku rasa seronok antaranya: Lepas staffs meeting tadi ada kuih-muih lazat. Pagi tadi aku beri wallet baru untuk emak mertua lalu aku rasa seronok beri dan harap dia rasa seronok terima. Tengah hari tadi dapat berbual dengan Kindred Spirit yang dirindui. Produksi susu hari ini lebih baik dari semalam. Produksi kerja begitu juga. Yeay!

Oh aku juga rasa seronok sebab ramai orang di sekeliling aku yang mengandung. MasyaAllah bahagianya untuk mereka! Anak itu satu kurnia yang menjemput rezeki, menyemarakkan kasih sayang, merapatkan keluarga, menerbitkan syukur. Lalu tiba-tiba aku rindu pada sengih girang bayi aku. Sedikit lagi boleh balik gomol pipi bayi girang.

Juga ada satu benda yang buat aku sangat seronok. Aku dan suami terpaksa beri komitmen yang tinggi untuk benda itu tapi memberi rasa seronoklah. Aku belum rasa mahu kongsi. Tapi duniawilah. Biasalah, seronok duniawi, bukanlah menambahkan pahala. Tapi bila seronok, kita syukur, lalu kita lebih tunduk padaNya. Mudah-mudahan.

Tapi hari ini setakat ini, sungguhlah, aku rasa seronok. Terima kasih Tuhan.


10 comments:

reena said...

Seronok baca kisah Kak Yanti yang seronok :D

idzerqqy said...

bestnye..happiness in infectious!!! yess..happy happy!!

Marliza Radzi said...

Yeay! ;D

AyinEmran said...

Hadi dah ada passport yeay! Nak tgk gamba passport Hadi? Kasih punya, dua-dua masam. Haha.

Marliza Radzi said...

Eh kan dah pernah letak sini & kat Twitter? Muka terbangak :P

Rin said...

okehh.. ingt hp & laptop jer bole upgrade2 nih..

comel sgt lah kalo hadi ugut nak lari ke london. bawak beg tarik..hahaha..

Marliza Radzi said...

Haha bahasa sopan = upgrade. Resize seperti menyedihkan :P

far said...

that's more like my kindy. sentiasa positif n optimis!

Marliza Radzi said...

Bila? Hahaha.

Akak Kembang said...

tumpang seronok Am...